Tulisan Jawi توليسن جاوي | |
---|---|
Jenis tulisan | |
Tempoh masa | sekitar tahun 1300 Masihi sehingga kini |
Arah tulisan | Right-to-left |
Bahasa-bahasa | utamanya:
|
Tulisan berkaitan | |
Sistem tulisan induk | |
Tulisan Jawi Indonesia (توليسن جاوي , juga Jawoë Ac., Yawi Pat.), Abjad Jawi, atau Arab Melayu (; adakala disingkatkan kepada عرمل ArMel) atau Tulisan Melayu,[perlu rujukan] bermaksud sistem abjad berasaskan tulisan Arab dengan beberapa huruf tambahan (yakni huruf Jawi) yang digunakan untuk menulis bunyi-bunyi asas dalam bahasa Melayu iaitu چ ca, ڠ nga, ڤ pa, ݢ ga, ۏ va, danڽ nya.[1][2][3]
Tulisan Jawi merupakan satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Malaya satu kita dahulu. juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia hari ini. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan dalam hal ehwal keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya di Malaysia di sekolah Agama dan sekolah biasa tulisan Jawi masih digunakan sehingga hari ini. manakala Sulu di Filipina, Pattani di selatan Thailand, dan beberapa tempat pernah guna pakai tulisan jawi.
Sejarah سجاره
Sejarah awal
Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Nusantara. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu چ (ca), ڠ (nga), ڤ (pa), ݢ (ga), ۏ (va), dan ڽ (nya). [4][5]
Tulisan Jawi berpunca daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi kepada kesultanan melayu Melaka yang terletak Semenanjung Malaysia dan bertutur dalam bahasa Melayu klasik.[6][7][8] Barangkalinya, mereka yang memeluk agama Islam memilih untuk menulis dalam abjad Jawi kerana ia berhubungkait rapat dengan kebudayaan Islam, daripada menggunakan tulisan lain yang diterbitkan daripada sistem-sistem tulisan yang digunakan di kawasan-kawasan beragama Hindu atau Buddha di Asia Selatan bak hujah sesetengah ilmuwan.[9]kemungkinan besar perkataan Jawi ini merupakan gelaran am bagi kawasan di bawah penguasaan atau pengaruh Empayar Uthmaniyah.[10] Selain itu, nama Jawi itu mungkin berpunca dari pedagang arab yang pernah menjalin hubungan perniagaan.[11]
Tinggalan tulisan Jawi purba yang terawal ditemui pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 M (702 H) dan juga Syair Bidasari tulisan sekitar 1399 M yang ditemui di Sumatera,[12] sementara penggunaan terawal abjad Rumi untuk bahasa Melayu datang dari akhir abad ke-19.
Penyebaran dan perkembangan tulisan Jawi
Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa Melayu mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini. Orang Melayu memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya, al-Quran. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam.[13] Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Acheh dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa.[14]
Sebagai contoh, surat-surat diraja ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat. Contoh-contoh surat diraja yang masih terpelihara ialah surat antara Sultan Abu Hayat dari Ternate dan Raja João III dari Portugal (1521); surat daripada Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja James I dari England (1615); dan surat daripada Sultan Abdul Jalil IV dari Johor kepada Raja Louis XV dari Perancis (1719).[14] Kebanyakan karya sastera baik hikayat, puisi mahupun prosa bertulisan Jawi. Ia merupakan kemuncak tamadun Melayu klasik. Antara karya-karya epik bersejarah yang dikarang oleh orang Melayu dalam tulisan Jawi termasuk Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang tersenarai dalam Kenangan Dunia oleh UNESCO, dan puisi-puisi Sufi karya Hamzah Fansuri antara lainnya yang menyumbang kepada kekayaan dan kedalaman tamadun Melayu.
Sewaktu zaman penjajahan, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu, terutamanya dalam bidang sastera dan kesenian, teologi, falsafah dan mistik Islam, perdagangan, dan juga perundangan negeri. Tulisan Jawi merupakan abjad rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu zaman naungan British. Apatah lagi, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.
Bagaimanapun, salah satu kelemahan utama amalan penulisan Jawi ialah ketidakseragaman sesama pengguna dari segi ejaan, yang mana menurut Pendeta Za'ba, "kebiasaan penulis-penulis yang ramai ... ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang",[15] apatah lagi terdapat ketidaksepakatan sesama kamus-kamus bahasa Melayu yang sedia pada zaman dahulu. Hal inilah yang mendorong beliau untuk menggubal satu sistem ejaan Jawi yang baru pada tahun 1938.[16]
Penggunaan zaman kini ڤڠݢوناءن زمان کيني
Keberkecualian rencana ini telah dipertikaikan. |
Semenjak tulisan Rumi semakin bertapak di dunia Melayu, tulisan Jawi kini dipelihara terutamanya untuk wacana keagamaan dan kebudayaan Melayu[17] di negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, Pahang dan Johor di Malaysia, Patani di Thailand,[13] dan juga Sulu dan Marawi di Filipina. Pelbagai usaha dijalankan untuk menghidupkan kembali tulisan Jawi di Malaysia dan Brunei disebabkan peranannya yang penting dalam lingkungan budaya Melayu dan Islam, misalnya "Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan" sebagai ganti ejaan Za'ba yang diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986.[18] Tulisan Jawi juga kelihatan di muka belakang wang kertas Ringgit Malaysia dan Ringgit Brunei.
"Kita tidak perlu membuang atau meninggalkan tulisan Jawi walaupun Melayu amnya menggunakan tulisan Rumi. Ini adalah kerana tulisan Jawi adalah kepunyaan kita dan merupakan sebahagian daripada warisan kita.
tulisan Jawi oleh tokoh bahasa Melayu Pendeta Za'ba dalam mukadimah buku Panduan Membaca dan Menulis Jawi (1957) [19][20]
Mengimbau kembali akar-umbinya di zaman kerajaan Majapahit,[21] Indonesia kurang berminat dengan tulisan Jawi yang dipandang oleh masyarakat setempat sebagai "kampungan" dan tidak seanggun, seindah dan semasyhur tulisan Jawa.[22] Walau apapun, tulisan Jawi masih digunakan secara meluas di madrasah-madrasah tradisional di seluruh Jawa, tetapi dalam bentuk lainan yang bernama Pegon.
