Abdul Ghani al-Maqdisi | |
---|---|
Gelaran | Taqiyuddin |
Peribadi | |
Kelahiran | 1146 M/541 H[perlu rujukan] |
Kematian | 1203 M/600 H[1] |
Tempat persemadian | Perkuburan Al-Qurafah, Mesir |
Agama | Islam |
Etnik | Arab |
Karya penting |
|
Abdul Ghani ibn Abdul Wahid al-Jammaili al-Maqdisi (Arab: عبدالغني المقدسي ) (1146-1203 M) ialah seorang ulamaSunni dan pakar Hadis.[3] Nama penuhnya ialah Abu Muhammad Abdul Ghani ibn Abdul Wahid bin Ali bin Surur ibn Rafi' bin Hussain bin Jaafar al-Maqdisi al-Jammaili al-Hanbali. Dia dilahirkan pada 1146 M (541 H) di perkampungan Jummail di Palestin. Dia belajar dengan para ulama di Damsyik; kebanyakan mereka ialah daripada keluarga jauhnya. Dia belajar dengan Imam Tasawuf, Syeikh Abdul Qadir al-Jailani. Dia ialah orang pertama yang menubuhkan sekolah di Bukit Qasiyun berdekatan Damsyik. Dia meninggal dunia pada 1203 M (600 H).[5]
Dia mempunyai hubungan persaudaraan dengan Diyauddin al-Maqdisi, yang mana ibunya dan nenek Diyauddin adalah adik-beradik. Dia mempunyai tiga orang anak, iaitu Muhammad, Abdullah dan Abdul Rahman, semuanya menjadi ulama. Ulama, Ibnu Qudamah al-Maqdisi ialah sepupu belah ibunya, dan Ibnu Qudamah menerangkan perkaitannya dengan Abdul Ghani sebagai:
"Rakan saya ketika zaman kanak-kanak dan zaman mencari ilmu, dan tidak pernah kami berlumba-lumba untuk kebaikan kecuali dia akan mendahului saya, dengan pengecualian kecil"[6]
Dia juga ialah pengarang Al-Kamal fi Asma' al-Rijal, sebuah himpunan biografi perawi hadis.
Karya
Antara karyanya termasuklah:
- Kitāb ut-Tawḥīd
- Akhbār Ad-Dajjāl
- Al-`Itiqād - Karya ringkas mengenai garis kasar asas akidah.
- Al-Jāmi' as-Saghīr Li Ahkām al-Bashīr an-Nadhīr
- I`tiqād ul-Imām Ash-Shafi`ī - Pengarang menunjukkan persetujuan lengkap antara semua Imam dalam asas teologi dan terutamanya ketidaksukaan Imam al-Syafii terhadap teologi berspekulasi.
- Al-Ahkām
- Al-Arba'īn Min Kalām Rabbil-Aalamīn
- Amr bi-l-Maʿrūf wa-n-Nahy ʿani-l-Munkar
- At-Targhīb fid-Du'ā al-Hathth Alayhi
- At-Tawakkul was Su'āl Allāh Azza wa Jall
- Al-Aathār al-Mardiyyah Fī Fadā'il Khayr il-Bariyyah
- Al-Iqtiṣād fil-I'tiqād - Buku ini ialah buku pengajian akidah yang lebih lanjut yang membutirkan akidah kepada tema bersiri.
- Al-Miṣbaḥ fī `Uyun il-Aḥādith aṣ-Ṣiḥaḥ
- Mukhtaṣar Sīrah an-Nabī wa Sīrah Aṣḥabihi al-‘Asharah (Biografi ringkas Nabi dan Sepuluh Sahabat yang dijanjikan Syurga)
- Ṭuḥfat ut-Ṭālibīn fīl Jīhad wal-Mujāhidīn
- Umdat ul-Aḥkām min Kalām Khayr il-Kalām
- Umdat ul-Aḥkām al-kubrā - versi lanjutan kepada Umdat ul-Aḥkām min Kalām Khayr il-Kalām.
- Faḍā'il ul-Hajj
- Faḍā'il us-Ṣadaqah
- Faḍā'il Ashar Dhil-Hijjah
- Faḍā'il Umar bin al-Khattāb
- Faḍā'il Makkah
- Al-Kamāl Fī Ma'rifat ir-Rijāl
- Miḥnah Imām Aḥmad bin Ḥanbal
Rujukan
- ^ "USC-MSA Compendium of Muslim Texts". Diarkibkan daripada yang asal pada August 29, 2006.
- ^ "U-M Web Hosting". www-personal.umich.edu. Diarkibkan daripada yang asal pada March 12, 2007.
- ^ a b c "IslamicAwakening.Com: Ibn al-Jawzi: A Lifetime of Da'wah". October 22, 2006. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-10-22.
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamajacb2
- ^ "'Abdul Ghani al-Maqdisi عبد الغني المقدسي". Muslim Scholars Database. Arees University, Texas USA. 2010-10-28. Dicapai pada 2014-09-27.
- ^ "ذيل طبقات الحنابلة - ابن رجب - ت. الفقي" – melalui Internet Archive.
Buku rujukan
- Drory, Joseph (1988). "Hanbalis of the Nablus Region in the Eleventh and Twelfth Centuries". Asian and African Studies. 22: 93–112.
- Talmon-Heller, D. (2009). "'Ilm, Baraka, Shafa'a – the Resources of Ayyubid and Early Mamluk 'Ulama". Mamluk Studies Review. 13/2: 1–23.