- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 1273. Bagi kegunaan lain, sila lihat 1273 (nombor).
Milenium: | milenium ke-2 |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
1273 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Ahad dalam kalendar Gregory.
Peristiwa
Eropah
- 29 September - Rudolph I dari Jerman dipilih sebagai Raja Jerman dan dengan itu, menamatkan Masa Peralihan; Otakar yang gagal dipilih enggan mengakui Rudolph sebagai raja baru, dan perang tercetus pada tahun 1276. Rudolph merupakan ahli keluarga pertama antara banyak ahli keluarga Habsburg yang naik takhta.
- 6 Disember - Thomas Aquinas berhenti penulisan Summa Theologiae — sebuah mahakarya teologi Katolik — dan membiarkan karya itu selepas mengalami kebatinan dalam Mass.
- Raja Otakar II dari Bohemia menawan Bratislava dari Hungary.
Timur Tengah
- Disember - Pengikut-pengikut kepada Jalal al-Din Muhammad Rumi yang baru meninggal dunia mengasaskan Mevlevi, suatu mazhab Sufi, di kota Konya (kini Turki).
- Khachkar "Penyelamat Suci" yang dipercayai merupakan salah satu contoh bentuk kesenian yang terunggul diukir oleh Vahram di Haghpat, Armenia.
- Beyoglu, subbandar Constantinople (ketika itu dikenali sebagai Pera) diberikan oleh Maharaja Byzantin, Michael VIII Palaeologus, kepada Republik Genoa selepas Perang Salib Keempat dan penjarahan Constantinople sebagai ganti untuk bantuan Genoa.
Asia
- 31 Januari - Pertempuran Xiangyang selama enam tahun berakhir apabila komander angkatan tentera Dinasti Song menyerahkan kepada Kublai Khan. Pertempuran ini merupakan pertempuran pertama yang menggunakan senjata api.
- Di Korea, Pemberontakan Sambyeolcho terhadap Dinasti Goryeo (sebuah kerajaan boneka Empayar Mongol) tamat apabila pemberontak-pemberontak ditewaskan oleh gabungan angkatan tentera Mongol dan Goryeo.
Kelahiran
- 15 Julai - Ewostatewos, pendeta dan pemimpin agama Ethiopia (maut 1352)
- 24 November - Alphonso, Earl Chester, anak lelaki Edward I dari England (maut 1284)
- Abu al-Fida, ahli sejarah Arab (maut 1331)
- David VIII dari Georgia (maut 1311)
Kematian
- 17 Disember - Jalal al-Din Muhammad Rumi, pemuisi Parsi dan ahli sufi (lahir 1207)
- Baldwin II dari Constantinople, Maharaja Constantinople Latin terakhir (lahir 1217)
Dalam fiksyen
- 31 Januari - Guo Jing dan Huang Rong, watak-watak dalam novel moden Jinyong, Legenda Perwira-perwira Kondor, meninggal dunia.