Abby Fana | |
---|---|
Kelahiran | Habsah binti Omar 22 Ogos 1966 |
Pekerjaan | Penyampai radio, pengacara |
Majikan |
|
Anak-anak | 2 |
Habsah Omar ataupun lebih dikenali sebagai Abby Fana (lahir 22 Ogos 1966)[1] adalah seorang penyampai radio dan pengacara televisyen Malaysia. Beliau telah banyak kali dicalonkan untuk Pengacara Radio Wanita Popular (ABPBH) namun tidak pernah memenanginya. Beliau merupakan pengacara yang paling senior dalam rancangan Malaysia Hari Ini yang merupakan rancangan bual bicara yang sangat popular di TV3. Penampilan beliau dalam rancangan ini sering mendapat komen-komen positif daripada penonton. Selain itu, beliau juga merupakan seorang penyampai radio terdahulu di Sinar FM.[2] Keletahnya yang bersahaja semasa bertugas di Sinar FM sering dinantikan oleh peminat-peminatnya.[3]
Kehidupan peribadi
Beliau mempunyai dua anak lelaki dari perkahwinan terdahulu.[4]
Filemografi
Televisyen
Tahun | Tajuk | Peranan | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
2006–2009 | Malaysia Hari Ini | Pengacara | TV3 | |
2009 | Hati Lelaki | |||
2021 | La Tahzan | TV AlHijrah | bersama Faizal Ismail |
Radiografi
Radio
Tahun | Tajuk | Stesen |
---|---|---|
– 2006 | Ceria Pagi & Seri Pagi | THR Gegar |
16 Januari 2006 | – 31 Disember 2020Sembang Sinar | Sinar |
Anugerah dan pencalonan
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 | Penyampai Radio Popular | Tercalon |
Rujukan
- ^ Syed Anuar Syed Mussaddad (23 Februari 2014). "Usung tilam ke pejabat". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-07. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
- ^ Mohd Arif Nizam Abdullah (9 Mac 2006). "Abby Fana kini bahagia dengan Sinar fm". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-08-07. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
- ^ Feride Hikmet Atak (17 Januari 2017). "Ada lagi ke orang nak dengar celoteh saya? - Abby Fana". Berita Harian. Dicapai pada 7 Ogos 2018.
- ^ Norhayati Nordin (2 Mac 2018). "25 tahun dah...Ok je". Harian Metro. Dicapai pada 7 Ogos 2018.