T 523 | ||||
---|---|---|---|---|
Putrajaya Sentral-Hab Lebuh Pudu melalui KTM Serdang | ||||
Gambaran menyeluruh | ||||
Pengendali | KR Travel & Tours Sdn Bhd | |||
Depot | Seremban, Negeri Sembilan | |||
Status | Beroperasi | |||
Perkhidmatan bermula | 1 Jun 2022 | |||
Waktu malam | Ada | |||
Laluan | ||||
Jenis laluan | Laluan henti-henti | |||
Lokasi | Lembah Klang, Malaysia | |||
Melalui petempatan |
| |||
Melalui mercu tanda | ||||
Titik mula | Hab Lebuh Pudu, Kuala Lumpur | |||
Melalui | Senarai jalan raya
| |||
Titik tamat | Putrajaya Sentral | |||
Hentian/stesen bas | 31 hentian (arah Putrajaya) 27 hentian (arah Hab Lebuh Pudu) | |||
Perkhidmatan/servis | ||||
Jenis perkhidmatan | Perkhidmatan bas pengangkutan awam | |||
Kekerapan | 60 minit | |||
Hari operasi | Setiap hari (dari jam 6.00 pagi–9.00 malam) | |||
Zon | Koridor Sungai Besi | |||
Pertukaran ke laluan lain | ||||
|
Laluan bas T 523 (Hab Lebuh Pudu - Putrajaya Sentral melalui KTM Serdang) merupakan sebuah laluan bas awam di Lembah Klang, Malaysia. Laluan bas 523 merupakan sebuah laluan bas henti-henti yang bermula dari Hab Lebuh Pudu berhampiran Mydin Sinar Kota di Kuala Lumpur dan menuju ke Putrajaya Sentral melalui Lebuhraya Sungai Besi, KTM Serdang, IOI City Mall, Alamanda, Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Perdana dan Presint 9.[1]
Laluan bas ini berkhidmat di 31 buah hentian bas, dan memulakan perkhidmatannya buat pertama kalinya pada 1 Jun 2022 melalui pengambilalihan laluan ISBSF yang ditinggalkan iaitu laluan bas 521 (Putrajaya Sentral-Hab Lebuh Pudu melalui KTM Serdang) dari Selangor Bus dan penggabungan laluan bas yang sedia ada dari KR Travel & Tours iaitu laluan bas 502 (Putrajaya Sentral-KTM Serdang).[2] Sebelum laluan 523 diperkenalkan, laluan 500 (Hab Lebuh Pudu-Putrajaya Sentral melalui Lebuhraya MEX) dan laluan 502 (Putrajaya Sentral-KTM Serdang) juga dikendalikan oleh KR Travel & Tours dari 1 Julai 2020 sehingga 31 Mei 2022. Kedua-dua laluan bas terdahulu ini pernah dikendalikan oleh Rapid KL (laluan E1 dan laluan U42) sebelum pelaksanaan Penyusuanan Semula Rangkaian Bas (BNR) oleh Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) pada 1 Disember 2015 yang menyebabkan laluan E1 ditukar kepada laluan 500 dan laluan U42 ditukar kepada laluan 502, serta menyerahkan perkhidmatan laluan bas tersebut kepada Nadi Putra. Semasa pandemik, Nadi Putra telah menamatkan semua laluan bas luar Putrajaya pada 31 Mei 2020 manakala laluan 500 dan 502 diambil alih oleh KR Travel & Tours.[3][4]
Laluan bas 523 dikendalikan sepenuhnya oleh KR Travel & Tours Sdn Bhd, sebuah syarikat pengangkutan dan agensi percutian berpangkalan dari Negeri Sembilan. Selain laluan bas 523, KR Travel & Tours turut mengendalikan laluan bas MyBAS Seremban Laluan T57 (Nilai Sentral - KLIA Terminal 1 & KLIA Terminal 2), T711 (Nilai Sentral - Sungai Pelek), 732 (Hentian Banting - KLIA Terminal 1 & KLIA Terminal 2), bas perantara Tempat Letak Kereta Jangka Panjang (LTCP) di KLIA dan bas perantara gantian Aerotrain di KLIA Terminal 1.
