Pada tahun 1978, Michael H. Hart telah menerbitkan sebuah buku yang bertajuk 100: Kedudukan Tokoh Paling Berpengaruh dalam Sejarah. Ia menyenaraikan kedudukan 100 orang tokoh, yang dalam pendapatnya, merupakan manusia paling berpengaruh dalam sejarah. Buku tersebut hangat diperdebatkan dan konsepnya telah banyak kali disalin. Walau bagaimanapun, telah nyata yang Dr. Hart bukanlah menyenaraikan tokoh yang teragung malah menggunakan kriteria berpengaruh.
Buku beliau dicetak semula pada 1992 dengan beberapa perubahan dari senarai asal yang seratus dan kedudukan yang lain. Antara perubahannya adalah tokoh yang terlibat dengan Komunisme seperti Vladimir Lenin dan Mao Zedong, dan turut memperkenalkan juga Mikhail Gorbachev. Hart malah menggantikan William Shakespeare dengan Edward de Vere, 17th Earl of Oxford dan Niels Bohr serta Henri Becquerel dengan Ernest Rutherford, yang langsung membetulkan ralat dalam edisi pertama.
Henry Ford turut dinaikkan dari senarai "Kehormat" dan menggantikan Pablo Picasso. Akhirnya, beberapa kedudukan berubah walaupun sepuluh yang teratas tidak pernah berubah.
Kesubjektifan
Pemilihan dan kedudukan berhubung dengan yang lain adalah amat subjektif. Ketika Hart berusaha untuk mengesahkan pemilihan dan kedudukan yang dibuatnya, dia secara terang menyatakan yang ia hanyalah pendapatnya. Sebagai contoh, Hart merupakan ahli sains yang memungkinkan dia memilih Isaac Newton mengatasi Nabi Isa.
Hart mengaku yang penilaian terhadap tokoh sejarah bergantung kepada perspektif yang hanya masa boleh menentukan. Untuk menentukan kedudukan kepentingan sesuatu yang bersejarah itu sebenarnya amat sukar dilakukan malah hampir mustahil, malah ia juga mungkin akan dipengaruhi penilaian individu yang mungkin berkaitannya dengannya berdasarkan bidang saintifik, kebudayaan mahupun keagamaan.
Hart menyatakan perkara tersebut sebelum kejatuhan Soviet Union pada 1991, yang meletakkan Vladimir Lenin lebih tinggi dalam senarai.
100 Tokoh
No. | Nama | Pengaruh/Peranan |
---|---|---|
1 | Nabi Muhammad SAW | Nabi terakhir yang menyebarkan agama Islam, pemimpin Tanah Arab |
2 | Isaac Newton | Ahli fizik, penemu Hukum kegravitian semesta Newton dan Hukum-hukum gerakan Newton |
3 | Nabi Isa a.s./Jesus Christ | Pembawa asal agama Nasrani |
4 | Gautama Buddha | Membawa fahaman Buddha |
5 | Confucius | Pengasas fahaman Konfusianisme |
6 | Paulus | Penyebar agama Kristian |
7 | Cai Lun | Pencipta kertas |
8 | Johannes Gutenberg | Memajukan mesin percetakan; memperkenalkan percetakan Bible |
9 | Christopher Columbus | Pelayar; Pemula ekspedisi rakyat Eropah ke Amerika |
10 | Albert Einstein | Ahli fizik, penemu teori kerelatifan |
11 | Louis Pasteur | Ahli sains, penemu proses pempasteuran |
12 | Galileo Galilei | Ahli astronomi, mengembangkan teori sistem suria heliosentrik (berpusatkan matahari) |
13 | Aristotle | Ahli falsafah Yunani berpengaruh |
14 | Euclid | Ahli matematik, memperkenalkan geometri Euclid |
15 | Nabi Musa a.s./Moses | Nabi bagi penganut Yahudi, Nasrani dan Islam |
16 | Charles Darwin | Ahli biologi, menerangkan teori evolusi |
17 | Qin Shi Huang | Maharaja China |
18 | Augustus Caesar | Maharaja Empayar Rom |
19 | Nicolaus Copernicus | Ahli astronomi, mengusulkan sistem suria heliosentik |
20 | Antoine Laurent Lavoisier | Bapa kimia moden, ahli falsafah dan ekonomi |
21 | Constantine I | Maharaja Rom yang mengiktiraf Kristian sebagai agama rasmi negara |
22 | James Watt | Memajukan enjin wap |
23 | Michael Faraday | Ahli fizik, kimia dan penemu Hukum aruhan Faraday |
24 | James Clerk Maxwell | Ahli fizik, penemu Persamaan Maxwell |
25 | Martin Luther | Pengasas mazhab Protestan dan Lutheranisme |
26 | George Washington | Presiden pertama Amerika Syarikat |
27 | Karl Marx | Pengasas Marxisme, Komunisme Marxisme |
28 | Orville dan Wilbur Wright | Pencipta kapal terbang |
29 | Genghis Khan | Penakluk Mongol |
30 | Adam Smith | Ahli ekonomi, falsafah, menerangkan kapitalisme, pengarang The Thoery of Moral Sentiments |
31 | Edward de Vere/William Shakespeare | Sasterawan, juga menulis 6 jilid buku falsafah dan keagamaan |
