Umum | |
---|---|
Pengarang | Martin Luther |
Tajuk asal | Disputatio pro declaratione virtutis indulgentiarum |
Negara | Jerman |
Bahasa | Latin |
Tarikh penerbitan | 31 Oktober 1517 |
Terjemahan | 95 Dalil di Wikisumber |
95 Dalil terhadap Kuasa Pengampunan (Tajuk asal dalam bahasa Latin: Disputatio pro declaratione virtutis indulgentiarum , juga dikenali sebagai 95 Dalil Luther) ditulis oleh seorang paderi berbangsa Jerman bernama Martin Luther pada tahun 1517. Tulisan ini dianggap sebagai pencetus kepada pergerakan Reformasi Protestan. Luther menggunakan dalil-dalil ini untuk mempertikaikan amalan gerejanya menjual pengampunan yang akhirnya melahirkan fahaman Protestan. Sokongan kepada Luther menggalakkan lebih ramai lagi golongan yang mencurigai pihak gereja dan membangkang amalan-amalannya. Lebih khusus lagi, gerakan ini kemudiannya mencabar ajaran gereja mengenai konsep taubat, kekuasaan Paus sebagai ketua gereja dan umat Kristian serta kegunaan pengampunan itu sendiri.
Gerakan ini turut mencetuskan perdebatan mengenai teologi yang menyebabkan Zaman Pembaharuan Eropah; melahirkan pecahan mazhab Luteran, Anabaptis dan sebagainya dalam lingkungan agama Kristian itu sendiri. Hal ini seterusnya mencetuskan perubahan yang ketara dari segi sosial dan politik yang merebak ke hampir segenap benua Eropah.[1]
Latar belakang
Martin Luther, seorang profesor teologi moral di Universit Wittenberg dan pengkhotbah kota,[2] menulis 95 Dalil menentang praktik kontemporer gereja terkait indulgensi. Dalam Gereja Katolik, satu-satunya gereja Kristian di Eropa Barat pada masa itu, indulgensi merupakan sebahagian dripada karya keselamatan. Dalam sistem tersebut, ketika umat Kristian berdosa dan mengakukannya, dosa-dosanya diampuni dan tidak akan lagi menerima hukuman abadi dalam neraka, tetapi, mungkin masih menanggung beban hukuman temporal.[3] Peniten dapat membebaskan diri dari hukuman tersebut dengan cara melakukan karya belas kasih.[4] Jika hukuman temporal tidak terpenuhi sepenuhnya semasa hidupnya di dunia ini, maka perlu dipenuhi dalam api penyucian. Dengan indulgensi (yang dapat diterjemahkan sebagai "kemurahan hati"), hukuman temporal tersebut dapat dikurangi atau bahkan dihapuskan.[3] Dalam penyalahgunaan sistem indulgensi, kaum rohaniwan memanfaatkannya dengan menjual indulgensi dan paus memberikan pernyataan resmi dengan imbalan biaya tertentu.[5]
Para paus memiliki kuasa untuk menganugerahkan indulgensi penuh, yang memberikan pembebasan sepenuhnya atas segala hukuman temporal yang masih tersisa akibat dosa, dan indulgensi juga dapat dibeli bagi orang-orang yang diyakini berada dalam api penyucian. Hal ini menyebabkan timbulnya ungkapan populer: "Begitu sekeping koin dalam peti wang berdenting, jiwa dari api penyucian melompat". Para teolog di Universitas Paris pernah mengecam ungkapan tersebut pada akhir abad kelima belas.[6] Para kritikus indulgensi sebelumnya misalnya John Wycliffe, yang menyangkal bahawa paus memiliki yurisdiksi atas api penyucian. Jan Hus dan para pengikutnya pernah mengadvokasikan suatu sistem penitensi atau silih yang lebih berat, yang di dalamnya tidak tersedia indulgensi.[7] Johannes von Wesel juga pernah menyerang indulgensi pada akhir abad kelima belas.[8] Para penguasa politik berkepentingan dalam mengendalikan indulgensi kerana ekonomi lokal bergejolak saat wang untuk indulgensi pergi dari wilayah mereka masing-masing. Para penguasa sering kali berusaha mendapatkan sebahagian dripada hasilnya atau melarang indulgensi sama sekali, seperti yang dilakukan Adipati Georgius di Elektorat Sachsen tempat Luther tinggal.[9]