Adanya perasaan gusar yang dirasai dalam sesetengah lingkungan mengenai keadaan tulisan Jawi yang dianggap "tenat" dari segi pengutamaannya dalam penggunaan seharian;, pakar bahasa dan persuratan Melayu daripada Universiti Kajian Luar Busan, Prof Dr. Kang Kyoung Seok ada berkata dalam suatu wawancara dengan Utusan Malaysia pada 2012; "Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan Jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?"[23]
Di Malaysia
Tulisan Jawi tidak sahaja menjadi kebiasaan dalam papan tanda perniagaan serata negeri Kedah di Malaysia,[24] malah mendapat sokongan daripada kerajaan negeri tersebut[24][25][26] sebagai suatu cadangan disyorkan dan diwartakan dalam undang-undang negeri Kedah.[25][25] Bahkan, terdapat juga permintaan yang tinggi dalam menerapkan tulisan Jawi dalam periklanan serata negeri Kedah.[25]
Kota Kuantan di negeri Pahang memperkenalkan pelaksanaan mewajibkan tulisan Jawi (mendampingi tulisan lain seperti Rumi dan Cina) pada 1 Ogos 2019[27] atas titah cadangan Sultan Pahang Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut memangku kerusi Yang Dipertuan Agong pada ketika itu;[28] arahan ini kemudiannya diluaskan ke seluruh negeri Pahang bermula pada 1 Januari 2020.[29] Pelaksanaan ini dilakukan secara berperingkat membenarkan pelekat sebagai bahan perumah sementara sebelum penukaran papan tanda pada lain masa sempat,[30] pengabaian undang-undang ini akan dikenakan denda maksimum RM250 serta juga penarikan lesen perniagaan sekiranya pelanggaran berterusan.[31]
Ramai tokoh dalam dan luar negara telah mengakui kehebatan tulisan ini antaranya Profesor DiRaja Ungku Aziz, Raja Dr Nazren Syah, Mosa Jiao Ping, Pengetua sekolah Islam di China, penulis Teo Kok Seong dan lain-lain. Penubuhan sekolah agama persekutuan dan kerajaan negeri juga memperlihatkan kesungguhan mereka mengekalkan penggunaan tulisan jawi. Tulisan ini juga telah dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam Kementerian pelajaran Malaysia (KPM) sejak Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 1982 sehinggalah kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2011 yang terkini.[32]
Di Indonesia
Tulisan Jawi selain Tulisan Lampung diiktiraf secara serantau di kawasan-kawasan berpopulasi suku yang menggunakan tulisan ini menulis bahasa ibunda baik termasuk dialek Melayu serantau yang pernah dibawah pengaruh pemerintahan Kesultanan melayu Johor(seperti provinsi Riau, Kepulauan Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Bangka Belitung, Kalimantan Barat dan Sumatera Utara), bahasa Aceh (Aceh), bahasa Banjar (Kalimantan Selatan) dan Minangkabau (Sumatera Barat).[33][34] Namun, "Aksara Latin" masih merupakan tulisan rasmi untuk perhubungan peringkat nasional di Indonesia.
Jadual huruf, tanda baca dan lain-lain berkaitan dengan penulisan Jawi جدوال حروف⹁ تندا باچ دان لاءين٢ برکاءيتن دڠن ڤنوليسن جاوي
Jadual huruf Jawi
Berikut ialah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi.
Nama | Bentuk huruf | Padanan Rumi | Keterangan | Contoh | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Tunggal | Awal kata | Tengah kata | Akhir kata | Sambungan huruf di awal kata | Sambungan huruf di akhir kata | ||||
alif اليف |
ﺍ | ﺎ | a, e pepet awal | 1. huruf pertama abjad Arab (mempunyai nilai satu); 2. huruf pertama abjad Jawi.[35] |
Awal: ايه (ayah)
امڤت (empat) | ||||
ba باء |
ﺏ | ﺑ | ـﺒ | ـﺐ | b | 1. huruf kedua abjad Arab (mempunyai nilai dua); 2. huruf kedua abjad Jawi.[36] |
Awal: باءيق (baik) Tengah: كوبو (kubu) كمبيڠ (kambing) Hujung: ادب (adab) سبب (sebab) | ||
ta تاء |
ﺕ | ﺗ | ـﺘ | ـﺖ | t | 1. huruf ketiga abjad Arab (mempunyai nilai 400); 2. huruf ketiga abjad Jawi.[37] |
Awal: تيݢ (tiga) Tengah: هاتي (hati) جنتوڠ (jantung) Hujung: مات (mata) هيبت (hebat) | ||
ta marbutah تاء مربوطة |
ة | ـة | t, h, (ṯ) | huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi) yang boleh menjadi ha besar atau ta.[38] | Tengah: صلةالرحيم (silaturahim) Hujung: زکاة (zakat) رحمة (rahmat) عبادة (ibadah) | ||||
