Akhilleus (Yunani: Ἀχιλλεύς , nama dalam bahasa-bahasa Latin dan Inggeris: Achilles ) adalah seorang pahlawan dalam mitologi Yunani yang masyhur terlibat dalam Perang Troia, bahkan juga sebagai watak utama yang diceritakan dalam hikayat Iliad karya Homeros.
Penceritaan
Kelahiran
Akhilleus adalah anak kepada Thetis dan Peleus, raja Myrmidones. Zeus dan Poseidon sebelumnya berlumba-lumba mendapatkan izin Thetis sehingga Prometheus sang dewa pemikir memperingatkan Zeus tentang suatu ramalan (yang pernah dikatakan Themis, dewi penghakiman kayangan) bahawa Thetis akan menanggung seorang anak yang lebih besar dari bapanya. Atas sebab ini, kedua-dua dewa ini menarik diri dari pengejaran mereka lalu mengahwinkan Thetis dengan Peleus.[1]
Menurut hikayat Achilleis ditulis Statius pada abad pertama Masihi serta sumber-sumber lain sezaman yang terhilang, Thetis cuba menjadikan Akhilleus bernyawa abadi sebaik sahaja Akhilleus dilahirkan dengan memandikan badannya di sungai Styx.[2] Akhilleus dipegang pada tumit kirinya semasa direndamkan dalam sungai ini - bahagian inilah yang menjadikannya sangat terdedah[3] Dalam suatu versi lain cerita ini, Thetis mengurapkan anaknya dengan ambrosia serta meletakkannya di atas api untuk membakar bahagian tubuh badan yang fana; namun mereka diganggu oleh Peleus sehingga Thetis meninggalkan kedua anak-beranak itu dalam keadaan marah. [4]
Peleus mengamanahkan seekor sentora bernama Chiron dari Gunung Pelion untuk menjaga Akhilleus.[5] Sementara itu, Thetis meramalkan bahawa Akhilleus ada dua nasib iaitu sama ada anaknya itu akan mati muda tapi mulia atau menjalani kehidupan yang panjang tetapi tidak begitu menyohor. Homeros pula ada mencatat bahawa Akhilleus dibesarkan di Phthia bersama teman rapatnya Patroklos.[6]
Dalam Perang Troy dan terkorbannya dia
Terdapat banyak catatan berpincang dan berbeza mengenai bagaimana Akhilleus meninggal, antaranya:[7]
- Catatan yang terkenal dan tertua diceritakan dalam Iliad di mana tumit Akhilleus dipanah Paris, ada yang mengatakan Paris diiringi dewa Apollo. Kejadian ini turut diabadikan di mana titik lemah yang membunuh Akhilleus menjadi gambaran kepada sebarang kelemahan secara umum misalnya simpulan bahasa Inggeris Achilles' heel ("tumit Akhilleus").[8][9]
Rujukan
- ^ Aeschylus, Prometheus Bound 755–768; Pindar, Nemean 5.34–37, Isthmian 8.26–47; Pseudo-Apollodorus, Bibliotheca 3.13.5; Poeticon astronomicon 2.15.
- ^ Statius, Achilleis 1.269; Hyginus, Fabulae 107.
- ^ Jonathan S. Burgess (2009). The Death and Afterlife of Achilles. Baltimore: Johns Hopkins University Press. m/s. 9. ISBN 978-0-8018-9029-1. Dicapai pada 5 February 2010.
- ^ Apollonios dari Rodos, Argonautika 4.869–879.
- ^ Hesiod, Catalogue of Women, fr. 204.87–89 MW; Iliad 11.830–832.
- ^ "Achilles". Brill's New Pauly. Brill Reference Online. doi:10.1163/1574-9347_bnp_e102220.
- ^ Abrantes 2016: c. 4.3.1
- ^ "'Achilles' heel' - Kamus Bahasa Inggeris". Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 26 September 2019.
- ^ "The meaning and origin of the expression: Achilles' heel". The Phrase Finder. Dicapai pada 26 September 2019.