- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1372. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1372 (nombor).
Milenium: | milenium ke-2 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
1372 merupakan tahun lompat yang bermula pada hari Khamis dalam kalendar Gregory.
Peristiwa
- 22 Jun - Pertempuran La Rochelle: Tentera Perancis dan Castile menewaskan tentera Inggeris. Perancis menguasai Selat Inggeris buat pertama kali sejak tahun 1340.
- Owain Lawgoch, orang Wales, membuat percubaannya yang kedua untuk merampas takhta Wales daripada England. Semasa menyerang pulau Guernsey, beliau meninggalkan serangan itu untuk bertempur dengan tentera Inggeris dalam Pertempuran La Rochelle.
- Kota Aachen di Jerman mula menambah tarikh angka Roman pada sebilangan duit syilingnya dan dengan itu, menjadi kota yang pertama di dunia untuk berbuat demikian.
- Muhammad as-Said yang berusia empat tahun mewarisi bapanya, Abu l-Fariz Abdul Aziz I, sebagai Sultan Maghribi dalam Dinasti Marinid.
- Newaya Maryam mewarisi bapanya, Newaya Krestos, sebagai raja Ethiopia.
- Kedamaian diisytiharkan antara Kerajaan Sicily dengan Kerajaan Naples.
- Kerajaan Chūzan (di Jepun selatan kini) membayar ufti kepada Dinasti Ming, China.
Kelahiran
- 13 Mac - Louis dari Valois, Duke Orléans serta juga putera Charles V dari Perancis (maut 1407)
- Makhdoom Ali Mahimi, santo Sufisme dari India
- Puteri Beatrice dari Portugal, permaisuri Castile serta juga bakal permaisuri Portugal (maut 1410)
Kematian
- 31 Ogos - Ralph Stafford, Earl Pertama Stafford, serta juga askar Inggeris (lahir 1301)
- Eleanor dari Lancaster, bangsawan wanita Inggeris (lahir 1318)
- Bagrat I si Kecil, raja Georgia