"Advance Australia Fair" adalah lagu kebangsaan Australia dan digubah oleh Peter Dodds McCormick pada akhir kurun ke-19. Ia pertama kali dimainkan pada Hari St. Andrews di Sydney pada tahun 1878. Lagu tersebut telah menjadi pilihan ramai untuk dijadikan lagu kebangsaan berdasarkan pungutan suara 1974, berbanding dengan lagu-lagu lain seperti "Waltzing Matilda" dan "God Save the Queen" (yang juga merupakan lagu kebangsaan Australia pada masa itu). Advance Australia Fair diangkat menjadi lagu kebangsaan oleh kerajaan Bob Hawke pada tahun 1984.
Sejarah
Rakaman lagu ini tertua yang diketahui muncul dalam filem pendek berjudul The Landing of the Australian Troops in Egypt ("Pendaratan Pasukan Australia di Mesir", 1916) yang mengisahkan secara dramatisnya ketibaan sampainya pasukan Australia di Mesir yang akan bergerak lagi ke Gallipoli untuk bertarung menentang pihak Kerajaan Uthmaniyah.[1]
Sebelum diadopsi sebagai lagu kebangsaan Australia, Advance Australia Fair telah dinyanyikan di mana-mana. Sebagai contoh, Australian Broadcasting Corporation menggunakan lagu ini sebagai pembuka buletin beritanya hingga tahun 1952.[2] Lagu ini juga sering diperdengarkan saat pembukaan atau penutupan acara-acara rasmi, terutamanya menjelang tamatnya Perang Dunia Kedua, lagu ini sering dimainkan di banyak panggung wayang setelah lagu-lagu kebangsaan United Kingdom dan Amerika Syarikat.[3]
Lagu ini diwartakan secara rasmi sebagai lagu kebangsaan Australia, menggantikan God Save The Queen (kemudiannya dijadikan lagu diraja) pada 1984. Advance Autralia Fair terpilih selepas berjaya menewaskan lagu Waltzing Matilda, God Save The Queen dan Song of Australia dalam pemilihan lagu kebangsaan baharu yang diadakan pada tahun 1977.
Dalam usaha kerajaan Australia untuk memulihkan status penduduk pribumi Australia, satu pindaan baru terhadap lirik lagu dibuat dan digunakan bermula 1 Januari 2021. Baris " For we are young and free" telah ditukar kepada " For we are one and free" sebagai simbol kepada hak masyarakat pribumi negara itu.
Lirik
Senikata lagu ini yang diadopsi secara rasmi pada tahun 1984 adalah sebagai berikut:[4]
Lirik dalam bahasa Inggeris | Terjemahan |
Australians all let us rejoice, For we are one and free; Beneath our radiant southern Cross, |
Warga Australia mari bergembira
Kerana kita satu dan bebas Di bawah buruj Pari yang bercahaya |
Rujukan
- ^ The Landing of the Australian Troops in Egypt from National Film and Sound Archive, at australianscreen online
- ^ "Media Resources – Images and Audio files for Download". National Film and Sound Archive. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-18. Dicapai pada 1 November 2007. (1943 – The Majestic Fanfare by Charles Williams, the ABC radio news theme)
- ^ "Song and Two Anthems" Sydney Morning Herald 30 November 1943 p.4
- ^ "The Australian National Anthem". Department of Foreign Affairs and Trade. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-23. Dicapai pada 1 November 2007. Unknown parameter
|deadurl=
ignored (bantuan)