A Beautiful Mind | |
---|---|
Pengarah | Ron Howard |
Lakon layar | Akiva Goldsman |
Berdasarkan | A Beautiful Mind oleh Sylvia Nasar |
Dihasilkan oleh | Brian Grazer Ron Howard |
Dibintangi |
|
Sinematografi | Roger Deakins |
Disunting oleh | Daniel P. Hanley Mike Hill |
Muzik oleh | James Horner |
Syarikat penerbitan | Imagine Entertainment |
Diedarkan oleh | Universal Pictures (Amerika Utara) DreamWorks Pictures (Antarabangsa) |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 135 minit |
Negara | Amerika Syarikat |
Bahasa | English |
Bajet | $58 juta[1] |
Pecah panggung | $313.6 juta[1] |
A Beautiful Mind ialah sebuah filem biografi Amerika Syarikat 2001 arahan oleh Ron Howard daripada lakon layar yang ditulis oleh Akiva Goldsman. Filem ini mengisahkan hidup John Forbes Nash Jr., seorang ahli matematik tersohor dan pemenang bersama Hadiah Peringatan Nobel dalam Sains Ekonomi; tokoh tersebut dimainkan wataknya oleh Russell Crowe yang membintangi bersama Ed Harris, Jennifer Connelly, Paul Bettany, Adam Goldberg, Judd Hirsch, Josh Lucas, Anthony Rapp dan Christopher Plummer.
Filem ini ditayangkan di Amerika Syarikat pada 21 Disember 2001. Ia mengutip $313 juta di seluruh dunia dan memenangi empat Anugerah Akademi, Filem Terbaik, Pengarah Terbaik, Lakon Layar Adaptasi Terbaik dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik. Ia juga dicalonkan untuk Pelakon Lelaki Terbaik, Suntingan Filem Terbaik, Solekan Terbaik dan Skor Muzik Asal Terbaik.
Pelakon
- Russell Crowe sebagai John Nash
- Ed Harris sebagai William Parcher
- Jennifer Connelly sebagai Alicia Nash
- Paul Bettany sebagai Charles Herman
- Josh Lucas sebagai Martin Hansen
- Adam Goldberg sebagai Sol
- Anthony Rapp sebagai Bender
- Vivien Cardone sebagai Marcee
- Christopher Plummer sebagai Dr. Rosen
- Judd Hirsch sebagai Helinger
- Jason Gray-Stanford sebagai Ainsley Neilson
- Bryce Dallas Howard sebagai Pelajar Harvard
Tayangan
Penerimaan kritis
A Beautiful Mind menerima tayangan terhad pada 21 Disember 2001. Filem ini menerima ulasan positif dengan Crowe menerima pujian meluas untuk lakonannya. Ia kemudiannya ditayangkan secara meluas di Amerika Syarikat pada 4 Januari 2002. Di laman web Rotten Tomatoes, filem ini mendapat rating 75%.[2] Roger Ebert dari Chicago Sun-Times memberi filem ini empat daripada empat bintang.[3]
Box office
Filem ini mengutip $170,742,341 di Amerika Utara dengan jumlah terkumpul seluruh dunia sebanyak $313,542,341.[1]
Anugerah
Filem ini memenangi empat anugerah di Anugerah Akademi ke-74 untuk Lakon Layar Adaptasi Terbaik (Akiva Goldsman), Filem Terbaik (Brian Grazer dan Ron Howard), Pengarah Terbaik (Ron Howard) dan Pelakon Pembantu Wanita Terbaik (Jennifer Connelly). Ia juga menerima empat pencalonan lain untuk Pelakon Lelaki Terbaik (Russell Crowe), Suntingan Filem Terbaik (Mike Hill dan Daniel P. Hanley), Solekan Terbaik (Greg Cannom dan Colleen Callaghan) dan Skor Muzik Asal Terbaik (James Horner).[4]
Rujukan
- ^ a b c "A Beautiful Mind (2001)". Box Office Mojo. IMDb. Dicapai pada 2010-11-08.
- ^ "A Beautiful Mind". Rotten Tomatoes. Flixter. Dicapai pada 2007-08-14.
- ^ Ebert, Roger. "A Beautiful Mind". Chicago Sun-Times. RogerEbert.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-11. Dicapai pada 2021-09-21.
- ^ "74th Academy Awards". Oscars.org. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-08-24. Dicapai pada 2007-08-27.
Pautan luar
Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: A Beautiful Mind (filem) |
- Tapak web rasmi
- A Beautiful Mind di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- A Beautiful Mind di TCM Movie Database
- A Beautiful Mind di Allmovie
- A Beautiful Mind di Rotten Tomatoes
- A Beautiful Mind di Box Office Mojo
- A Beautiful Mind Diarkibkan 2008-05-07 di Wayback Machine at MSN Movies Diarkibkan 2011-08-30 di Wayback Machine
- A Beautiful Mind Diarkibkan 2009-07-14 di Wayback Machine at Film Insight