- Rencana ini adalah berkenaan dengan tahun 101. Bagi kegunaan lain, sila lihat 101 (nombor).
Milenium: | milenium pertama |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
101 merupakan tahun biasa yang bermula pada hari Jumaat dalam kalendar Gregory.
Peristiwa
Mengikut tempat
Empayar Rom
- Maharaja Trajan dari Rom memulakan ekspedisinya terhadap Dacia dan dengan itu, melebihi kawasan Empayar yang ditentukan oleh Augustus.
- Pertempuran Tapae.
- Epictetus menulis dan menerbitkan karyanya, Syarahan (The Discourses).
Mengikut topik
Agama
- Orang Cina (Tibet) memperkenalkan agama Buddha ke Indonesia.
Seni dan Sains
- Plutarch menulis karyanya, Kehidupan Selari Tokoh-tokoh (bahasa Greek: Βίοι Παράλληλοι) yang mengandungi lima puluh buah biografi, dengan empat puluh enamnya disampaikan secara berpasangan untuk membandingkan tokoh-tokoh Yunani dengan tokoh-tokoh Rom — umpamanya, Theseus dengan Romulus, Alexander Agung dengan Julius Caesar, dan Demosthenes dengan Cicero.
Kelahiran
- Herodes Atticus, ahli retorik Yunani
- Ptolemy, ahli matematik, astronomi, dan geografi Yunani
Kematian
- Gan Ying, utusan khas Dinasti Han di China, yang mengetahui kewujudan Ta Ts'in (Empayar Rom), walaupun beliau tidak pernah ke sana
- John si Hawari yang wafat di Ephesus
- Santa Clement dari Rom, biskop Rom yang menulis Surat kepada pengikut agama Kristian di Corinth pada dekad terakhir abad ke-1
- Silius Italicus, penulis karya Punicus, catatan tahunan mengenai Hannibal semasa Perang Punik Kedua.