Dato' Haji Abdul Rahman Suliman (1949-2011) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara (Senator) selama sepenggal (2004-2011), mantan Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri dan mantan Ahli Parlimen Parit Buntar selama tiga penggal (1982-1995).
Datuk Abdul Rahman bin Suliman | |
---|---|
Ahli Dewan Negara | |
Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 24 Ogos 2004 – 23 Ogos 2007 | |
Timbalan Menteri Jabatan Perdana Menteri | |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Ahli Parlimen Malaysia bagi Parit Buntar, Perak | |
Dalam jawatan 1982–1995 | |
Didahului oleh | ![]() ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 1949 Parit Buntar, Kerian, Perak, Persekutuan Tanah Melayu (Kini Malaysia) |
Meninggal dunia | 29 Oktober 2011 (62 tahun) Hospital Parit Buntar, Perak |
Parti politik | ![]() ![]() |
Pasangan | Datin Saemah Hussein |
Anak | 6 orang |
Keluarga
Isteri pertama beliau Datin Noor Aini binti Abdul Rahman meninggal dunia pada 2013. Mereka mempunyai enam anak iaitu dua lelaki dan empat perempuan. Kemudian beliau telah berkahwin dengan Datin Saemah binti Hussein.
Meninggal dunia
Pada 29 Oktober 2011, beliau meninggal dunia pada usia 62 tahun di di rumahnya di Kampung Kedah, Parit Buntar, utara Perak. Sebelum itu beliau hadir dalam mesyuarat Badan Perhubungan UMNO Perak di Ipoh. Beliau pernah menghidap sakit buah pinggang. Jenazah ditemui terbaring dalam bilik air di rumahnya, oleh isteri Datin Saemah Hussein. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kedah. Turut hadir ialah Menteri Besar Perak Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan bekas Timbalan Menteri Pertanian Datuk Mohd. Shariff Omar.[1]
Keputusan Pilihan Raya
Parlimen
Tahun | Parlimen | Calon | Parti | Undi | Lawan | Parti | Undi | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Rujukan
- ^ "Ketua Umno Parit Buntar Rahman Suliman meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-30. Dicapai pada 2011-10-29.