Perkhidmatan
Laluan bas 523 merupakan sebuah laluan bas dalam Koridor Sungai Besi (dalam kategori penomboran laluan bas 500-599).[5] 523 merupakan sebuah laluan henti-henti umum yang berkhidmat di antara pusat bandaraya Kuala Lumpur dengan pusat pentadbiran negara Putrajaya dengan melalui beberapa hentian sekitar KTM Serdang, IOI City Mall, Alamanda, Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Persiaran Perdana dan Presint 9. Perkhidmatan laluan bas ini merupakan kaedah alternatif kepada perkhidmatan KLIA Transit dari Stesen ERL Putrajaya/Cyberjaya ke KL Sentral dan sebaliknya serta MRT Laluan Putrajaya (PYL) dari Stesen MRT Putrajaya ke stesen MRT di Kuala Lumpur dan stesen terakhirnya di Kwasa Damansara. Selain itu, laluan bas 523 juga merupakan satu-satunya laluan bas di Lembah Klang yang menyediakan perkhidmatan hentian bas ke IOI City Mall, pusat beli-belah terbesar di Malaysia dan kedua di dunia. Kebanyakkan penumpang menggunakan laluan bas ini untuk ke pusat beli-belah tersebut kerana tiada laluan bas dari Rapid KL dan bas perantara MRT yang memasuki IOI City Mall buat masa ini.
Terdapat sebanyak 31 hentian bas ke arah Putrajaya dan 27 hentian bas ke arah Hab Lebuh Pudu yang terkandung dalam servis perkhidmatan laluan bas 523. Masa perjalanan keseruluhan laluan bas ini adalah dalam lingkungan 50-70 minit dari Hentian Bas Hab Lebuh Pudu ke hentian bas MRT Putrajaya Sentral.[1] Kekerapan bas laluan ini pula 1 jam pada setiap hari dan bergantung kepada keadaan lalu lintas semasa.[1] Mod pembayaran ialah tunai sahaja iaitu kadar tambang penuh dari Kuala Lumpur ke Putrajaya ialah RM3.10, manakala tambang dari KTM Serdang ke Putrajaya ialah RM1.90 dan tambang zon dalam Putrajaya (termasuk ke IOI City Mall) ialah RM1.10.
Gambaran laluan
Putrajaya Sentral
Untuk ke arah Putrajaya Sentral, titik mula terletak di Hab Lebuh Pudu, Kuala Lumpur bersebelahan Mydin Sinar Kota (kod hentian bas - KL1565) dengan menyediakan pertukaran ke LRT Laluan Ampang dan Sri Petaling melalui Stesen LRT Masjid Jamek (200m jalan kaki) dan rangkaian bas henti-henti daripada Selangor Bus (laluan 100, 103, 104, 107 dan 120), MARA Liner (laluan 150 dan 152) dan Rapid KL (laluan 151, 400, 450, 580, 590).
Perkhidmatan bas 523 arah Putrajaya Sentral akan melalui Jalan Tun Sambanthan dimana bas akan mengambil penumpang di Kota Raya dan Pasar Seni (pertukaran ke LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Kajang) dan TM Brickfields terlebih dahulu sebelum menuju ke hentian KTM Serdang melalui Jalan Istana, Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban (dari selepas tol Terowong SMART sehingga Persimpangan Bukit Jalil) dan Lebuhraya Sungai Besi. Di Lebuhraya Sungai Besi, bas 523 akan berkhidmat di hentian bas bertentangan dengan KTM Serdang (pertukaran ke KTM Komuter Laluan Batu Caves-Pulau Sebang) dan Flat Desa Serdang sebelum menuju ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan arah barat.
Dari Lebuhraya Lembah Klang Selatan, bas 523 akan memasuki ke Terminal Bas IOI City Mall terlebih dahulu (laluan 523 merupakan satu-satunya laluan bas di Lembah Klang yang menghubungkan ke IOI City Mall) sebelum berpatah balik ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan menuju ke Putrajaya melalui Persimpangan Putra, Persiaran Utara dan Persiaran Timur. Laluan bas 523 hanya memasuki kawasan Hospital Serdang di Jalan Kajang-Puchong (FT 345) jika terdapat permintaan dari penumpang sebelumnya.
Di Putrajaya, bas 523 melalui ke hentian bas Alamanda dan berpatah balik ke Lebuh Perdana Timur menuju ke Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dengan 4 hentian bas (Parcel E, Dataran Pahlawan Negara, Parcel D). Bas 523 seterusnya masuk ke jalan kecil menuju ke Dataran Putra dan Masjid Putra dan melintasi Jambatan Putra menuju ke Persiaran Perdana. Laluan bas 523 menyediakan 10 hentian bas berkhidmat dengan kompleks-kompleks kerajaan, Istana Kehakiman dan Perbadanan Putrajaya sekitar Persiaran Perdana. Bas seterusnya akan belok kanan ke Lebuh Sentosa, melintasi Jambatan Seri Saujana, memasuki persimpangan Lebuh Perdana Barat dan membelok kiri ke Presint 9. Bas akan membelok kanan ke Jalan P9 berhampiran SK Putrajaya Presint 9(1) dan menuju ke titik tamat iaitu di Hab Bas Putrajaya Sentral berseblahan dengan Balai Bomba Presint 7. Laluan bas 523 bakal tamat di hab bas MRT Putrajaya Sentral.
Hab Lebuh Pudu
Untuk ke arah Hab Lebuh Pudu, titik mula terletak di Hab Bas MRT Putrajaya Sentral (kod hentian bas - PPJ254) yang terletak di Platform 10 dengan menyediakan pertukaran ke MRT Laluan Putrajaya dan rangkaian bas Rapid KL laluan 451, 506, T508, T509, T510, T511 dan T512. Sebelum pembukaan MRT Laluan Putrajaya (PYL) titik mula asal laluan 523 ke arah Hab Lebuh Pudu adalah di Putrajaya Sentral (kod hentian bas - PPJ373).
Perkhidmatan bas 523 arah Hab Lebuh Pudu dimulakan dengan melalui Jalan P9 di Presint 9 dan membelok kiri ke Jalan P9B dengan melewati Pangsapuri Putra Harmoni dan Perumahan Rajawali di Presint 9. Selepas melalui hentian bas sebelah SK Putrajaya Presint 9(1), bas membelok kanan ke Lebuh Sentosa, melintasi Jambatan Seri Saujana dan membelok kiri ke Persiaran Perdana. Laluan bas 523 menyediakan 9 hentian bas berkhidmat dengan kompleks-kompleks kerajaan, Istana Kehakiman dan Perbadanan Putrajaya sekitar Persiaran Perdana, diikuti dengan Masjid Putra dan Dataran Putra selepas melintasi Jambatan Putra (Walau bagaimanapun, laluan 523 mungkin tidak melalui ke kawasan tersebut pada perjalanan waktu malam dengan sebaliknya bas 523 terus menuju ke Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah dari Presint 9). Kemudian bas 523 masuk ke jalan kecil menuju ke Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, berkeliling dari Taman Botani Putrajaya dan Taman Putra Perdana sebelum membelok kiri ke Lebuh Perdana Timur berhampiran Kompleks Kerajaan Parcel F. Bas 523 seterusnya membelok kanan ke Jalan Alamanda untuk ke Alamanda sebelum keluar dari Putrajaya melalui Persiaran Timur dan Persiaran Utara.
Dari Persiaran Utara, bas membelok kiri ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan dan memasuki Terminal Bas IOI City Mall sebelum kembali ke Lebuhraya Lembah Klang Selatan menuju ke KTM Serdang. Laluan bas 523 hanya memasuki kawasan Hospital Serdang di Jalan Kajang-Puchong (FT 345) jika terdapat permintaan dari penumpang sebelumnya.
Dari Lebuhraya Lembah Klang Selatan, bas memasuki persimpangan pertama dari Persimpangan Uniten menuju ke Lebuhraya Sungai Besi dimana hentian bas Flat Desa Serdang dan KTM Serdang berkhidmat (pertukaran ke KTM Komuter Laluan Batu Caves-Pulau Sebang). Bas akan terus menuju ke Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Sungai Besi sehingga Persimpangan Salak Selatan (Utara) dimana bas akan menuju ke Jalan Istana; kemudian bas membelok kiri ke Jalan Tun Sambanthan dan seterusnya membelok kanan dimana bas menuju ke hentian bas Pasar Seni (pertukaran ke LRT Laluan Kelana Jaya dan MRT Laluan Kajang) dan Kota Raya sebelum menamatkan perkhidmatan ke titik tamat iaitu di Hab Lebuh Pudu bersebelahan dengan Mydin Sinar Kota. Laluan bas 523 bakal tamat di Hab Lebuh Pudu.
Hentian bas
Arah Putrajaya Sentral | Arah Hab Lebuh Pudu | ||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Kod | Nama hentian bas | Lokasi | Pertukaran/sambungan | Nota | Gambar | Kod | Nama hentian bas | Lokasi | Pertukaran/sambungan | Nota | Gambar |
KL1565 | Hab Lebuh Pudu (LP) | Lebuh Pudu | Rapid Bus: 151, 400, 450, 580, 590 Selangor Bus: 100, 103, 104, 107, 120 MARA Liner: 150, 152 3 4 Stesen LRT Masjid Jamek (200m jalan kaki) |
Titik mula | PPJ254 | MRT Putrajaya Sentral | Jalan P7A | Rapid Bus: 451, 506, T508, T509, T510, T511, T512, P108 7 12 MRT/ERL Putrajaya Sentral |
Titik mula | Tiada gambar tersedia | |
KL109 | Pasar Seni (Selatan) | Jalan Tun Sambanthan | Rapid Bus: 180, 600, 640, 650, 750, 751, 770, 772, 780, 782, 821, 851 Wawasan Sutera: 700, 710, 734 Causeway Link: 601, P701 GOKL: 02-UNGU 5 9 Stesen MRT/LRT Pasar Seni |
Tiada gambar tersedia | PPJ88 | Pangsapuri Putra Harmoni (Selatan) | Jalan P9 | Rapid Bus: P108, T509, T511, T512 | |||
SJ653 | The Mines Waterfront | Lebuhraya Sungai Besi | Rapid Bus: 590 | PPJ89 | Pangsapuri Putra Harmoni (Utara) | Jalan P9b | Rapid Bus: P108 | ||||
SJ595 | Stesen KTM Serdang (Opp) | Lebuhraya Sungai Besi | Rapid Bus: 540, 590, T571 Smart Selangor: SJ04 1 Stesen Komuter Serdang |
PPJ93 | Perumahan Rajawali Presint 9 | Jalan P9b | Rapid Bus: P108, T508 | ||||
KJ706 | Flat Desa Serdang (Barat) | Lebuhraya Sungai Besi | Rapid Bus: T571 | PPJ90 | Perumahan Penjawat Awam Fasa 5 & 6 Presint 9 (Selatan) | Jalan P9b | Rapid Bus: P108, T508 | ||||
SP292 | Terminal Bas IOI City Mall | Lebuhraya Lembah Klang Selatan | Smart Selangor: SPG4 | PPJ147 | SK Putrajaya Presint 9(1) (Opp) | Lebuh Perdana Barat | Rapid Bus: P108, T508 | ||||
SP293 | Hospital Serdang | Jalan Puchong | Smart Selangor: SJ04, SPG4 | Tiada gambar tersedia | PPJ39 | Motocross Circuit | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, P105, 451, T511 | Tidak dilalui untuk perjalanan waktu malam | ||
SP295 | Fakulti Sains & Kesihatan UPM (Barat) | Jalan Puchong | Smart Selangor: SJ04, SPG4 | PPJ40 | Galeria PjH (Opp) | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, P105, 451, T511 | ||||
PPJ235 | Alamanda (Utara) | Jalan Alamanda | Rapid Bus: P103, P106, T509 | PPJ41 | Kementerian Pertanian | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, P105, 451, T511 | ||||
PPJ234 | Alamanda (Selatan) | Rapid Bus: P103, P106, T509 | PPJ42 | Perbadanan Putrajaya (Selatan) | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, P105, 451, T511 | |||||
PPJ276 | Kompleks Kerajaan Parcel E (Utara) | Lebuh Perdana Timur | Rapid Bus: P101, P103, P106, T509, 451 | PPJ43 | Perbadanan Putrajaya (Utara) | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, P105, 451, T511 | ||||
PPJ187 | Kompleks Kerajaan Parcel E (Barat) | Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | Rapid Bus: P101, P102, P103, P105, P106, T509, 451 | PPJ44 | Jabatan Pendaftaran Negara | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, P105, 451, T511 | ||||
PPJ189 | Kompleks Kerajaan Parcel D | Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | Rapid Bus: P101, P102, P103, P105, P106, T509, 451 | PPJ45 | Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (Opp) | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, P105, 451, T511 | ||||
n/a | Masjid Putra | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, 451 | Tidak dilalui untuk perjalanan waktu malam | PPJ46 | Perbendaharaan 2 (Opp) | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, P105, 451, T511 | |||
PPJ49 | Kementerian Kewangan | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, P105, 451, T511 | PPJ47 | Menara Perkeso (Timur) | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, P105, 451, T511 | ||||
PPJ50 | Perbendaharaan 2 (Selatan) | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, P105, 451, T511 | PPJ48 | Dataran Putra | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, 451 | ||||
PPJ51 | Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, P105, 451, T511 | PPJ185 | Taman Botani Putrajaya | Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | Rapid Bus: P101, P102, P103, P105, P106, P108, 451 | ||||
PPJ52 | Menara Usahawan | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, P105, 451, T511 | PPJ186 | Taman Putra Perdana (Timur) | Persiaran Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | Rapid Bus: P101, P102, P103, P105, P106, P108, 451 | ||||
PPJ53 | Istana Kehakiman (Utara) | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, P105, 451, T511 | PPJ191 | Kompleks Kerajaan Parcel F | Lebuh Perdana Timur | Rapid Bus: P101, P106, 451 | ||||
PPJ54 | Istana Kehakiman (Selatan) | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, P105, 451, T511 | PPJ235 | Alamanda (Utara) | Jalan Alamanda | Rapid Bus: P103, P106, T509 | ||||
PPJ55 | Kementerian Belia dan Sukan | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, P105, 451, T511 | SP292 | Terminal Bas IOI City Mall | Lebuhraya Lembah Klang Selatan | Smart Selangor: SPG4 | ||||
PPJ376 | Galeria PjH | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, P105, 451, T511 | SP293 | Hospital Serdang | Jalan Puchong | Smart Selangor: SJ04, SPG4 | Tiada gambar tersedia | |||
PPJ56 | Motorcross Circuit (Timur) | Persiaran Perdana | Rapid Bus: P101, P105, 451, T511 | SP295 | Fakulti Sains & Kesihatan UPM (Barat) | Jalan Puchong | Smart Selangor: SJ04, SPG4 | ||||
PPJ331 | Presint 4 (Barat) | Lebuh Sentosa | KJ742 | Flat Desa Serdang (Barat) (Opp) | Lebuhraya Sungai Besi | ||||||
PPJ148 | SK Putrajaya Presint 9 (1) (Timur) | Lebuh Perdana Barat | Rapid Bus: T510 | SJ596 | Stesen KTM Serdang | Lebuhraya Sungai Besi | Rapid Bus: 540, 590, T571 Smart Selangor: SJ04 1 Stesen Komuter Serdang |
||||
PPJ149 | SK Putrajaya Presint 9 (1) | Jalan P9 | Rapid Bus: T510, T512 | KL784 | Pangsapuri Permai | Lebuhraya Sungai Besi | Rapid Bus: 590, T559 4 12 LRT/MRT Sungai Besi |
||||
PPJ165 | Pusat Perniagaan Presint 9 | Jalan P9 | Rapid Bus: T510, T512 | KL111 | Pasar Seni (Selatan) | Jalan Tun Sambanthan | Rapid Bus: 180, 600, 640, 650, 750, 751, 770, 772, 780, 782, 821, 851 Wawasan Sutera: 700, 710, 734 Causeway Link: 601, P701 GOKL: 02-UNGU 5 9 Stesen MRT/LRT Pasar Seni |
||||
PPJ167 | SK Putrajaya Presint 9 (2) | Jalan P9 | Rapid Bus: P108, T509, T510, T511, T512 | KL1565 | Hab Lebuh Pudu (LP) | Lebuh Pudu | Rapid Bus: 151, 400, 450, 580, 590 Selangor Bus: 100, 103, 104, 107, 120 MARA Liner: 150, 152 3 4 Stesen LRT Masjid Jamek (200m jalan kaki) |
Titik tamat | |||
PPJ168 | Cenderawasih P9A | Jalan P9 | Rapid Bus: P108, T509, T510, T511, T512 | ||||||||
PPJ254 | MRT Putrajaya Sentral | Jalan P7A | Rapid Bus: 451, 506, T508, T509, T510, T511, T512, P108 7 12 MRT/ERL Putrajaya Sentral |
Titik tamat |
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b c d "Laluan 523 | Hab Lebuh Pudu ⇌ MRT Putrajaya Sentral via KTM Serdang". Moovit. 29 Januari 2024. Dicapai pada 29 Januari 2024.
- ^ Agensi Pengangkutan Awam Darat (26 April 2022). "Pengambilalihan Laluan ISBSF Yang Telah Ditinggalkan". Facebook. Dicapai pada 29 Januari 2024.
- ^ Agensi Pengangkutan Awam Darat (26 Jun 2020). "Untuk makluman laluan T500 Putrajaya - Kuala Lumpur telah beroperasi dibawah operator KR TRAVEL N TOURS SDN BHD". Facebook. Dicapai pada 29 Januari 2024.
- ^ Agensi Pengangkutan Awam Darat (27 Julai 2020). "MAKLUMAN : Laluan T502 Putrajaya - KTM Serdang telah mula beroperasi dibawah kelolaan KR Travel & Tour Sdn Bhd". Facebook. Dicapai pada 29 Januari 2024.
- ^ "The New and Revamped Greater Kuala Lumpur and Klang Valley Bus Network (BNR)" [Rombakan Semula dan Pembaharuan bagi Rangkaian Bas (BNR) bagi Lembah Klang dan Greater Kuala Lumpur]. spad.gov.my (dalam bahasa Inggeris). Kuala Lumpur: Agensi Pengangkutan Darat Malaysia. 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 April 2016. Dicapai pada 28 Disember 2023.