Pada 1515, Paus Leo X menganugerahkan suatu indulgensi penuh yang dimaksudkan untuk membiayai pembangunan Basilika Santo Petrus di Roma.[10] Indulgensi tersebut berlaku untuk hampir semua dosa, termasuk perzinaan dan pencurian. Semua khutbah indulgensi lainnya dihentikan selama delapan tahun saat indulgensi tersebut ditawarkan. Para pengkhotbah indulgensi diberikan pengarahan ketat tentang bagaimana indulgensi tersebut harus dikhotbahkan, dan mereka lebih banyak menerima pujian kerana indulgensi tersebut dibandingkan dengan indulgensi-indulgensi yang ditawarkan sebelumnya.[11] Johann Tetzel ditugaskan untuk berkhutbah dan menawarkan indulgensi tersebut pada 1517, dan kampanyenya di kota-kota dekat Wittenberg menarik minat banyak penduduk Wittenberg untuk mengunjungi kota-kota itu dan membelinya, kerana penjualannya telah dilarang di Wittenberg dan kota-kota Sachsen (Saxon) lainnya.[12]
Luther juga pernah menerima indulgensi-indulgensi yang dikaitkan dengan Gereja Semua Orang Kudus di Wittenberg.[13] Dengan menghormati sejumlah besar relikui di gereja itu, seseorang dapat menerima suatu indulgensi.[14] Pada awal 1514, dia berkhutbah menentang penyalahgunaan indulgensi dan cara mereka merendahkan anugerah atau kasih karunia alih-alih mengharuskan pertobatan sejati.[15] Pada 1517, Luther menjadi sangat prihatin saat jemaat parokinya, sekembalinya mereka dari membeli indulgensi Tetzel, mendakwa bahawa mereka tidak lagi perlu bertaubat dan mengubah hidup mereka agar dapat diampuni dosanya. Setelah mendengar apa yang dikatakan Tetzel mengenai indulgensi dalam khutbah-khotbahnya, Luther mulai mempelajari isu tersebut dengan lebih seksama, dan menghubungi para ahli terkait subjek tersebut. Beliau berkhutbah tentang indulgensi beberapa kali pada 1517, menjelaskan bahawa pertaubatan yang sebenarnya lebih baik ketimbang membeli suatu indulgensi.[16] Beliau mengajarkan kalau menerima suatu indulgensi mensyaratkan bahawa peniten telah mengakukan dosa-dosanya dan bertaubat, kerana jika tidak demikian maka indulgensi tidak berguna. Menurutnya, pendosa yang benar-benar bertaubat juga tidak akan mencari suatu indulgensi, kerana mereka mencintai kebenaran dari Tuhan dan menginginkan hukuman batin atas dosa-dosa mereka.[17] Khotbah-khotbahnya tampaknya dihentikan sejak April sampai Oktober 1517, diperkirakan saat itu Luther sedang menulis 95 Dalil.[18] Beliau menyusun sebuah Risalah tentang Indulgensi, sepertinya pada awal musim gugur 1517. Dikatakan bahawa tulisannya itu merupakan suatu penelitian menyeluruh dan cermat terkait subjek tersebut.[19] Beliau menghubungi para pemimpin gereja untuk membahas subjek tersebut melalui surat, termasuk superiornya Hieronymus Schulz , Uskup Brandenburg, sekitar atau sebelum 31 Oktober, saat dia mengirim tesis-tesisnya kepada Uskup Agung Albertus dari Brandenburg.[20]
Isi
Tesisnya yang pertama menjadi terkenal. Tesis tersebut menyatakan, "Ketika Tuhan dan Guru kita Yesus Kristus mengatakan, 'Bertaubatlah,' Beliau menghendaki keseluruhan hidup orang beriman sebagai satu sebahagian dripada pertobatan." Dalam beberapa tesis pertamanya Luther mengembangkan gagasan bahawa pertobatan adalah lebih merupakan perjuangan Kristian di dalam batinnya melawan dosa daripada sistem pengakuan sakramental dari luar.[21] Tesis 5–7 kemudian menyatakan bahawa paus hanya dapat melepaskan orang-orang dari hukuman yang telah dia berikan sendiri atau melalui sistem penitensi gereja, bukan kebersalahan dosa. Paus hanya dapat menyatakan pengampunan Tuhan atas kebersalahan dosa di dalam nama-Nya.[22] Pada tesis 14–29, Luther menantang keyakinan umum mengenai api penyucian. Tesis 14–16 membahas gagasan bahawa hukuman dalam api penyucian dapat disamakan dengan rasa takut dan keputusasaan yang dirasakan oleh orang-orang yang sekarat.[23] Pada tesis 17–24, dia menyatakan bahawa tidak ada yang dapat secara definitif mengatakan tentang keadaan rohani orang-orang yang berada dalam api penyucian. Pada tesis 25 dan 26, dia menyangkal bahawa paus memiliki kuasa apapun atas orang-orang dalam api penyucian. Pada tesis 27–29, dia menyerang gagasan bahawa orang yang dikasihi si pembayar dibebaskan dari api penyucian seketika setelah pembayaran dilakukan. Beliau melihat hal itu sebagai pemicu ketamakan yang penuh dosa, dan mengatakan bahawa hal itu mustahil untuk dipastikan kerana hanya Tuhan yang memiliki kekuasaan tertinggi untuk melepaskan hukuman-hukuman dalam api penyucian.[24]
