| AGM-88 HARM[1] | |
|---|---|
AGM-88 HARM dipasangkan pada pesawat F/A-18C. | |
| Jenis | Peluru berpandu anti radar |
| Sejarah perkhidmatan | |
| Dalam perkhidmatan | 1985 - kini |
| Sejarah pengeluaran | |
| Pereka | Texas Instruments |
| Direka | 1983 |
| Pengeluar | Texas Instruments, kini Raytheon Corporation |
| Kos unit | AS$284,000 |
| Dihasilkan | 1985 - kini |
| Spesifikasi | |
| Berat | 360 kg |
| Panjang | 4.1 m |
| Diameter | 254 mm |
| Kepala peledak | Pemecahan terus PBXC-116 |
| Berat kepala peledak | 68 kg |
Mekanisma letupan | Denyutan laser dekat/Sentuhan |
| Enjin | Tujahan berkembar Thiokol, enjin roket 64,000 lbf |
| Lebar sayap | 1.1 m |
| Bebaling | dorongan pepejal |
Jarak operasi | 57 batu nautika |
| Kelajuan | 2,280 km/j |
Sistem pemanduan | Tujuan radar pasif dengan penyesak penuju, panduan radar aktif EHF pada versi E. 500-20,000 MHz untuk AGM-88C |
Platform pelancaran | F/A-18 Hornet, F-4G Phantom, F-16 Fighting Falcon dan lain-lain |
AGM-88 HARM (Bahasa Inggeris: High-speed Anti Radiation Missile) (HARM) merupakan sebuah peluru berpandu udara ke permukaan taktikal yang direka untuk menuju ke transmisi elektronik yang datang daripada sistem radar permukaan ke udara. Asalnya, AGM-88 dibangunkan oleh Texas Instruments (TI) bagi mengantikan peluru berpandu AGM-45 Shrike dan AGM-78 Standard ARM. Pengeluarannya kemudian telah diambil alih Raytheon Corporation (RAYCO) apabila Raytheon membeli perniagaan pertahanan daripada Texas Instruments.
Kelainan

Versi terkini AGM-88 adalah AGM-88E Advanced Anti Radiation Guided Missile (AARGM), yang mana merupakan satu usahasama di antara Kementerian Pertahanan Itali dengan Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat.
Versi AARGM akan memiliki ciri-ciri berikut; perisian terkini, keupayaan dipertingkatkan yang bertujuan untuk melawan penutupan radar, radar pasif dan pencari gelombang milimeter aktif.
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
- AGM-88 data sheet Diarkibkan 2006-06-28 di Wayback Machine (PDF format) from Raytheon
- Information on AGM-88 HARM from FAS
- AGM-88 HARM information by Globalsecurity.org
- AGM-88@Designation-Systems
- AGM-88 HARM by Carlo Kopp
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: AGM-88 HARM. |








