Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
| Maklumat peribadi | |||
|---|---|---|---|
| Tarikh lahir | 11 Julai 1962 | ||
| Tempat lahir |
Parit Buntar | ||
| Posisi permainan | Penyerang | ||
| Nombor | 13 | ||
| Kerjaya Senior* | |||
| Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
| 1993–1994 | Perak | 15 | (5) |
| Pasukan kebangsaan | |||
| 1981-1983 | Malaysia | 16 | (10) |
| * Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 16 April 1994 | |||
Abdul Karim bin Pin atau lebih dikenali sebagai Karim Pin adalah bekas pemain kebangsaan[1] bagi pasukan Malaysia. Antara pasukan negeri yang beliau pernah wakili termasuklah Kedah, Perak, Selangor, Melaka dan PDRM.[2] Beliau bermain di posisi penyerang dan memakai jersi bernombor 13.
Piala Sultan Selangor
Beliau telah menjaringkan 1 gol bagi pasukan Veteran Selangor menentang pasukan Veteran Singapura pada perlawanan merebut Piala Sultan Selangor 2018 lalu. Setelah masa penamat berkesudahan seri 1-1, sepakan penalti telah memihak kepada pasukan Veteran Selangor dengan jaringan 3-2 dan mengembalikan semula piala tersebut ke Selangor.[3]
Rujukan
- ^ "Ulasan mengenai skuad kebangsaan". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-07-22. Dicapai pada 2018-07-22.
- ^ Seri dah cukup baik : Karim Pin
- ^ Veteran Selangor tewaskan Singapura