Tesis 30–34 menyinggung kepastian palsu yang Luther yakini ditawarkan oleh para pengkhotbah indulgensi kepada umat Kristian. Karena tidak ada seorang pun yang mengetahui apakah seseorang benar-benar bertaubat, selembar surat yang menjamin seseorang akan pengampunannya dinilai berbahaya. Pada tesis 35 dan 36, dia menyerang gagasan yang menyampaikan bahawa suatu indulgensi membuat pertobatan tidak diperlukan. Hal ini mengarah pada kesimpulan bahawa orang-orang yang benar-benar bertaubat, yakni satu-satunya kelompok orang yang dapat menerima manfaat dari indulgensi, telah menerima satu-satunya manfaat yang disediakan oleh indulgensi. Bagi Luther, umat Kristian yang sungguh-sungguh bertaubat telah dilepaskan dari hukuman maupun kebersalahan dosanya.[24] Dalam tesis 37, dia menyatakan bahawa umat Kristian tidak memerlukan indulgensi untuk dapat menerima seluruh manfaat yang disediakan oleh Yesus. Tesis 39 dan 40 menyatakan bahawa indulgensi menyebabkan pertobatan sejati lebih sulit dilakukan. Pertobatan sejati menginginkan hukuman Tuhan atas dosa, tetapi indulgensi mengajarkan seseorang untuk menghindari hukuman, kerana hal itu merupakan tujuan dari membeli indulgensi tersebut.[25]
Pada tesis 41–47, Luther mengkritik indulgensi dengan pertimbangan bahawa indulgensi merendahkan karya-karya belas kasihan yang dilakukan oleh mereka yang membelinya. Di sini dia mulai menggunakan frasa "Umat Kristian harus diajarkan ..." untuk menyatakan bagaimana dia merasakan bahawa orang-orang seharusnya diberikan petunjuk mengenai nilai indulgensi. Mereka seharusnya diajarkan bahawa memberi kepada kaum miskin lebih penting daripada membeli indulgensi, bahawa membeli suatu indulgensi tanpa memberi kepada kaum miskin mendatangkan murka Tuhan, dan bahawa melakukan perbuatan baik menjadikan seseorang lebih baik sementara membeli indulgensi tidak demikian. Pada tesis 48–52, Luther menempatkan dirinya di sisi paus, mengatakan bahawa jika paus mengetahui apa yang sedang dikhotbahkan atas namanya maka dia akan lebih suka Basilika Santo Petrus terbakar daripada "terbangun dengan kulit, daging, dan tulang-tulang dombanya".[25] Tesis 53–55 mengeluhkan pembatasan-pembatasan dalam berkhutbah ketika indulgensi sedang ditawarkan.[26]
Luther mengkritik doktrin harta kekayaan Gereja yang menjadi dasar bagi doktrin indulgensi pada tesis 56–66. Beliau menyatakan bahawa umat Kristian biasa tidak mengerti doktrin itu dan salah memahaminya. Bagi Luther, harta karun gereja yang sebenarnya adalah Injil Yesus Kristus. Harta tersebut cenderung untuk dibenci kerana "orang yang terdahulu akan menjadi yang terakhir",[27] berdasarkan yang tertulis dalam Matius 19:30 dan 20:16.[28] Luther menggunakan kiasan dan permainan kata untuk mendeskripsikan harta karun Injil sebagai jala untuk menjaring orang kaya, sementara harta karun indulgensi adalah jala untuk menjaring kekayaan orang.[27]
Pada tesis 67–80, Luther membahas lebih lanjut masalah-masalah terkait cara indulgensi dikhotbahkan, sebagaimana yang pernah dia singgung dalam surat kepada Uskup Agung Albertus. Para pengkhotbah mempromosikan indulgensi sebagai rahmat terbesar yang disediakan Gereja, tetapi mereka sebenarnya hanya mempromosikan keserakahan. Beliau mengemukakan bahawa para uskup telah diinstruksikan untuk memberikan penghormatan kepada para pengkhotbah indulgensi yang memasuki yurisdiksi mereka, tetapi para uskup juga bertugas melindungi jemaat mereka dari para pengkhotbah yang mengkhotbahkan hal-hal yang bertentangan dengan maksud paus.[27] Beliau kemudian menyerang keyakinan yang diduga disebarkan oleh para pengkhotbah bahawa indulgensi dapat mengampuni seseorang yang telah menghina Bunda Maria. Luther menyatakan bahawa indulgensi tidak dapat menghapuskan kebersalahan dosa, sekalipun yang paling ringan di antara dosa-dosa ringan. Beliau mengecam beberapa pernyataan lain yang diduga disampaikan oleh para pengkhotbah indulgensi sebagai penghujatan: bahawa Santo Petrus tidak mungkin menganugerahkan suatu indulgensi yang lebih bernilai daripada paus yang sekarang, dan bahawa salib indulgensi dengan lambang kepausan adalah sama berharganya seperti salib Kristus.[29]