sa (tha) ثاء |
ﺙ | ﺛ | ـﺜ | ـﺚ | s, (th) | 1. huruf keempat abjad Arab (mempunyai nilai 500); 2. huruf keempat abjad Jawi.[39] |
Awal: ثلجي (salji) Tengah: اثار (asar) ميثل (misal) Hujung: حدث (hadas) بحث (bahas) | ||
jim جيم |
ﺝ | ﺟ | ـﺠ | ـﺞ | j | 1. huruf kelima abjad Arab (mempunyai nilai tiga); 2. huruf kelima abjad Jawi.[40] |
Awal: جيرن (jiran) Tengah: اوجي (uji) ايجا (eja) Hujung: سهاج (sahaja) ڤريستيج (prestij) | ||
ca چا |
ﭺ | ﭼ | ـﭽ | ـﭻ | c | huruf keenam abjad Jawi.[41] | Awal: چينا (Cina) Tengah: کوچيڠ (kucing) کونچي (kunci) Hujung: باچ (baca) ڤيچ (pic) | ||
ha حاء |
ﺡ | ﺣ | ـﺤ | ـﺢ | h, (ḥ) | 1. juga dikenali sebagai ha kecil[42] / ha pedas;[43] 2. huruf keenam abjad Arab (mempunyai nilai lapan); 3. huruf ketujuh abjad Jawi.[44] |
Awal: حلال (halal) Tengah: احوال (ehwal) نحس (nahas) Hujung: نکاح (nikah) صح (sah) | ||
kha (khO) خاء |
ﺥ | ﺧ | ـﺨ | ـﺦ | kh | 1. huruf ketujuh abjad Arab (mempunyai nilai 600); 2. huruf kelapan abjad Jawi.[45] |
Awal: خدمت (khidmat) Tengah: اخير (akhir) نخودا (nakhoda) Hujung: برزخ (barzakh) فسخ (fasakh) | ||
dal دل |
د | ـد | d | 1. huruf kelapan abjad Arab (mempunyai nilai empat); 2. huruf kesembilan abjad Jawi.[46] |
Awal: دورين (durian) Tengah: اودڠ (udang) همڤدو (hempedu) Hujung:سوجود (sujud) مسجد (masjid) | ||||
zal ذال |
ﺫ | ـذ | z, (dh) | 1. huruf kesembilan abjad Arab (mempunyai nilai 700); 2. huruf ke-10 abjad Jawi.[47] |
Awal: ذره (zarah) Tengah: لاذت (lazat) بيذا (beza) Hujung: استاذ (ustaz) اخيذ (akhiz) | ||||
ra (rO) راء |
ﺭ | ـر | r | 1. huruf ke-10 abjad Arab (mempunyai nilai 200); 2. huruf ke-11 abjad Jawi.[48] |
Awal: رمبوتن (rambutan) Tengah: اوروت (urut) کرباو (kerbau) Hujung: ايکور (ekor) چمر (cemar) | ||||
zai زاي |
ﺯ | ـز | z | 1. huruf ke-11 abjad Arab (mempunyai nilai tujuh); 2. huruf ke-12 abjad Jawi.[49] |
Awal: زاڤين (zapin) Tengah: لازيم (lazim) خزانه (khazanah) Hujung: ارز (araz) (halangan) ساءيز (saiz) | ||||
sin سين |
ﺱ | ﺳ | ـﺴ | ـﺲ | s | 1. huruf ke-12 abjad Arab (mempunyai nilai 60); 2. huruf ke-13 abjad Jawi.[50] |
Awal: سوڠاي (sungai) Tengah: کاسوت (kasut) بيسيڠ (bising) Hujung: ݢاجوس (gajus) کوبيس (kubis) | ||
syin شين |
ﺵ | ﺷ | ـﺸ | ـﺶ | sy, sh | 1. huruf ke-13 abjad Arab (mempunyai nilai 300); 2. huruf ke-14 abjad Jawi.[51] |
Awal: شرط (syarat)
شيرڤا (Sherpa) بوروشو (Burusho) کالاش (Kalash) | ||
sad (sOd) صاد |
ﺹ | ﺻ | ـﺼ | ـﺺ | s, (ṣ) | 1. huruf ke-14 abjad Arab (mem-punyai nilai 90); 2. huruf ke-15 abjad Jawi.[52] |
Awal: صبر (sabar) Tengah: حاصيل (hasil) قيصه (kisah) Hujung: خاص (khas) قميص (kamis/qamis) (kemeja) | ||
dad (dOd) ضاد |
ﺽ | ﺿ | ـﻀ | ـﺾ | d, (ḍ) | 1. huruf ke-15 abjad Arab (mempunyai nilai 800); 2. huruf ke-16 abjad Jawi.[53] |
Awal: ضرورة (darurat) Tengah: حاضير (hadir) هضم (hadam) Hujung: فرض (fardu) فرائض (faraid) | ||
ta (tO) طاء |
ﻁ | طـ | ـﻄ | ـﻂ | t, (ṭ) | 1. huruf ke-16 abjad Arab (mempunyai nilai sembilan); 2. huruf ke-17 abjad Jawi.[54] |
Awal: طاعة (taat) Tengah: باطين (batin) افطار (iftar) Hujung: لواط (liwat) خط (khat) | ||
za (zO) ظاء |
ﻅ | ظـ | ـﻈ | ـﻆ | z, (ẓ) | 1. huruf ke-17 abjad Arab (mempunyai nilai 900); 2. huruf ke-18 abjad Jawi.[55] |
Awal: ظاهير (zahir) Tengah: ناظير (nazir) (pemeriksa) تعظيم (takzim) (amat hormat) Hujung: لفظ (lafaz) | ||
ain عين |
ﻉ | عـ | ـﻌـ | ـﻊ | awal: a, i, u; akhir: k, (‘) |
1. huruf ke-18 abjad Arab (mempunyai nilai 70); 2. huruf ke-19 abjad Jawi.[56] |
Awal: عمل (amal)
علمو (ilmu) عمور (umur) اربع (arba‘a) | ||
ghain غين |
ﻍ | غـ | ـﻐـ | ـﻎ | gh | 1. huruf ke-19 abjad Arab (mempunyai nilai 1000); 2. huruf ke-20 abjad Jawi.[57] |
Awal: غزال (ghazal) Tengah: لوغت (loghat) مغرب (maghrib) Hujung: بالغ (baligh) | ||
nga ڠا |
ڠ | ڠـ | ـڠـ | ـڠ | ng | huruf ke-21 abjad Jawi (mempunyai nilai 4000).[58] | Awal: ڠاراي (ngarai) Tengah: چوڠکق (congkak) جيڠݢ (jingga) Hujung: کامڤوڠ (kampung) ݢربڠ (gerbang) | ||
fa فاء |
ﻑ | فـ | ـﻔ | ـﻒ | f | 1. huruf ke-20 abjad Arab (mempunyai nilai 80); 2. huruf ke-22 abjad Jawi.[59] |
