![]() | Topik rencana ini mungkin tidak memenuhi garis panduan kelayakan am rencana Wikipedia. |
Nama penuhnya ialah Ali Bin Ismail Bin Abu Bisyr Ishak Bin Salim Bin Ismail Bin Abdullah Bin Musa Bin Bilal Bin Abu Burdah Bin Abu Musa Abdullah Bin Qais Al-Asy'ari (260H-324H) lahir di Basra. Merupakan anak tiri dan murid salah seorang tokoh Muktazilah iaitu Abu Ali Al-Jubbai. Ketika usianya mencecah 40 tahun, beliau telah isytihar keluar daripada fahaman Muktazilah dan mendirikan kembali kaedah teologi Rasulullah iaitu aliran yang dikenali sebagai Asy'airah.
Aliranya sangat terkenal dengan ajaran sifat 20. Salah seorang tokoh yang menelusuri aliran ini ialah Imam Al-Ghazali yang terkenal dengan gelaran Hujjatul Islam. Sehingga kini, pengikut aliran ini dipanggil sebagai Asya'irah yang kebanyakanya di Asia seperti Malaysia, Indonesia, Pattani, Singapura dan Borneo. Antara tokoh Asya'irah yang terkenal di Asia ialah KH Abdullah Syafie kerana pernah berentap hujah dengan Buya Hamka.
Abu Al-Hassan Al-Asy'ari telah menghasilkan beberapa karya iaitu:
1. Maqalat al-Islamiyyin (مقالات الإسلاميين)
2. Al-Ibanah'an Ushulid Diniyah (الإبانۃ عن اصول الدينيه)
3. Risalah A-Iman' (رسالة الإيمان)
4.ٌRisalah Istihsan Al-Khawd Fi Ilmi Al-kalam (رسالة إستحسان الخود في علم الكلام)
5. Al-luma' Fi Al-Radd Ala Ahl Al-Zaygh Wa Al-Bida' ( اللماع في الرد على اهل الزيغ و البداع)
6.Risalah Ila Ahl Al-Taghr Bi Bab Al-Abwab (رسالة إلى اهل التغير بباب الابواب)