rencana ini memerlukan perhatian dari seorang pakar berkenaan seorang yang arif agama Kristian atau sejarah Eropah zaman pertengahan.(Januari 2021) |
Sebahagian kandungan di laman rencana ini menggunakan istilah atau struktur ayat yang terlalu menyebelahi gaya bahasa negara tertentu hasil penggunaan semula kandungan sumber tanpa pengubahsuaian. Anda diminta mengolah semula gaya bahasa rencana ini supaya penggunaan istilah di rencana ini seimbang, selaras serta mudah difahami secara umum dalam kalangan pengguna-pengguna bahasa Melayu yang lain menggunakan laman Istilah MABBIM kelolaan Dewan Bahasa dan Pustaka. Silalah membantu. Kata nama khas dan petikan media tertentu (seperti daripada akhbar-akhbar atau dokumen rasmi) perlu dikekalkan untuk tujuan rujukan. Sumber perkamusan dari Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia juga disediakan. Anda boleh rujuk: Laman Perbincangannya • Dasar dan Garis Panduan Wikipedia • Manual Menyunting |
Abbas (bahasa Inggeris: abbot ) ialah gelaran kepada seseorang agamawan Kristian yang memimpin sebuah biara menguruskan para penghuni yang mengasingkan diri untuk beribadah mendekati Tuhan mereka.
Gelaran ini datang daripada peminjaman Latin: abbas ("bapa") turunan Bahasa Yunani Kuno: ἀββᾶς (abbas); ia serapan Bahasa Aramia: ܐܒܐ 'abbā, kesemua diertikan sebagai "bapa".
Gambaran umum
Pelantikan
Abbas dilhat sebagai seorang agamawan dipilih oleh para biarawan dari antaranya yang telah mengikrarkan kaul-kekal. Sekali terpilih, dia harus mengajukan permohonan pemberkatan: pemberkatan seorang abbas dilaksanakan oleh uskup yang wilayah keuskupannya menjadi lokasi biara yang bersangkutan, atau atas seizinnya, oleh abbas atau uskup lain. Upacara pemberkatan tersebut dalam beberapa aspek mirip dengan pentahbisan seorang uskup, yakni abbas yang baru dimahkotai dengan mitra, disematkan cincin pada jarinya, dan diberikan tongkat gembala serta menerima penumpangan tangan serta pemberkatan dari pemimpin upacara. Meskipun upacara tersebut menjadikan abbas yang baru itu memperoleh kedudukan wewenang sah, tetapi tidak menjadikannya memperoleh wewenang sakramental.
Peranan
Begitu menerima pemberkatan, si abbas bukan saja menjadi ketua seakan "bapa" bagi para biarawan yang dipimpinnya dalam pengertian rohani, tetapi juga menjadi superior mayor bagi mereka menurut hukum kanun gereja, serta memiliki wewenang tambahan untuk menganugerahkan jabatan pelayanan sebagai akolit dan lektor (sebelumnya, dia dapat memberikan pemberkatan untuk menduduki jabatan-jabatan minor, yang bukan sakramen, dan yang kini telah digantikan oleh jabatan-jabatan pelayanan tersebut). Biara adalah suatu badan "religius bebas" dan oleh kerana itu dalam banyak hal bertanggungjawab langsung kepada paus, atau abbas primat, bukannya kepada uskup setempat.
Abbas mengenakan seragam biara yang sama dengan rekan-rekan biarawannya, tetapi menurut tradisi dia mengenakan pula sebuah kalung salib seperti yang dikenakan uskup.
Abbas teritorial juga sama seperti abbas biasa, tetapi selain itu dia menerima suatu mandat wewenang dari paus atas teritorial sekitar biara yang menjadi tanggung jawabnya.
Hierarki
Dalam beberapa keluarga monastik terdapat jenjang keutamaan atau wewenang di kalangan abbas. Dalam beberapa keadaan, hal tersebut terjadi kerana biara tertentu dianggap sebagai "induk" dari beberapa "anak" biara yang awalnya didirikan sebagai biara yang mandiri dari biara "induk." Dalam keadaan-keadaan lain, biara-biara telah berafiliasi dalam jaringan-jaringan yang disebut "kongregasi." Beberapa keluarga monastik mengakui satu biara sebagai biara induk dari keseluruhan ordo.
Lihat
- Rencana yang memerlukan perhatian pakar tanpa parameter reason atau talk
- Rencana yang memerlukan perhatian pakar dari Januari 2021
- Semua rencana yang memerlukan perhatian pakar
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Yunani Purba (sehingga 1453)
- Rencana yang mengandungi teks bahasa Aramia Diraja (700-300 SM)