Abdul Hamid Mahmud Talu عبدالحميد مهمود تالو | |
---|---|
Kelahiran | |
Meninggal dunia | 13 Mac 1916 | (umur 55)
Pekerjaan | imam, penulis, ulama |
Abdul Hamid bin Mahmud Talu atau Abdul Hamid Asahan (1880–1946) dululah seorang ulama yang berdakwah pada zaman Kesultanan Asahan. Beliau merupakan anak lelaki kepada Mahmud Talu yang berasal dari Talu, Pasaman. Beliau belajar agama di Mekah dari Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, bersampingan dengan Abdul Karim Amrullah.[1]
Ketika beliau pulang dari Mekah sekitar tahun 1916, Abdul Hamid menubuhkan Madrasah Ulumul Arabiyyah (dinamakan semula ke Madrasah Arabiyah). Madrasah ini berkembang menjadi salah satu pusat pendidikan Islam yang terpenting di Asahan, malah telah dirangkumkan di antara madrasah yang terkenal di Sumatera Utara. Antara ulama terkenal dari madrasah tersebut adalah Syekh Muhammad Arsyad Thalib Lubis (1908–1972).[2][3]
Sekitar tahun 1930, Abdul Hamid berhijrah sekali lagi ke Mekah, kali ini sebagai utusan Kesultanan Asahan. Beliau mendapat kehormatan sebagai ahli pemeriksa Ma'ahad Su'udiyah, sebuah sekolah tinggi saat itu.[4]
Pendidikan
Abdul Hamid mendidikkan saudara iparnya, Haji Zainuddin, khadi Asahan dalam bidang agama. Selepas itu, beliau memperdalam berbagai ilmu kepada Syekh Hasyim Tua dan Syekh Muhammad Isa. Nama terakhir merupakan mufti Kesultanan Asahan di Tanjungbalai, Asahan.[4]
Di Mekah, Abdul Hamid mula-mula belajar di halaqah Syekh Ahmad al-Fathani, tetapi hanya sekitar dua tahun saja kerana gurunya meninggal dunia. Beliau meneruskan pelajaran di bawah ulama Nusantara yang mengajar di Mekkah, termasuk Ahmad Khatib Al-Minangkabawi, Muhammad bin Ismail, Nik Mat Kecik, Wan Ali Kutan al-Kalantani, Daud bin Mustafa Al-Fathani, dan Cik Wan Daud al-Fathani.[4]
Akhirnya, Abdul Hamid mengambil pelajaran dari Abdullah az-Zawawi, mufti mazhab Syafi'i di Mekah. Namun, seiring pecahnya Perang Dunia I, Abdul Hamid terpaksa pulang ke tanah kelahirannya, Tanjungbalai.[4]
Warisan
Sebagai seorang ulama, Syekh Abdul Hamid meninggalkan beberapa kitab karangan dalam bahasa Arab dan juga Melayu. Ia juga pernah menerbitkan majalah berbahasa Arab dan Melayu bernama 'Ulumil Islamiyah. Majalah ini tidak berumur panjang, hanya dua kali terbitan dalam tahun 1939.[4]
Syekh Abdul Hamid meninggal dalam peristiwa Revolusi Sosial Sumatera Timur pada 1946. Ia dimakamkan di kuburan massal dekat Masjid Raya Sultan Ahmadsyah, Tanjungbalai.
Dalam perkembangannya, murid-murid Syekh Abdul Hamid kelak menubuhkan Jam'iyatul Washliyah, sebuah pertubuhan agama yang berhala pada aliran Sunni dan mazhab Syafi'i. Dalam banyak hal, pertubuhan tersebut memiliki persamaan dengan Persatuan Tarbiyah Islamiyah (PERTI) yang ditubuhkan oleh para ulama Minangkabau.[4]
Rujukan
Catatan Kaki
- ^ Shobahussurur (2008). Mengenang 100 tahun Haji Abdul Malik Karim Amrullah, Hamka (dalam bahasa Indonesia). Yayasan Pesantren Islam al-Azhar. ISBN 978-979-17785-0-3.
- ^ Siahaan, E. K. (1984). K.H. Zainul Arifin (dalam bahasa Indonesia). Departemen Pendidikan dan Kebudayaan, Direktorat Sejarah dan Nilai Tradisional, Proyek Inventarisasi dan Dokumentasi Sejarah Nasional.
- ^ Tanjung, Yushar (2020-03-07). "Jejak Islam di Tanjungbalai". MUKADIMAH: Jurnal Pendidikan, Sejarah, dan Ilmu-ilmu Sosial (dalam bahasa Inggeris). 4 (1): 74–83. doi:10.30743/mkd.v4i1.3716. ISSN 2622-1373.
- ^ a b c d e f Mohammad Arsjad. Thabal Mahkota Asahan. 1933