Luther mencantumkan beberapa kritik yang dikemukakan oleh kaum awam terhadap indulgensi pada tesis 81–91. Beliau menyajikannya sebagai keberatan-keberatan sukar yang diajukan jemaatnya, bukan kritiknya semata. Bagaimana dia harus menjawab mereka yang bertanya mengapa paus tidak mengosongkan saja api penyucian jika itu berada dalam kuasanya? Apa yang harus dia katakan kepada mereka yang bertanya mengapa misa-misa peringatan bagi orang yang telah meninggal, yang ditujukan bagi orang-orang dalam api penyucian, tetap dilakukan bagi mereka yang telah ditebus melalui suatu indulgensi? Luther mendakwa kalau tampak aneh bagi beberapa orang bahawa orang-orang saleh yang berada dalam api penyucian dapat ditebus oleh orang yang tidak saleh yang masih hidup di dunia ini. Luther juga menyebut pertanyaan mengapa paus, yang dianggap sangat kaya, membutuhkan wang dari umat miskin untuk membangun Basilika Santo Petrus. Luther mendakwa bahawa menghiraukan pertanyaan-pertanyaan tersebut dapat membuat orang-orang menertawakan paus.[29] Beliau merujuk pada kepentingan finansial paus, mengatakan bahawa jika para pengkhotbah membatasi khutbah mereka berdasarkan posisi-posisi Luther terkait indulgensi (yang didakwa juga merupakan posisi paus), keberatan-keberatan tersebut tidak akan relevan lagi.[30] Luther mengakhiri tesis-tesis ini dengan menasihati umat Kristian untuk meneladani Kristus sekalipun hal itu mendatangkan rasa sakit dan penderitaan. Menanggung hukuman dan memasuki syurga lebih baik daripada rasa aman yang palsu.[31]
Tujuan Luther
95 Dalil ditulis sebagai usulan untuk diperdebatkan secara konteks akademik resmi,[32] meskipun tidak ada bukti bahawa peristiwa tersebut pernah terjadi.[33] Dalam bahagian judul dokumen ini, Luther mengundang para cendekiawan yang berminat dari kota-kota lain untuk turut serta. Mengadakan debat semacam itu merupakan suatu hak istimewa yang dimiliki Luther sebagai seorang doktor, dan bukan merupakan suatu bentuk yang tidak lazim dalam penyelidikan akademik.[32] Luther menyiapkan dua puluh set dari 95 Dalil untuk diperdebatkan di Wittenberg antara 1516 dan 1521.[34] Andreas Karlstadt pernah menuliskan satu set tesis semacam itu pada April 1517, dan tesisnya lebih radikal dalam hal teologis daripada tesis Luther. Beliau memasangkannya di pintu Gereja Semua Orang Kudus, tempat Luther diduga melakukannya juga dengan 95 Dalil. Karlstadt memasangkan tesisnya pada saat relikui-relikui gereja sedang diperlihatkan, dan hal ini mungkin dianggap sebagai suatu tindakan provokatif. Demikian pula Luther memakukan dokumennya pada malam menjelang Hari Raya Semua Orang Kudus, hari paling penting pada tahun tersebut di mana barangan suci atau "relikui" dibawa keluar di hadapan jemaah gereja.[35]
Tesis-tesis Luther dimaksudkan untuk memulai suatu perdebatan dalam kalangan cendekiawan, bukan untuk suatu revolusi umum,[34] namun terdapat indikasi bahawa dia memandang tindakannya sebagai nubuat dan bererti penting. Sekitar waktu tersebut, dia mulai menggunakan nama "Luther" serta terkadang "Eleutherius", kata Yunani untuk "bebas", dan bukan "Luder". Hal ini tampaknya mengacu pada terbebasnya dia dari teologi skolastik yang pernah dia tentang sebelumnya pada tahun itu.[36] Luther kemudian mendakwa tidak menginginkan 95 Dalil disebarluaskan. Elizabeth Eisenstein berpendapat bahawa dakwaan keterkejutan atas kesuksesannya mungkin mengandung unsur penipuan diri, dan Hans Hillerbrand mendakwa bahawa Luther tentu berniat untuk menimbulkan suatu kontroversi besar.[37] Beberapa kali Luther tampaknya menggunakan sifat akademik dari 95 Dalil sebagai suatu selubung yang memungkinkannya menyerang keyakinan-keyakinan yang ada sembari memungkinkannya menyangkal bahawa dia berniat untuk menyerang ajaran gereja. Karena menulis satu set tesis untuk suatu perdebatan belum tentu bemakna penulisnya menganut pandangan-pandangan yang ditulisnya, Luther dapat menyangkal kalau dia memegang gagasan-gagasan yang dianggap paling provokatif itu di dalam 95 Dalil.[38]
