Abang Sado Kau Ado | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Rosmadewi |
Pengarah | Shuhaimi Lua |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Raya Denganmu" oleh Reyhana |
Lagu penutup | "Raya Denganmu" oleh Reyhana |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 4 |
Penerbitan | |
Penerbit | A. Aida |
Tempoh siaran | 42–43 minit |
Syarikat penerbitan | A. Aida Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Siaran asal | 19 Julai 2015 – 22 Julai 2015 |
Abang Sado Kau Ado ialah siri mini drama televisyen komedi Malaysia 2015 arahan Shuhaimi Lua dibintangi oleh Adiba Yunus, Sharnaaz Ahmad, Shiha Zikir, Idris Khan dan Dottie. Drama ini memulakan tayangan perdana di TV3 dari 19 Julai 2015 hingga 22 Julai 2015.[1]
Sinopsis
Mengenai seorang remaja kampung bernama Miskiah, yang merupakan seorang nelayan sungai. Miskiah sangat meminati artis popular yang berbadan tegap iaitu Sharnaaz Ahmad dan menggunakan media sosial untuk memasuki satu pertandingan di mana hadiah utama berupa peluang berhari Raya bersama Sharnaaz Ahmad. Biarpun Miskiah dikutuk oleh kerana obsesinya itu, namun, gadis tersebut yakin bahawa dia akan memenangi pertandingan tersebut dan impiannya untuk berjumpa dengan Sharnaaz Ahmad akhirnya menjadi realiti. Dalam masa yang sama Miskiah pula digilai oleh Hafiz, namun cintanya tidak diterima kerana Miskiah terlalu obses dengan abang sadonya Sharnaaz. Sofea pula terhegeh-hegeh sukakan Hafiz. Adakah cinta mereka kesampaian? Berjayakah Hafiz mendapat Miskiah dari Syarnaaz?
Pelakon
- Adiba Yunus sebagai Miskiah
- Sharnaaz Ahmad sebagai Sharnaaz
- Izara Aishah sebagai Sherry
- Idris Khan sebagai Hafiz
- Shiha Zikir sebagai Sofea
- Dottie sebagai Nab
- Norlia Ghani sebagai Mak Long
- Amyza Aznan sebagai Milah
- Afzan A. Rahman sebagai Nik
- Rahim Kidol sebagai Tok Ketua
Lihat juga
- Trilogi drama Abang Sado:
- Abang Sado Jemur Kain (2015)
- Abang Sado Boleh Beres (2016)
Rujukan
- ^ Abang Sado Kau Ado D'Layari (5 Julai 2015). Dicapai pada 6 Julai 2015.