Tahun 100 SM merupakan tahun pra-Julian kalendar Rom. Tahun tersebut dikenali sebagai Tahun Konsul Marius dan Flaccus (atau sebagai tahun 654 Ab Urbe condita). Denominasi 100 SM telah digunakan sejak zaman pertengahan awal, apabila era kalendar Anno Domini digunakan secara lazim di Eropah untuk menamakan tahun.
Milenium: | milenium pertama SM |
---|---|
Abad: | |
Dekad: | |
Tahun: |
Peristiwa
Mengikut tempat
Amerika
- Mural di dalam bilik mural piramid Peradaban Maya di San Bartolo, Guatemala, dilukis.
Anatolia
- Tigranes II dari Armenia diberi takhta Armenia oleh Parthia sebagai pertukaran untuk "tujuh puluh lembah" (tarikh anggaran).
Asia
- Pemberontakan petani di bawah Maharaja Wu dari Han.
- Gandhara dan Punjab diperintah oleh Raja Demetrios III daripada Kemaharajaan Indo-Yunani.
Judea
- 1 and 2 Maccabees, kitab-kitab deuterokanun ditulis.
Rom
- Konsul-konsul: Lucius Valerius Flaccus, dan Gaius Marius (kekonsulan Marius yang keenam).
- Manius Aquillius merayakan kemenangan Rom dalam Perang Abdi Kedua.
- Tribun Lucius Appuleius Saturninus meluluskan undang-undang untuk mengagih-agihkan semula tanah kepada bekas-bekas perajurit. Undang-undang tersebut memerlukan semua senator bersumpah akan mematuhinya. Quintus Caecilus Metellus Numidicus enggan berbuat demikian dan dibuang negeri. Beliau ke Pulau Rhodes untuk mengkaji falsafah.
- Disember: Saturninus bertanding untuk jawatan konsul tahun berikut. Gaius Memmius, calon pesaing, didapati dibunuh oleh ejen-ejen Saturninus, dan Senat Rom mengisytiharkan pembunuh-pembunuh tersebut sebagai musuh awam. Marius, sebagai konsul, menewaskan bekas sekutunya dalam perlawanan di dalam Forum Rom. Saturninus dan pengikut-pengikutnya menyerahkan diri atas syarat bahawa mereka tidak dibunuh. Bagaimanapun, mereka direjam dengan genting-genting oleh senator-senator yang tidak mematuhi syarat tersebut.
Timur Tengah
- Gajah pupus di Timur Tengah, menjelang tahun ini.
Kelahiran
- 12 Julai atau 13 Julai - Julius Caesar, jeneral dan ahli politik Rom (lihat juga 102 SM)
- Titus Labienus, ketua pembantu Caesar dalam penaklukan Gaul