Penyebaran dan penerbitan
Pada 31 Oktober 1517, Luther mengirim surat kepada Uskup Agung Mainz, Albertus dari Brandenburg; penjualan indulgensi saat itu berada di bawah wewenang Albertus. Dalam surat tersebut, Luther menyampaikan kepada sang uskup agung masalah-masalah pastoral yang timbul kerana khutbah-khutbah indulgensi. Beliau mengandaikan kalau Albertus tidak menyadari apa yang sedang dikhotbahkan di bawah wewenangnya, dan berbicara dari keprihatinannya bahawa orang-orang sedang dibawa menjauh dari Injil, dan bahawa khutbah indulgensi tersebut dapat mencemarkan nama baik Albertus. Luther tidak mengecam indulgensi atau doktrin terkaitnya, tidak juga khutbah-khutbah yang pernah dikhotbahkan, kerana saat itu dia belum pernah menyaksikannya secara langsung. Sebaliknya dia menyatakan keprihatinannya terkait kesalahpahaman masyarakat tentang indulgensi yang disampaikan melalui khutbah tersebut, seperti keyakinan bahawa dosa apapun dapat diampuni melalui indulgensi atau bahawa kesalahan maupun segala hukuman akibat dosa dapat dilepaskan melalui indulgensi. Dalam suatu catatan tambahan, Luther menulis bahawa Albertus dapat menemukan beberapa tesis pada materi yang disertakan bersama dengan suratnya, agar dia dapat melihat adanya ketidakpastian seputar doktrin indulgensi jika dikontraskan dengan para pengkhotbah yang berbicara dengan sedemikian meyakinkan mengenai manfaat indulgensi.[39]
Adalah hal lazim pada saat itu ketika mengajukan suatu perdebatan maka tesisnya juga dicetak oleh penerbit universiti dan dipasang di area publik.[40] Tidak ada satupun salinan cetakan 95 Dalil dari Wittenberg yang masih terlestarikan hingga saat ini, tetapi hal ini tidak mengejutkan mengingat pada saat itu Luther tidak terkenal dan arti penting dokumen tersebut tidak diakui.[41][a] Di Wittenberg, statuta-statuta universitas mensyaratkan agar tesis-tesis tersebut dipasangkan di setiap pintu gereja di kota tersebut, tetapi Philip Melanchthon, yang pertama kali menyebutkan pemasangan 95 Dalil, hanya menyebutkan pintu Gereja Semua Orang Kudus.[b][43] Melanchthon juga mendakwa bahawa Luther memasang 95 Dalil pada 31 Oktober, tetapi dakwaan itu bertentangan dengan beberapa pernyataan Luther mengenai rangkaian peristiwa tersebut,[32] dan Luther selalu mendakwa bahawa dia mengajukan keberatan-keberatannya melalui jalur-jalur yang semestinya tanpa memicu suatu kontroversi publik.[44] Terdapat kemungkinan bahawa sementara Luther belakangan menganggap surat kepada Albertus pada 31 Oktober sebagai permulaan Reformasi Protestan, dia belum memasang 95 Dalil di pintu gereja tersebut sampai pertengahan November, tetapi mungkin juga dia sama sekali tidak memasangnya di pintu tersebut.[32] Terlepas dari hal itu, 95 Dalil menjadi dikenal dalam kalangan elite intelektual Wittenberg tidak lama setelah Luther mengirimkannya kepada Albertus.[41]
95 Dalil disalin dan dibagikan kepada pihak-pihak yang berminat tidak lama setelah Luther mengirimkan surat kepada Uskup Agung Albertus.[45] 95 Dalil yang berbahasa Latin itu dicetak dalam rupa pamflet empat halaman di Basel, dan dalam rupa plakat-plakat di Leipzig dan Nuremberg.[45][37] Secara keseluruhan, beberapa ratus salinan 95 Dalil berbahasa Latin dicetak di Jerman pada 1517. Kaspar Nützel di Nuremberg kemudian menerjemahkannya ke dalam bahasa Jerman pada tahun yang sama, dan salinan-salinan terjemahan itu dikirim ke beberapa pihak yang berminat di seluruh Jerman,[45] namun terjemahan itu sendiri belum tentu dicetak.[46][c]
Reaksi
