Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
Mengikut tempat
Yunani
- Kimon mengetuai serangan Athens ke atas pulau Scyros dan mengusir penduduk-penduduk asli yang dianggap sebagai lanun.
Itali
- Hiero I, penzalim Sicily, bersekutu dengan Aristodemus, penzalim Cumae, untuk menewaskan angkatan tentera laut Estruska dalam Pertempuran Cumae ketika tentera Etruska cuba menawan kota Yunani di Cyme (Cumae), Itali. Kemenangan ini menandakan keakhiran serangan Estruska ke atas Yunani di Itali selatan, dan menyelamatkan masyarakat Yunani di Campania daripada penguasaan Etruska.
- Taranto memeterai perikatan dengan Rhegion untuk menentang angkatan-angkatan tentera Messapii, Peuceti, dan Lucania, tetapi tentera-tenteranya ditewaskan dekat (Ceglie Messapica kini).
Mengikut topik
Kesusasteraan
- Pindar, pemuisi Yunani, berpindah ke Thebes selepas dua tahun di istana Hiero I di Syracuse, Sicily. Semasa di Thebes, beliau menggubah oda-oda lirik yang meraikan kemenangan-kemenangan Sukan Olimpik dan acara-acara olahraga yang lain.