Awal: فصل (fasal) Tengah: دفتر (daftar) ايفيسيئن (efisien) Hujung: الاف (alaf) کرياتيف (kreatif) | ||
pa ڤا |
ﭪ | ڤـ | ـﭭ | ـﭫ | p | huruf ke-23 abjad Jawi (mempunyai nilai 5000).[60] | Awal: ڤادي (padi) Tengah: کاڤس (kapas) تيمڤي (tempe) Hujung: کلاڤ (kelapa) ݢنڤ (genap) | ||
qaf قاف |
ﻕ | قـ | ـﻘ | ـﻖ | q, k, (q) | 1. huruf ke-21 abjad Arab (mempunyai nilai 100); 2. huruf ke-24 abjad Jawi.[61] |
Awal: قربان (korban)
قيامالليل (qiamullail) اقامة (iqamat) براق (buraq) | ||
kaf کاف |
ک | کـ | ـکـ | ـک | k | 1. huruf ke-22 abjad Arab (mempunyai nilai 20); 2. huruf ke-25 abjad Jawi.[62] |
Awal: کريس (keris) Tengah: ڤاکو (paku) تکرو (takraw) Hujung: ملاک (Melaka) کتيک (ketika) | ||
ga ݢا | ݢ |
ݢـ | ـݢـ | ـݢ | g | huruf ke-26 abjad Jawi (mempunyai nilai 6000).[63] | Awal: ݢولي (guli) Tengah: ڤاݢر (pagar) ڤيڠݢڠ (pinggang) Hujung: راݢ (raga) مڠݢ (mangga) | ||
lam لام |
ﻝ | ﻟ | ـﻠ | ـﻞ | لا (ل + ا) |
ـلا (ل + ا) |
l
sambungan huruf: la (l + a) |
1. huruf ke-23 abjad Arab (mempunyai nilai 30); 2. huruf ke-27 abjad Jawi;[64] 3. sambungan huruf dikenali sebagai lam-alif (hasil gabungan daripada ل dan ا).[65] |
Awal: لمبو (lembu) Tengah: مولوت (mulut) سلمبر (selembar) Hujung: سيمڤول (simpul) کنل (kenal) Sambungan Huruf di Awal Kata: لاڠيت (langit) Sambungan Huruf di Tengah Kata: ڤولاو (pulau) ملايو (Melayu) Sambungan Huruf di Hujung Kata: بولا (bola) سيلا (sila) |
mim ميم |
ﻡ | ﻣ | ـﻤ | ـﻢ | m | 1. huruf ke-24 abjad Arab (mempunyai nilai 40); 2. huruf ke-28 abjad Jawi.[66] |
Awal: مانيس (manis) Tengah: رامبوت (rambut) هريماو (harimau) Hujung: جاروم (jarum) سلم (selam) | ||
nun نون |
ﻥ | ﻧ | ـﻨ | ﻦ | n | 1. huruf ke-25 abjad Arab (mempunyai nilai 50); 2. huruf ke-29 abjad Jawi.[67] |
Awal: ناسي (nasi) Tengah: ڤانس (panas) ڤينتر (pintar) Hujung: ڤنتون (pantun) سنتن (santan) | ||
wau واو |
ﻭ | ـو | w, u, o | 1. huruf ke-26 abjad Arab (mempunyai nilai enam); 2. huruf ke-30 abjad Jawi;[68] |
Awal: ورنا (warna) Tengah: ساوه (sawah) سيوا (sewa) دوا (dua) رودا (roda) | ||||
va ۏا |
ۏ | ـۏ | v | huruf ke-31 abjad Jawi.[69] | Awal: ۏيديو (video) Tengah: لاۏا (lava) اونيۏرسيتي (universiti) Hujung: مولوتوۏ (Molotov) | ||||
ha هاء |
ﻩ | ﻫ | ـﻬ | ﻪ | h | 1. juga dikenali sebagai ha besar[70] / ha simpul;[71] 2. huruf ke-27 abjad Arab (mempunyai nilai lima); 3. huruf ke-32 abjad Jawi.[72] |
Awal: هاروم (harum) Tengah: سوهو (suhu) مهکوتا (mahkota) Hujung: بنچوه (bancuh) ڤوتيه (putih) | ||
hamzah همزة |
ء
ء أ إ ؤ ئ |
|
|
ـأ ـإ ـؤ ـئ |
awal: gugur; akhir: k, (’) |
1. huruf ke-28 abjad Arab; 2. huruf ke-33 abjad Jawi;[73] 3. mempunyai enam jenis, iaitu hamzah tiga suku (ء), hamzah setara (ء) (bagi istilah serapan Arab), hamzah di atas alif (أ), hamzah di bawah alif (إ), hamzah berumah wau (ؤ) dan hamzah berumah ya (ئ). |
Awal: ءوڠ (ong) (bernasib baik) ءامن (amana) إي-ميل (e-mel) القرءان (al-Quran) سأڠکتن (seangkatan) دأکسيس (diakses) کإسلامن (ke-Islaman) مؤمن (mukmin) نوتريئن (nutrien) انبياء (anbia) | ||
ya ياء |
ﻱ | ﻳ | ـﻴـ | ﻲ | y, i, e taling | 1. huruf ke-29 abjad Arab (mempunyai nilai 10); 2. huruf ke-34 abjad Jawi.[74] |
Awal: يايسن (yayasan) Tengah: سويا (soya) کايو (kayu) ايبو (ibu) اينق (enak) سري (seri) کاميکازي (kamikaze) | ||
ye يى |
ى | ـىـ | ـى | e pepet hujung, a | 1. juga dikenali sebagai alif maqsurah dalam bahasa Arab;[75] 2. huruf ke-35 abjad Jawi.[76] |
Tengah: علىکلحال (alakulihal) (dalam segala hal) Hujung: ڤقوى (pakwe) (teman lelaki) ڤاتريوتيسمى (patriotisme) اولى (aula) | |||
nya ڽا |
ڽ | پـ | ـپـ | ـڽ | ny | huruf ke-36 (terakhir) abjad Jawi (mempunyai nilai 7000).[77] | Awal: ڽاوا (nyawa) Tengah: سوڽي (sunyi) کڽالڠ (kenyalang) Hujung: هاڽ (hanya) سڤنوهڽ (sepenuhnya) |
Catatan:
- Jumlah keseluruhan huruf Jawi ialah 37, dengan 29 huruf hijaiyah Arab, dua bukan huruf hijaiyah Arab iaitu ى (ye/alif maqsurah) dan ة (ta marbutah) serta enam huruf tambahan Jawi yang terdiri daripada چ (ca), ڠ (nga), ڤ (pa), ݢ (ga), ۏ (va), dan ڽ (nya).[78]
- Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.
- Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi.