Albertus tampaknya telah menerima surat Luther yang dilampiri 95 Dalil sekitar akhir November. Beliau meminta pendapat para teolog di Universiti Mainz dan berdiskusi dengan para penasihatnya. Para penasihatnya merekomendasikan agar dia melarang Luther berkhutbah menentang indulgensi sesuai dengan bulla indulgensi. Albertus mengajukan permohonan agar tindakan tersebut dilakukan Kuria Roma.[48] Di Roma, Luther segera dipandang sebagai suatu ancaman.[49] Pada Februari 1518, Paus Leo meminta pimpinan Eremit Agustinian, ordo keagamaan Luther, untuk meyakinkannya agar berhenti menyebarkan gagasan-gagasannya tentang indulgensi.[48] Sylvester Mazzolini juga ditunjuk untuk menuliskan suatu opini yang akan digunakan dalam pengadilan melawannya.[50] Mazzolini menulis Sebuah Dialog melawan Tesis-Tesis Lancang Martin Luther mengenai Kuasa Sri Paus, yang lebih berfokus pada pertanyaan Luther seputar wewenang paus daripada keluhan-keluhannya mengenai khutbah indulgensi.[51] Luther menerima surat panggilan ke Roma pada Agustus 1518.[50] Beliau menanggapinya dengan Penjelasan dari Perdebatan Mengenai Nilai Indulgensi, yang di dalamnya dia berupaya untuk membersihkan dirinya dari tuduhan bahawa dia menyerang Sri Paus.[51] Ketika dia menuliskan pandangan-pandangannya secara lebih ekstensif, Luther tampaknya mengakui bahawa implikasi dari keyakinan-keyakinannya menjauhkan dia dari ajaran resmi dibandingkan dengan yang awalnya dia ketahui. Beliau kemudian berkata bahawa dia mungkin tidak memulai kontroversi tersebut seandainya dia tahu akan berakibat demikian.[52] Penjelasan tersebut sampai sekarang disebut sebagai karya Reformasi Luther yang pertama.[53]
[53]Johann Tetzel menanggap 95 Dalil dengan menyerukan agar Luther dibakar kerana kesalahan bidaah, dan teolog Konrad Wimpina menuliskan 106 tesis untuk melawan karya Luther. Tetzel mempertahankan tesis tersebut dalam suatu perdebatan di Universiti Frankfurt di Oder pada Januari 1518.[55] 800 buah salinan perdebatan yang dicetak dikirim ke Wittenberg untuk dijual, tetapi para mahasiswa universitas tersebut menyitanya dari penjual buku dan membakarnya. Luther menjadi semakin khuatir kalau-kalau situasi menjadi tidak terkendali dan dia akan berada dalam bahaya. Untuk menenangkan para penentangnya, dia menerbitkan sebuah Khutbah tentang Indulgensi dan Rahmat, tanpa menantang wewenang paus.[56] Pamflet yang ditulis dalam bahasa Jerman tersebut sangat pendek dan mudah dipahami oleh kaum awam.[46] Karya pertama Luther yang berjaya ini dicetak ulang sebanyak dua puluh kali.[57] Tetzel menanggapinya dengan suatu sanggahan mata demi mata, banyak mengutip pernyataan dari Alkitab dan para teolog penting.[58][d] Pamfletnya tidak sepopuler buatan Luther. Di sisi lain, jawaban Luther atas pamflet Tetzel merupakan kesuksesan publikasi lainnya bagi Luther.[60][e]
Tokoh ternama lainnya yang menentang 95 Dalil adalah Johann Eck, teman Luther dan seorang teolog di Universiti Ingolstadt. Eck menuliskan sebuah sanggahan, diperuntukkan bagi Uskup Eichstätt, dengan judul Obelisk. Judul itu mengacu pada tanda obelus yang digunakan untuk menandai bahagian-bahagian yang dipandang sesat dalam teks-teks pada Abad Pertengahan. Karya tersebut merupakan suatu serangan pribadi yang tajam dan tak terduga, menuduh Luther sesat dan bodoh. Luther menanggapinya secara pribadi dengan Asterisk ("tanda bintang") berisi kandungan teks yang ditekankan menjadi punca perbalahan dan penuduhan Eck ditandakan, surat ini bernada sangat marah di mana Luther mengungkapkan pendapatnya bahawa Eck tidak memahami penulisan dilakukan beliau.[62] Perseteruan antara Luther dan Eck kelak diketahui publik dalam Debat Leipzig tahun 1519.[58]
