Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
Mengikut tempat
Yunani
- Musim bunga - Permulaan Perang Kedua Diadochi. Di Yunani, Cassander, anak lelaki Antipater, memberontak terhadap Polyperchon, pewaris pemangku raja yang dipilih oleh bapanya. Cassander bersekutu dengan Ptolemy I Soter, gabenor Mesir, dan Antigonus, komander tentera di Asia, yang atas alasan masing-masing, ingin melihat Polyperchon ditewaskan. Polyperchon meminta bantuan daripada Eumenes yang beliau memujuk Raja Philip III supaya menjadikannya (Eumenes) sebagai komander di Asia, bertentangan dengan Antigonus.
- Polyperchon dan Cassander bertempur untuk penguasaan kota-kota Yunani yang diberikan kebebasan oleh Polyperchon.
- Eumenes menyerang Phoenicia.
- Antigonus menewaskan armada Polyperchon dan selepas meninggalkan Cassander sebagai tuan Aegea, beralih ke timur untuk bertempur dengan Eumenes.
Asia
- Di China, negeri Qin berpindah ke lembangan Sichuan dan dengan itu, memberikannya penguasaan dataran pengeluaran makanan yang sangat besar.
Kelahiran
- Pyrrhus dari Epirus (atau 319 SM)