- Huruf ݢ (ga) seringkali tersalahsangka dengan گ (gaf) yang hampir mirip; huruf cara Arab ك (kaf) adakala digunakan dalam papan tanda lama untuk menandakan akhir suku kata -k pinjaman Barat seperti كلينيك klinik'[sumber lebih baik diperlukan]
- لا (lam-alif) tidak tergolong dalam 37 huruf Jawi kerana ia merupakan sambungan huruf yang terbina daripada gabungan huruf ﻝ (lam) dan huruf ﺍ (alif). [79]
- Huruf ۏ (va) diperkenalkan pada tahun 1983 untuk mewakili huruf
v
. Ia digunakan untuk mengeja kata serapan asing Inggeris dan lain-lain. - Huruf ء (Hamzah Tiga Suku) , iaitu hamzah yang berada ¾ dari garis asas diperkenalkan pada tahun 1983. Ia digunakan pada perkataan berimbuhan seperti كبڠساءن (kebangsaan) dan bagi perkataan bervokal berganding, bergabung dan diftong a-e, a-i, a-u, a-o, u-i dan o-i seperti ساءوه (sauh) dan ستياءوسها (setiausaha). Selain daripada itu, ia juga digunakan bagi ejaan nama atau istilah kaum bukan Melayu seperti ءڠ (Ng). Namun, Unicode belum menyertakan huruf Hamzah Tiga Suku dalam versi Unicode terkini. Kebanyakan pengguna menggunakan kaedah superskrip untuk mengubah kedudukan huruf tersebut. Sesetengah fon seperti Jawi Uthman Taha memaparkan Hamzah Tiga Suku apabila huruf Hamzah Setara diletakkan pada kawasan yang memerlukan huruf itu untuk berubah kepada kedudukan ¾ dari garis asas.
Jadual diftong
Berikut ialah jadual bagi diftong dalam tulisan Jawi.
Nama | Bentuk diftong | Keterangan | Contoh penggunaan |
---|---|---|---|
ai | اءي | menggunakan gabungan alif-hamzah tiga suku-ya (ا + ء + ي).[80] |
اءييا (aiya) (tidak setuju) |
au | اءو | menggunakan gabungan alif-hamzah tiga suku-wau (ا + ء + و).[81] |
اءوديو (audio) |
oi | اووي | menggunakan gabungan alif-wau-wau-ya (ا + و + و + ي) .[82] |
اوويديوم (oidium) |
Jadual tanda baca Jawi
Berikut ialah jadual bagi tanda baca dalam tulisan Jawi.
Nama | Bentuk tanda baca | Keterangan | Contoh penggunaan |
---|---|---|---|
tanda koma تندا کوما |
⹁ | tanda koma (,) Jawi.[83] | واه⹁ چنتيقڽ باجو اوق (wah, cantiknya baju awak) ايم⹁ ايکن دان داݢيڠ (ayam, ikan dan daging) |
tanda koma bertitik تندا کوما برتيتيق |
⁏ | tanda koma bertitik (;) Jawi.[84] | مالم ماکين لاروت⁏ کرجا ماسيه باڽق (malam makin larut; kerja masih banyak) |
tanda soal تندا سوءال |
؟ | diserap daripada tanda soal Arab.[85] | سياڤاکه نام اوق؟ (Siapakah nama awak?) |
tanda kata ganda seluruh/penuh تندا کات ݢندا سلوروه/ڤنوه |
٢ | 1. diserap daripada nombor dua (2) Arab; 2. mewakili simbol bagi kata ganda seluruh/penuh secara khusus dalam penulisan Jawi.[86] |
ݢولا٢ (gula-gula) |
tanda sempang تندا سمڤڠ |
- | 1. diserap daripada tanda sempang Rumi; 2. digunakan untuk kata ganda berentak/berima dan kata ganda berimbuhan (awalan, akhiran serta apitan) dalam penulisan Jawi.[87] |
Perkataan Tunggal pada Awal Perkataan: إي-داݢڠ (e-dagang) Perkataan Tunggal pada Hujung Perkataan: سسيکو-ل (sesiku-L) Berentak/Berima: سيمڤڠ-سيور (simpang-siur) Berimbuhan Awalan: برجالن-جالن (berjalan-jalan) Berimbuhan Akhiran: بواه-بواهن (buah-buahan) Berimbuhan Apitan: برسلام-سلامن (bersalam-salaman) |
Catatan:
- Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan tanda baca yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.
- Tanda baca Arab ، (koma) dan ؛ (koma bertitik) tidak digunakan dalam penulisan Jawi. Tanda baca Jawi yang sebenar ialah ⹁ (koma) dan ⁏ (koma bertitik).[88]
- Hanya ؟ (tanda soal) sahaja yang diserap daripada tanda baca Arab ke dalam penulisan Jawi. Tanda baca Rumi yang lain turut digunakan bagi membina ayat dalam penulisan Jawi.[89]
- Nombor Hindu-Arab tidak digunakan dalam penulisan Jawi kecuali ٢ yang mewakili simbol bagi kata ganda seluruh/penuh secara khusus seperti اݢر٢ (agar-agar). Nombor yang digunakan dalam Jawi adalah sama seperti dalam penulisan Rumi iaitu 0, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, dan 9.[90]
Jadual padanan sebutan huruf Rumi dalam tulisan Jawi
Berikut ialah jadual bagi sebutan padanan huruf Rumi dalam tulisan Jawi.
Huruf Rumi | a | b | c | d | e | f | g | h | i | j | k | l | m | n | o | p | q | r | s | t | u | v | w | x | y | z |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Sebutan dalam Jawi | أي | بي | سي | دي | إي | ايف | جي | ايچ | اءي | جيه | کي | ايل | ايم | عين | او | ڤي | قيو | ار | ايس | تي | يو | ۏي | دبليو | ايکس | واي | زيد |
Catatan:
- Padanan sebutan huruf Rumi dalam tulisan Jawi digunakan bagi penulisan singkatan/akronim seperti .ايم.سي.ايم.سي (MCMC) (Malaysian Communications and Multimedia Commission) serta huruf tunggal pada awal perkataan yang diikuti oleh sempang (-) seperti ايکس-ري (X-ray) (sinar-X).
Jadual kaedah penulisan khusus dalam tulisan Jawi
Berikut ialah jadual bagi kaedah penulisan khusus dalam tulisan Jawi.