Luther dipanggil oleh wewenang kepausan untuk mempertahankan dirinya terhadap tuduhan bidaah di hadapan Thomas Cajetan (Gaetanus/Kayetanus) di Augsburg pada Oktober 1518. Cajetan tidak memperbolehkan Luther untuk berdebat dengannya dalam hal bidaah yang dituduhkan kepadanya, kendati dia sendiri tidak bermaksud menuduhkan bidaah kepada Luther,[63] dan dia mengidentifikasikan dua mata kontroversi. Mata pertama menentang tesis ke-58, yang menyatakan bahawa indulgensi tidak termasuk dalam jasa-jasa Kristus dan tidak dapat digunakan oleh paus untuk melepaskan hukuman sementara atau temporal akibat dosa.[63][64] Hal ini bertentangan dengan bulla kepausan Unigenitus yang dikeluarkan oleh Paus Klemens VI pada 1343.[65] Mata kedua adalah apakah seseorang dapat yakin bahawa dia telah diampuni ketika menerima absolusi dari imam atas dosa-dosanya. Penjelasan Luther tentang tesis ke-7 menyatakan bahawa seseorang dapat berpegang pada kepastian iman bahawa dosa-dosanya benar-benar diampuni dalam pengakuan sakramental,[63] sedangkan Cajetan berpendapat bahawa penganut Kristian yang rendah hati seharusnya tidak pernah merasa yakin akan kedudukannya di hadapan Tuhan.[64] Luther menolak untuk menarik kembali pernyataan-pernyataannya itu dan meminta agar kasus tersebut ditinjau oleh para teolog universitas. Permintaannya ditolak, sehingga Luther mengajukan banding ke paus sebelum pergi meninggalkan Augsburg.[66] Luther akhirnya dikucilkan pada 1521 setelah didapati membakar bulla kepausan Exsurge Domine yang mengancam dia untuk menarik kembali pernyataan-pernyataannya atau menghadapi sekatan kucilan ini.[67]
Tinggalan sejarah
Kontroversi indulgensi yang dicetuskan 95 Dalil menjadi permulaan Reformasi Protestan, suatu perpecahan dalam Gereja Katolik Rom yang menimbulkan banyak perubahan sosial dan politik yang berkelanjutan di Eropa.[1] Luther kemudian menyatakan bahawa isu indulgensi relatif tidak signifikan dibandingkan dengan kontroversi-kontroversi yang dia masuki kelak, seperti perdebatannya dengan Erasmus tentang keterbelengguan kehendak.[68] Beliau juga menganggap bahawa kontroversi tersebut tidak sepenting terobosan intelektualnya mengenai Injil. Luther kemudian menuliskan bahawa pada masa seputar 95 Dalil dia tetap seorang "papis", dan dia tampaknya tidak berfikir bahawa 95 Dalil melambangkan suatu perpecahan dengan doktrin Katolik yang ada.[44] Namun, kontroversi indulgensi yang lebih utama menjadi sumber gerakan yang kelak disebut Reformasi Protestan, dan kontroversi itu mendorong Luther ke kedudukan kepemimpinan yang kelak dia pegang dalam gerakan tersebut.[68] 95 Dalil juga membuat jelas kalau Luther meyakini bahawa gereja tidak menyampaikan khutbah dengan benar dan bahawa hal ini menempatkan kaum awam dalam keadaan bahaya yang serius. Selain itu, 95 Dalil bertentangan dengan dekret Paus Klemens VI yang menyatakan bahawa indulgensi adalah harta kekayaan Gereja. Pengabaian wewenang kepausan tersebut menjadi pertanda terjadinya konflik-konflik di kemudian hari.[69]
Tanggal 31 Oktober 1517 iaitu hari di mana Luther mengirimkan 95 Dalil kepada Albertus diperingati sebagai permulaan Reformasi Protestan sejak 1527, saat Luther dan teman-temannya mengucap selamat memperingati "terinjak-injaknya indulgensi".[70] Karya Historia de vita et actis Lutheri ditulis Philip Melanchthon tahun 1548 mencantumkan pemasangan 95 Dalil dalam historiografi Reformasi Protestan sebagai permulaan gerakan tersebut. Pada Yubileum Reformasi 1617, peringatan seratus tahun 31 Oktober dirayakan dengan suatu prosesi menuju Gereja Wittenberg, tempat Luther diyakini memasang 95 Dalil. Saat itu dibuat sebuah ukiran yang menampilkan Luther sedang menuliskan 95 Dalil di pintu gereja tersebut dengan sebuah pena bulu raksasa. Pena bulu itu menembus kepala seekor singa yang melambangkan Paus Leo X.[71] Pada 1668, 31 Oktober ditetapkan sebagai Hari Reformasi, suatu perayaan tahunan di Elektorat Sachsen, yang menyebar ke wilayah Lutheran lainnya.[72]
Nota
- ^ Pencetaknya di Wittenberg adalah Johann Rhau-Grunenberg . "Perdebatan Melawan Teologi Skolastik" karya Luther yang dicetak oleh Rhau-Grunenberg, yang terbit delapan minggu sebelum 95 Tesis, ditemukan pada 1983.[42] Bentuknya sangat mirip dengan cetakan 95 Tesis di Nuremberg. Ini adalah bukti adanya cetakan 95 Tesis oleh Rhau-Grunenberg, karena cetakan Nuremberg kemungkinan merupakan sebuah salinan dari cetakan Wittenberg.[41]
- ^ Georg Rörer, juru tulis Luther, mengklaim dalam sebuah catatan bahwa Luther memasangkan tesis-tesis tersebut di setiap pintu gereja.
