Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee bin Abang Masagus | |
---|---|
Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Mohamad Sabu |
Setiausaha Organisasi AMANAH | |
Menyandang jawatan 2019 | |
Presiden | Mohamad Sabu |
Setiausaha Politik kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama) | |
Dalam jawatan 2018–2020 | |
Menteri | Mujahid Yusof Rawa |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | (2015-kini) (-2015) |
Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus (Haji) adalah seorang Peguambela dan Peguamcara (Malaya), aktivis program kebajikan (CSR) serta ahli politik Malaysia yang berketurunan Melayu. Beliau merupakan di antara pengasas Parti AMANAH Negara (AMANAH) (2015) dan kini memegang jawatan sebagai Setiausaha Organisasi AMANAH sejak 2019. Di awal penubuhan AMANAH, beliau adalah Timbalan Setiausaha Agung Parti.
Tuan Haji Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus merupakan graduan undang-undang dari Universiti Kebangsaan Malaysia [Batch ke empat belas (14)]. Semasa di kampus UKM, beliau pernah memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UKM (Persatuan Mahasiswa UKM) dan memegang portfolio Exco Sukan dan Rekresi pada tahun 2001.
Di awal penglibatan dalam dunia perundangan, beliau memulakan langkah sebagai Pelatih Dalam Kamar Chambering Student di Tetuan Iqbal Hakim, Sia & Voo (IHSV) Kuala Lumpur di bawah seliaan Rakan Kongsi Kanan Iqbal Hakim Dato' Hj Sujak dan Peter Chan Wai Loon pada tahun 2002-2003. Setelah menamatkan tempoh sembilan (9) bulan latihan dalam kamar dan diterima masuk sebagai Peguambela dan Peguamcara (Malaya) pada bulan Februari 2003, beliau telah dikekalkan sebagai peguam di firma IHSV serta ditempatkan di Jabatan Litigasi Sivil, kemudian Jabatan Konveyansing dan Jabatan Korporat. Pada tahun 2005, beliau dilantik sebagai Peguam Kanan di firma IHSV sekaligus menjadi ketua bagi Jabatan Korporat IHSV.
Pada tahun 2007, beliau telah mengasaskan firma guaman Abang & Associates yang kemudiannya bergabung dengan Tetuan Mazwan & Nasar pada tahun 2015 dan membentuk gabungan firma dengan gaya dan nama Mazwan Dee Nasar & Shima (MDNS) hingga kini.
Dari sudut penglibatan dalam bidang sosial dan NGO, beliau pernah memegang jawatan sebagai Ahli Majlis Tertinggi Harakah Islamiah Sarawak (HIKMAH) 2008-2011, Timbalan Yang Di-Pertua 2 Persatuan Penduduk Induk Bandar Baru Bangi, Pengerusi Sekretariat Belia Prihatin (2007 – 2013), Setiausaha Agung Jaringan Siswazah Malaysia (JASA) (2005 - 2007).
Karier politik beliau bermula dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada tahun 2003 di kawasan Serdang (Bangi) sebagai Pemuda Pas Cawangan Seksyen 1, kemudiannya naik setapak demi setapak ke peringkat yang lebih tinggi sebagai Exco Pemuda Pas Kawasan, Naib Ketua Pemuda Kawasan, AJK Pas Kawasan, Exco Pemuda Pas Negeri Selangor dan sehinggalah pada tahun 2011 dilantik sebagai Exco Pemuda Pas Malaysia, Setiausaha Pemuda Pas Malaysia dan dalam masa yang sama dilantik sebagai AJK Pas Pusat. Beliau meninggalkan Pas pada tahun 2015 setelah dipecat daripada parti apabila menyertai AMANAH.
Pada tahun 2011, beliau bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri Sarawak bagi kerusi DUN N.24 Beting Maro mewakili Pas dan tewas dengan majoriti kecil 391 undi kepada Razali Gapor (BN).
Karier beliau dalam dunia korporat dan kerajaan mula diasah pada tahun 2018 apabila menjawat jawatan sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Agama (Jabatan Perdana Menteri). Di antara jawatan yang pernah disandang beliau ialah Pengerusi Yayasan Taqwa Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan, Ahli Jawatankuasa Baitulmal MAIWP, Ahli Lembaga Pengarah Syarikat Tabung Haji Venture & Management, Tabung Haji Travel & Services, Ahli Pemegang Amanah Yayasan Bangi Bandar Ilmu, Ahli Lembaga Pengarah Syarikat KPISB dan Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan NAFAS [1].