Kaedah | Keterangan | Contoh |
---|---|---|
menulis singkatan/akronim | 1. perlu menggunakan noktah (.) di antara huruf-huruf Jawi bagi: a. singkatan/akronim ringkas bahasa Melayu (hanya menggunakan huruf Jawi satu persatu); b. singkatan/akronim bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain (menggunakan sebutan asal); 2. tidak perlu menggunakan noktah (.) bagi singkatan/akronim yang ditulis berdasarkan sebutannya.[91] |
Huruf Tunggal (Bahasa Melayu): د.ب.ڤ (DBP) (Dewan Bahasa dan Pustaka) Sebutan Asal (Bahasa Inggeris/Bahasa Asing): ايل.ار.تي (LRT) (Light Rail Transit) Berdasarkan Sebutan Bahasa Melayu: ڤاواݢم (pawagam) (panggung wayang gambar) Berdasarkan Sebutan Bahasa Inggeris: يونيسکو (UNESCO) (United Nations Educational Scientific and Cultural Organisation) |
menggugurkan jarak ( ) pada kata sendi nama dan imbuhan | jarak ( ) digugurkan pada kata sendi nama "di" dan "ke" dalam penulisan Jawi (kaedah menulis kata sendi "di" dan "ke" adalah sama dengan kaedah menulis imbuhan awalan "di-" dan "ke-" dalam penulisan Jawi).[92] | Kata Sendi Nama "di": دسان (di sana) ...adalah sama dengan... Imbuhan Awalan "di-": دتولق (ditolak) Kata Sendi Nama "ke": کڤنتاي (ke pantai) ...adalah sama dengan... Imbuhan Awalan "ke-": کهندق (kehendak) |
menulis huruf e taling, i, o, dan u pada awal perkataan | 1. menggunakan gabungan huruf اي (alif-ya) bagi huruf e taling dan "i" pada awal perkataan; 2. menggunakan gabungan huruf او (alif-wau) bagi huruf "o" dan "u" pada awal perkataan. |
Huruf e taling dan "i": ايکور (ekor)
ايستان (istana) اوبي (ubi) |
menulis Hamzah di atas Alif (أ) | menggunakan أ (Hamzah di atas Alif) jika dua bunyi vokal daripada imbuhan awalan "ke-", "di-", atau "se-" dan kata dasar bertemu.[93] | Imbuhan Awalan "ke-": کأنم (keenam) Imbuhan Awalan "di-": دأمبيل (diambil) Imbuhan Awalan "se-": سأومة (seumat) |
menggugurkan huruf e pepet dan e taling bagi perkataan bentuk suku kata tertutup | e pepet dan e taling digugurkan bagi perkataan bentuk suku kata tertutup dalam penulisan Jawi (apabila ia berada di antara huruf-huruf lain). | e pepet: کلاڤ (kelapa) (e pepet berada di antara huruf "k" (ک) dan "l" (ل) digugurkan dalam penulisan Jawi) e taling: بستاري (bestari) (e taling berada di antara huruf "b" (ب) dan "s" (س) digugurkan dalam penulisan Jawi) |
menukar ye (ى) kepada alif (ا) bagi membentuk kata terbitan | ى (ye) ditukar kepada ا (alif) apabila bertemu dengan imbuhan atau partikel dalam pembentukan kata terbitan.[94] | Imbuhan: کتقواءن (ketakwaan) Kata Dasar: تقوى (takwa) ميتابوليسماڽ (metabolismenya) ناسيوناليسماله (nasionalismelah) |
menulis imbuhan akhiran "-an" | 1. menggunakan huruf ن (nun) bagi perkataan bentuk suku kata tertutup dan suku kata terbuka "i" (ي); 2. menggunakan gabungan huruf ان (alif-nun) bagi perkataan bentuk suku kata terbuka "u" (و); 3. menggunakan gabungan huruf ءن (hamzah-nun) bagi perkataan bentuk suku kata terbuka "a" (ا).[95] |
Suku Kata Tertutup: کارڠن (karangan) Suku Kata Terbuka "i": هارين (harian) Suku Kata Terbuka "u": بوروان (buruan) Suku Kata Terbuka "a": باواءن (bawaan) |
menulis perkataan yang berakhir dengan "ks", "lf", "lt", "ns", "nt", "ps" dan "st" | perkataan yang berakhir dengan "ks", "lf", "lt", "ns", "nt", "ps" dan "st" tidak disambungkan (hanya terpakai bagi perkataan ejaan, sebutan, dan asal bahasa Inggeris atau bahasa asing) | Perkataan yang Berakhir dengan "ks": فکس (faks) Perkataan yang Berakhir dengan "lf": ݢولف (golf) Perkataan yang Berakhir dengan "lt": کوبلت (kobalt) Perkataan yang Berakhir dengan "ns": امبولنس (ambulans) Perkataan yang Berakhir dengan "nt": مينت (mint) (pudina) *jika bersambung akan menjadi: مينت (minat) Perkataan yang Berakhir dengan "nt": ليڤس (lips) (bibir) *jika bersambung akan menjadi: ليڤس (lipas) Perkataan yang Berakhir dengan "st": ڤست (pest) (perosak) *jika bersambung akan menjadi: ڤست (pesat) |
menulis huruf "x" | 1. menggunakan gabungan huruf kaf-sin "کس"/"کس" (ک + س) bagi penukaran kepada gabungan huruf "ks" dalam bahasa Melayu; 3. menggunakan huruf ز (zai) bagi penukaran kepada huruf "z" berdasarkan cara sebutan bahasa Melayu. |
Penukaran kepada Gabungan Huruf "ks": ايکسڤريس Bahasa Melayu: (ekspres) Asal Bahasa Inggeris: express اينديکس Bahasa Melayu: (indeks) Asal Bahasa Inggeris: index Penukaran kepada Huruf "z": زينون (xenon) Sebutan Bahasa Melayu: zenon |
Menulis Jawi di komputer منوليس جاوي دکومڤوتر
Untuk menulis Jawi di komputer, pengguna memerlukan empat komponen;
- sistem komputer yang menyokong UNICODE
- fon yang mempunyai huruf-huruf jawi
- papan kekunci yang membolehkan pengguna memasukkan huruf-huruf jawi
- perisian yang menyokong tulisan kanan-ke-kiri
Anda tidak perlukan sebarang perisian istimewa atau yang mahal untuk menulis jawi.
