Adnan Yaakob PSM; SDSA, SSAP (Pahang); DGSM (Melaka); DSAP (Pahang) | |
---|---|
Menteri Besar Pahang | |
Dalam jawatan Mei 1999 – 14 Mei 2018 | |
Raja | Sultan Ahmad Shah |
Didahului oleh | Mohd Khalil Yaakob |
Digantikan oleh | Wan Rosdy Wan Ismail |
Ahli Dewan Negeri Pahang untuk Pelangai | |
Dalam jawatan 3 Ogos 1986 – 14 Oktober 2022 | |
Didahului oleh | Konstituensi baharu |
Digantikan oleh | Johari Harun |
Majoriti | 2,312 (PRU-14) 2,475 (PRU-13) 2,970 (PRU-12) 3,671 (PRU-11) 2,119 (PRU-10) 4,342 (PRU-9) 3,316 (PRU-8) 4,164 (PRU-7) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Bentong, Pahang, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia) | 18 April 1950
Kewarganegaraan | Malaysia |
Parti politik | Barisan Nasional UMNO |
Pasangan | Puan Sri Datin Sri Diraja Junaini Kassim |
Tempat belajar | Universiti Malaya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia |
Pekerjaan | Guru |
Tan Sri Dato' Sri Diraja Haji Adnan bin Haji Yaakob (lahir 18 April 1950) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Menteri Besar Pahang ke-13 dan mantan ADUN Pelangai selama lapan penggal (1986-2022).
Kehidupan awal
Beliau dilahirkan di Bentong, Pahang. Beliau mendapat pendidkan awal di Sekolah Rendah Sulaiman dan Sekolah Menengah Sulaiman. Beliau mengambil peperiksaan STPM sebagai calon persendirian dan kemudian melanjutkan pengajian di Universiti Malaya pada tahun 1972-1975. Kemudian beliau menyambung mengambil Diploma Pendidikan di universiti yang sama sehingga tahun 1977. Beliau telah dianugerahkan doktor kehormat dari universiti Yarmouk, Jordan.[1]
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya sebagai guru di Sekolah Menengah Agama Pelangai, Bentong pada tahun 1969 sebelum menyambung pengajian pada 1972. Kemudian beliau meneruskan perkhidmatan sebagai guru sehingga mengambil keputusan berhenti untuk menjadi ahli politik sepenuh masa pada tahun 1985. Pada tahun 1986, beliau bertanding dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 1986 di DUN Pelangai mengalahkan calon DAP.
Politik
Beliau yang menyertai UMNO pada tahun 1969, telah memegang pelbagai jawatan antaranya Ketua Pemuda Bahagian Bentong dan Ketua UMNO Bahgian Bentong pada 1987. Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Pahang pada 25 Mei 1999, menggantikan Tan Sri Mohd Khalil Yaakob yang dilantik sebagai Menteri Penerangan ketika itu. Kemudian pada 27 Mac 2004, beliau dilantik semula sebagai Menteri Besar Pahang bagi penggal kedua.
Keluarga
Beliau berkahwin dengan Puan Sri Datin Sri Diraja Junaini binti Kassim yang lahir pada
19 September 1958 dan dikurniakan empat orang anak.Susur Galur
Beliau dikatakan waris yang ke-13 kepada Tun Seri Lanang, Bendahara Johor dan pengarang Sulalatus Salatin.[2]
Pengiktirafan
Beliau telah menerima pengiktirafan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sebagai Timbalan Kanan Pesuruhjaya Bomba (Kehormat) pada 16 Oktober 2017. Majlis pemakaian pangkat tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim di Hotel Zenith, Kuantan.[3]
Rujukan
- ^ Adnan Yaakob terima Doktor Kehormat Universiti Yarmouk.[pautan mati kekal]
- ^ Akhbar Waspada, Sabtu, 25 Disember 2010, halaman 7
- ^ Adnan terima pengiktirafan bomba Berita Harian Online, 16 Oktober 2017
Lihat juga
Didahului oleh Mohd Khalil Yaakob |
Menteri Besar Pahang 1999-2018 |
Diikuti oleh: Wan Rosdy Wan Ismail |
[[Kategori:Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu])
- Kelahiran 1950
- Orang hidup
- Orang dari Pahang
- Anggota Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu
- Menteri Besar Pahang
- Muslim Malaysia
- Alumni Universiti Malaya
- Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Menteri Besar daripada UMNO
- Penerima Darjah Sri Diraja Sultan Ahmad Shah Pahang
- Penerima Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang
- Penerima Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang ke-7
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang ke-8
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang ke-9
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang ke-10
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang ke-11
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang ke-12
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang ke-13
- Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang ke-14