- ^ Tidak ada satupun salinan dari terjemahan bahasa Jerman 1517 yang terlestarikan.[47]
- ^ Pamflet Tetzel berjudul Bantahan Terhadap Sebuah Khotbah Lancang dari Dua Puluh Artikel Keliru.[59]
- ^ Jawaban Luther atas Bantahan Tetzel berjudul Mengenai Kebebasan dalam Khotbah tentang Indulgensi Kepausan dan Rahmat. Luther bermaksud membebaskan Khotbah karyanya dari cercaan Tetzel.[61]
Rujukan
- ^ a b Dixon 2002, m/s. 23.
- ^ Junghans 2003, m/s. 23, 25.
- ^ a b Brecht 1985, m/s. 176.
- ^ Wengert 2015a, m/s. xvi.
- ^ Noll 2015, m/s. 31.
- ^ Brecht 1985, m/s. 182.
- ^ Brecht 1985, m/s. 177.
- ^ Waibel 2005, m/s. 47.
- ^ Brecht 1985, m/s. 178, 183.
- ^ Brecht 1985, m/s. 178.
- ^ Brecht 1985, m/s. 180.
- ^ Brecht 1985, m/s. 183.
- ^ Brecht 1985, m/s. 186.
- ^ Brecht 1985, m/s. 117–118.
- ^ Brecht 1985, m/s. 185.
- ^ Brecht 1985, m/s. 184.
- ^ Brecht 1985, m/s. 187.
- ^ Brecht 1985, m/s. 188.
- ^ Wicks 1967, m/s. 489.
- ^ Leppin & Wengert 2015, m/s. 387.
- ^ Brecht 1985, m/s. 192.
- ^ Waibel 2005, m/s. 43.
- ^ Wengert 2015b, m/s. 36.
- ^ a b Brecht 1985, m/s. 194.
- ^ a b Brecht 1985, m/s. 195.
- ^ Waibel 2005, m/s. 44.
- ^ a b c Brecht 1985, m/s. 196.
- ^ Wengert 2015a, m/s. 22.
- ^ a b Brecht 1985, m/s. 197.
- ^ Brecht 1985, m/s. 198.
- ^ Brecht 1985, m/s. 199.
- ^ a b c d Brecht 1985, m/s. 199–200.
- ^ Leppin & Wengert 2015, m/s. 388.
- ^ a b Hendrix 2015, m/s. 61.
- ^ McGrath 2011, m/s. 23–24.
- ^ Lohse 1999, m/s. 101.
- ^ a b Cummings 2002, m/s. 32.
- ^ Cummings 2002, m/s. 35.
- ^ Brecht 1985, m/s. 190–192.
- ^ Pettegree 2015, m/s. 128.
- ^ a b c Pettegree 2015, m/s. 129.
- ^ Pettegree 2015, m/s. 97.
- ^ Wengert 2015b, m/s. 23.
- ^ a b Marius 1999, m/s. 138.
- ^ a b c Hendrix 2015, m/s. 62.
- ^ a b Leppin & Wengert 2015, m/s. 389.
- ^ Oberman 2006, m/s. 191.
- ^ a b Brecht 1985, m/s. 205–206.
- ^ Pettegree 2015, m/s. 152.
- ^ a b Brecht 1985, m/s. 242.
- ^ a b Hendrix 2015, m/s. 66.
- ^ Marius 1999, m/s. 145.
- ^ Lohse 1986, m/s. 125.
- ^ Stephenson 2010, m/s. 17.
- ^ Brecht 1985, m/s. 206–207.
- ^ Hendrix 2015, m/s. 64.
- ^ Brecht 1985, m/s. 208–209.
- ^ a b Hendrix 2015, m/s. 65.
- ^ Pettegree 2015, m/s. 144.
- ^ Pettegree 2015, m/s. 145.
- ^ Brecht 1985, m/s. 209.
- ^ Brecht 1985, m/s. 212.
- ^ a b c Burgess 1989, hlm. 228.
- ^ a b Hequet 2015, m/s. 124.
- ^ Brecht 1985, m/s. 253.
- ^ Hequet 2015, m/s. 125.
- ^ Brecht 1985, m/s. 427.
- ^ a b McGrath 2011, m/s. 26.
- ^ Wengert 2015a, m/s. xliii–xliv.
- ^ Stephenson 2010, m/s. 39–40.
- ^ Cummings 2002, m/s. 15–16.
- ^ Stephenson 2010, m/s. 40.
Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah dengan templat tunas yang lebih spesifik.