Sistem komputer
Sistem pengoperasian Vista/XP menyokong UNICODE, dan ini membolehkan pengguna menulis jawi dengan mudah. Dalam penulisan jawi di Vista/XP, ia memerlukan enjin paparan yang akan memaparkan tulisan jawi secara betul. Pada XP, enjin ini aalah C:\Windows\system32\usp10.dll. Versi yang digunakan ialah versi 1.40. Versi ini menyokong penulisan kanan-ke-kiri tetapi tidak dapat memaparkan semua huruf jawi dengan betul. Contohnya, pengguna tidak boleh memaparkan huruf گ (gaf) atau ك (kaf) dengan betul.
Pada Vista, enjin usp10.dll ialah versi 1.61, dan enjin ini menyokong semua huruf jawi dengan betul. Anda boleh menukar usp10.dll anda kepada versi yang terkini.
Untuk sistem pengoperasian Windows 7, anda boleh menulis Jawi tanpa sebarang masalah. Sistem ini mempunyai banyak fon yang mempunyai huruf Jawi seperti Times New Roman, dan Arabic Typesetting.
Perisian Linux juga menyokong UNICODE dan dengan itu menyokong penggunaan jawi. Dua jenis fon percuma yang dapat digunakan ialah Scheherazade New dan Lateef[96] yang dihasilkan Summer Institute of Linguistics, Inc (SIL).[97] Kedua-dua fon menyokong Jawi sepenuhnya.
Papan kekunci Jawi
Pada tahun 2011, SIRIM telah menyiapkan satu piawai untuk susun atur papan kekunci untuk Jawi. Papan kekunci cadangan ini diasaskan pada papan kekunci Arab (Saudi Arabia). Papan kekunci ini memasukkan enam huruf tambahan iaitu چ (ca), ڠ (nga), ڤ (pa), ݢ (ga), ۏ (va), dan ڽ (nya) untuk menulis Jawi. Huruf-huruf ini diletakkan pada kedudukan tanda huruf Arab yang tidak digunakan dalam Jawi seperti tanda fathah (◌َ), kasrah (◌ِ), dammah (◌ُ), sukun (◌ْ), dan tanwin.[perlu rujukan]
Bagi peranti Windows 7 dan seterusnya, susun atur papan kekunci Jawi boleh diperolehi di laman ini. Pengguna juga boleh mereka cipta papan kekunci dengan mudah menggunakan perisian MSKLC.[perlu rujukan]
Perisian
Kebanyakan perisian dewasa ini menyokong UNICODE dan tulisan kanan-ke-kiri. Contohnya, OpenOffice (percuma dan berdasarkan sumber terbuka), Microsoft Office, notepad.exe and wordpad.exe. Anda tidak perlukan sebarang perisian mahal untuk menulis Jawi.
Contoh چونتوه
Nama-nama hari dalam tulisan Jawi
Ahad | احد |
Isnin | اثنين |
Selasa | ثلاث |
Rabu | رابو |
Khamis | خميس |
Jumaat | جمعة |
Sabtu | سبتو |
Nama-nama bulan dalam tulisan Jawi
Januari | جانواري |
Februari | فيبرواري |
Mac | مچ |
April | اڤريل |
Mei | مي |
Jun | جون |
Julai | جولاي |
Ogos | اوݢوس |
September | سيڤتيمبر |
Oktober | اوکتوبر |
November | نوۏيمبر |
Disember | ديسيمبر |
Gambaran ݢامبرن
-
Manuskrip asal Hukum Kanun Melaka yang dipamerkan di Istana Negara Lama. Manuskrip ini ditulis menggunakan abjad Jawi mengikut lenggok bahasa Melayu klasik.
-
Penggunaan tulisan Jawi dan Rumi dalam papan tanda Jalan Pasir Puteh, Kubang Kerian, dalam jajahan Kota Bharu, Kelantan.
-
Tulisan Jawi di makam Sultan Aceh, Sultan Iskandar Muda.
Bacaan lanjut باچاءن لنجوت
Sejarah
- H.S. Paterson (& C.O. Blagden), 'An early Malay Inscription from 14th-century Trengganu', Journ. Mal. Br.R.A.S., II, 1924, pp. 258-263.
- R.O. Winstedt, A History of Malaya, revised ed. 1962, p. 40.
- J.G. de Casparis, Indonesian Paleography, 1975, p. 70-71.
Kaedah
- Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Pertama Edisi Ketiga, 1993.
- Daftar Ejaan Rumi-Jawi, Dewan Bahasa dan Pustaka, Cetakan Kedua, 1989.
Rujukan روجوعکن
- ^ "tulisan Jawi - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 Disember 2013.
- ^ "huruf Jawi - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 Disember 2013.
- ^ "Jawi II - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 Disember 2013.
- ^ John U. Wolff,Indonesian Readings Edition: 3, SEAP Publications: 1988: ISBN 0-87727-517-3:480 pages
- ^ Robert Leon Cooper Language spread: studies in diffusion and social change, Center for Applied Linguistics, Indiana University Press,: 1982 p. 40 ISBN 0-253-32000-3: 360 pages
- ^ John U. Wolff, Indonesian Readings Edition: 3, SEAP Publications: 1988: ISBN 0-87727-517-3:480 pages: pp343
- ^ Kratz, E. U. Southeast Asian Languages and Literatures: A Bibliographical Guide to Burmese, Cambodian, Indonesian, Javanese, Malay, Minangkabau, Thai and Vietnamese. London, New York: Tauris Academic Studies, 1996.
- ^ R. B. Cribb, Audrey Kahin,Historical dictionary of Indonesia, Scarecrow Press: 2004: ISBN 0-8108-4935-6 583 pagespp 459
- ^ Hans H. Wellisch The conversion of scripts, its nature, history, and utilization: Wiley: 1978 ISBN 0-471-01620-9: 509 pages" pp95-96
- ^ Ann Kumar, John H. McGlynn, Mastini Hardjoprakoso, Perpustakaan Nasional (Indonesia), Illuminations: the writing traditions of Indonesia : featuring manuscripts from the National Library of Indonesia: Weatherhill: 1996 ISBN 0-8348-0349-6: 297 pages
- ^ Notes on the ancient history of Southeast Asia, Kuwata Rokuro, Memoirs of the Faculty of Literature, Osaka University, ISSN 04721373
- ^ Hoevell, WR van, Sjair Bidasari: Een Oorspokelijk Malesich Gedicht, Verhandilengen van het Koninklijk Bataviaasch Genootschap van Kunsten en Wetnschappen, 1843
- ^ a b An overview of Jawi's origin in Brunei, Brunei Times article dated July 16, 2007
- ^ a b The Legacy of Malay Letter, Annabel Teh Gallop, The British Library dan Arkib Negara Malaysia, ISBN 0-7125-0376-6
- ^ Za'ba, Daftar Ejaan Melayu, Tanjung Malim: Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris Training College, 1949, ms. 11.
