Abdullah bin Abdul Muttalib (b. Arab: عبد الله بن عبد المطلب 'AbduLlāh (i)bn 'Abd al-Muṭṭalib) merupakan bapa kepada junjungan besar Nabi Muhammad. Nama penuhnya ialah Abdullah bin Abdul Muttalib bin Hasyim bin 'Abd Manaf bin Qusay bin Kilab bin Murrah. Abdullah merupakan anak yang paling disayangi oleh bapanya, Abdul Muttalib.
Ketika berusia 18 tahun, bapanya telah mengahwinkannya dengan Aminah Binti Wahab. Hasil perkongsian hidup tersebut, lahirlah Muhammad. Abdullah meninggal dunia ketika kandungan Aminah berusia dua bulan.
Perkahwinan
Berkahwin dengan Aminah binti Wahab bin Abd Manaf pada usia 23 tahun.Pernikahan beliau dengan Aminah telah ditentukan oleh bapanya, Abdul Mutalib bin Hasyim bin Abd Manaf bin Qusoi bin Kilab.
Rujukan
- Kitab Sirah Rasulullah S.A.W, karangan Sheikh Muhammad al-Khudhori Bik dan diterjemahkan oleh Ust Hj Mohd Asri Hj Hashim. Terbitan Pustaka Salam.
- Detik-detik penting dalam kehidupan Rasulullah S.A.W, karangan Muhammad Alawi al-Maliki al-Hasani dan diterjemahkan oleh A. saleh Muhammad Basalamah dan Yunus Ali al-Mudhdhar. Terbitan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan.