Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
Mengikut tempat
Empayar Parsi
- Darius I, salah satu raja dinasti Achaemenid yang teragung di Parsi, mangkat dan diwarisi oleh puteranya, Xerxes I. Ketika itu, empayar Parsi terbentang sejauh barat sehingga Macedon serta Libya, dan sejauh timur sehingga Sungai Hyphasis (Beas); kawasannya terbentang ke Pergunungan Caucasus dan Laut Aral di utara ke Teluk Parsi, serta Gurun Arab di selatan.
- Mesir memberontak terhadap pemerintahan Parsi.
- Pembinaan bangunan ukiran timbul di Apadana, kompleks istiadat di Persepolis, disiapkan. Ukiran timbulnya menonjolkan Darius dan Xerxes menerima ufti, dan kini disimpan di Muzium Iranbustan di Teheran.
Republik Rom
- Semasa tempoh kekonsulannya yang ketiga, Spurius Cassius Vecellinus, konsul Rom mencadangkan undang-undang agraria untuk membantu para marhaen yang miskin. Langkah itu ditentang dengan hebat oleh kedua-dua pihak marhaen kaya dan pihak ningrat yang menjatuhkan hukuman mati terhadap Cassius.
Asia
- Majlis Buddhisme Pertama di Rejgaha, di bawah naungan Raja Ajatasattu, diadakan. Tradisi lisan diasaskan buat pertama kali.
- Bahagian pertama Terusan Agung China dibina.
Kelahiran
Kematian
- Spurius Cassius Vecellinus, konsul Rom.
- Raja Darius I dari Empayar Parsi (lahir k.k. 549 SM).