- ^ كونوينشن توليسن جاوي > Peranan Za'ba Dalam Mengasaskan Teknik Tulisan Jawi>6. Sistem Ejaan Jawi Za'ba Diarkibkan 2009-09-11 di Wayback Machine, Koleksi Digital. Dicapai pada 7 Feb 2012.
- ^ AKSARA-The Passage of Malay Scripts. Exhibitions.nlb.gov.sg. Retrieved on 2010-10-26.
- ^ Ismail bin Dahaman, Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa & Pustaka, 1986. Diterima pada 7 Februari 2012.
- ^ AKSARA-The Passage of Malay Scripts. Exhibitions.nlb.gov.sg. Retrieved on 2010-10-26.
- ^ Bakti pendeta Za'ba. Cyberita, 19 September 2011. Dicapai pada 7 Februari 2012.
- ^ Rediscovering the royal capital of Majapahit, Gomperts, Amrit. , The Newsletter No.53 Spring 2010
- ^ Bagian Kesenian Bara Ai Kesusasteraan Indonesia Catatan-Catatan Tentang Amir Hamza:Bagian Kesenian Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, Yogyakarta: 1955
- ^ "UtusanOnline - Pensyarah Korea bimbang tulisan Jawi semakin dilupakan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-02-01. Dicapai pada 2012-01-29.
- ^ a b "Kedah MB defends use of Jawi on signboards". The Star. 26 August 2008. Dicapai pada 20 December 2020.
- ^ a b c d Hashim, Roslinda (21 December 2019). "Kedah galak papan iklan tulisan jawi". Sinar Harian. Dicapai pada 20 December 2020.
- ^ Mohd Noor Aswad (2 September 2019). "Kedah supports use of Jawi in official dealings". New Straits Times. Dicapai pada 20 December 2020.
- ^ Tajuddin, Siti Insyirah (18 April 2019). "Kuantan to introduce Jawi signages from Aug 1". New Straits Times. Dicapai pada 19 April 2020.
- ^ Lim, Ida (26 November 2018). "Kuantan to use Jawi in road signs from 2019". Malay Mail. Dicapai pada 19 April 2020.
- ^ "No extension for use of Jawi on signage in Pahang". The Star. 23 December 2019. Dicapai pada 19 April 2020.
- ^ Alagesh, T.N. (7 January 2020). "Jawi signage in Pahang: Stickers allowed, for now". New Straits Times. Dicapai pada 19 April 2020.
- ^ "Pahang govt: Firm action to be taken against business premise owners who fail to use jawi signage". Malay Mail. 31 December 2019. Dicapai pada 19 April 2020.
- ^ Ibrahim, Rasyidah; Embong, Rahimah; Kadir, Firdaus Khairi Abdul; Hashim, Huda Afiqah (2019-05-07). "Pemerkasaan Tulisan Jawi Dahulu dan Kini". BITARA International Journal of Civilizational Studies and Human Sciences (e-ISSN: 2600-9080) (dalam bahasa Inggeris). 2 (1): 29–37. ISSN 2600-9080.
- ^ TULISAN ARAB MELAYU BAGIAN DARI KHAZANAH BUDAYA RIAU
- ^ Bagian Kesenian Bara Ai Kesusasteraan Indonesia Catatan-Catatan Tentang Amir Hamza:Bagian Kesenian Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, Yogyakarta: 1955
- ^ "alif I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "ba I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "ta - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "ta marbutah - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "sa I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "jim - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "ca - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "ha kecil - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "ha pedas - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "ha - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "kha - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "dal I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "zal - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "ra - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "zai - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "sin - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "syin - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "sad - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "dad - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "ta (tO) - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "za - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "ain I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "ghain - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "nga - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "fa - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "pa - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "qaf - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "kaf - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "ga - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "lam - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "lam-alif - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 1 November 2022.
- ^ "mim - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "nun III - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "wau II - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "va - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "ha besar - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "ha simpul - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "ha I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "hamzah - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "ya I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ Haji Wan Mohd. Saophy Amizul B. Wan Mansor. "Huruf "Alif Maqsurah" (ى) dan Huruf "Ye" (ى) dalam Jawi". Klik Web DBP - Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 1 November 2022.
- ^ "ye - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ "nya I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 20 November 2012.
- ^ Prof. Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz, Pensyarah, Universiti Putra Malaysia. "Klinik Jawi: Peringkat Lanjutan - Portal Rasmi Perpustakaan Negara Malaysia". Klinik Jawi 2017. Perpustakaan Negara Malaysia dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM). Dicapai pada 1 November 2022.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ "Arabic/LearnRW/laam-alif". Dicapai pada 1 November 2022.
- ^ Haji Wan Mohd. Saophy Amizul B. Wan Mansor. "Diftong". Klik Web DBP - Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 November 2022.
- ^ Haji Wan Mohd. Saophy Amizul B. Wan Mansor. "Diftong". Klik Web DBP - Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 November 2022.
- ^ Haji Wan Mohd. Saophy Amizul B. Wan Mansor. "Diftong". Klik Web DBP - Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 16 November 2022.
- ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
- ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
- ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
- ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
- ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
- ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
- ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
- ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
- ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
- ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
- ^ Ahmad Ali Karim (7 Jun 2020). "5 Kesilapan dan Kesalahtanggapan Lazim Dalam Menulis Jawi". Ahmad Ali Karim's Weblog. Dicapai pada 1 November 2022.
- ^ Haji Wan Mohd. Saophy Amizul B. Wan Mansor. "Huruf "Alif Maqsurah" (ى) dan Huruf "Ye" (ى) dalam Jawi". Klik Web DBP - Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 November 2022.
- ^ Haji Wan Mohd. Saophy Amizul B. Wan Mansor. "Imbuhan Akhiran '-an'". Klik Web DBP - Jawi. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 November 2022.
- ^ [1] Kertas penulisan pencipta Jawiware
- ^ SIL ialah sebuah organisasi mubaligh Kristian. Laman SIL Diarkibkan 2005-11-24 di Wayback Machine