32 | John Dalton | Ahli kimia, fizik, mengembangkan teori atom dan hukum tekanan separa (Hukum Dalton) |
33 | Alexander yang Agung | Penakluk, raja Empayar Macedonia |
34 | Napoleon Bonaparte | Penakluk, maharaja Perancis |
35 | Thomas Edison | Pencipta mentol lampu, fonografi, dll. |
36 | Antony van Leeuwenhoek | Memperkembangkan mikroskop, mengkaji hidupan mikroskopik |
37 | William T.G. Morton | Perintis anestesiologi (pelalian) |
38 | Guglielmo Marconi | Pereka radio |
39 | Adolf Hitler | Penakluk, peneraju Kuasa Paksi dalam Perang Dunia Kedua |
40 | Plato | Pengasas fahaman Platonisme |
41 | Oliver Cromwell | Ketua politik dan ketenteraan British |
42 | Alexander Graham Bell | Pencipta telefon |
43 | Alexander Fleming | Penemu penisilin, ahli bakteriologi, imunologi dan kemoterapi |
44 | John Locke | Ahli falsafah dan fahaman liberal |
45 | Ludwig van Beethoven | Ahli muzik dan pengarang lagu |
46 | Werner Heisenberg | Penemu mekanik kuantum, prinsip ketidakpastian, ketua program nuklear Nazi Jerman |
47 | Lousi Daguerre | Penemu/pencipta fotografi |
48 | Simon Bolivar | Wira kebangsaan Venezuela, Colombia, Peru, Equador dan Bolivia |
49 | Rene Descartes | Ahli matematik dan falsafah rasional |
50 | Michelangelo | Ahli seni, pelukis, arkitek dan pengukir |
51 | Paus Urban II | Menyeru Perang Salib pertama |
52 | Umar ibni Al-Khattab | Khalifah kedua, meluaskan empayar Islam |
53 | Asoka | Raja India yang menganut dan menyebarkan Buddha |
54 | St. Augustine | Ahli agama Kristian awal |
55 | William Harvey | Mengembangkan sistem kitaran darah, menulis asas bagi embriologi moden |
56 | Ernest Rutherford | Ahli fizik, perintis fizik subatom |
57 | John Calvin | Pembentuk semula Protestan, pengasasn Calvinisme |
58 | Gregor Mendel | Memperkenalkan genetik Mendelian |
59 | Max Planck | Ahli fizik dan pakar termodinamik |
60 | Joseph Lister | Menemui antiseptik |
61 | Nikolaus August Otto | Membina enjin pembakaran 4 lejang pertama |
62 | Francisco Pizarro | Penakluk Sepanyol di Amerika Selatan dan menewaskan kaum Inca |
63 | Hernán Cortés | Menguasai Mexico untuk Sepanyol, memusnahkan tamadun Aztek |
64 | Thomas Jefferson | Presiden ketiga Amerika Syarikat |
65 | Isabel I dari Castilla | Pemerintah Sepanyol yang mengizinkan Christopher Columbus belayar |
66 | Joseph Stalin | Pemimpin revolusi Kesatuan Soviet |
67 | Julius Caesar | Penakluk, diktator Rom |
68 | William si Penakluk | Penakluk, mengasaskan England moden |
69 | Sigmund Freud | Mengasaskan sekolah psikologi/psikoanalisis Freudian |
70 | Edward Jenner | Penemu vaksinasi bagi campak |
71 | Wilhelm Conrad Roentgen | Penemu sinar X |
72 | Johann Sebastian Bach | Ahli muzik, penggubah lagu |
73 | Lao Tzu | Pengasas fahaman Taoisme |
74 | Voltaire | Penulis dan ahli falsafah, menulis Candide |
75 | Johannes Kepler | Ahli astronomi, menerangkan pergerakan planet dalam Hukum gerakan planet Kepler |
76 | Enrico Fermi | Memulakan zaman atom, bapa bom atom |
77 | Leonhard Euler | Ahli fizik, matematik, kalkulus pengkamiran dan pembezaan |
78 | Jean-Jacques Rousseau | Pengarang dan ahli falsafah |
79 | Niccolò Machiavelli | Menulis the Prince, risalah politik berpengaruh |
80 | Thomas Malthus | Ahli ekonomi, penulis Essay on the Priciple of Population |
81 | John F. Kennedy | Presiden Amerika Syarikat yang mengetuai usaha manuisa untuk ke "planet" lain. |
82 | Gregory Pincus | Ahli endokrinologi, meperbaiki pil pencegah kehamilan |
83 | Mani | Pengasas Manichaeisme |
84 | Lenin | Pemimpin Rusia |
85 | Sui Wen Ti | Menyatukan China |
86 | Vasco da Gama | Ahli pelayaran, menemui jalan ke India melalui Tanjung Harapan |
87 | Cyrus Agung | Pengasas empayar Parsi |
88 | Peter Agung | Memasukkan Rusia ke dalam negara-negara Eropah |
89 | Mao Zedong | Membentuk fahaman Maoisme, satu bentuk komunisme China |
90 | Francis Bacon | Ahli falsafah, menerangkan secara induktif akan kaedah ilmiah |
91 | Henry Ford | Memajukan automobil, pencapaian dalam pengilangan |
92 | Mencius | Ahli falsafah, menubuhkan sekolah Konfusianisme |
93 | Zoroaster | Mengasaskan agama Majusi (Zoroastrianisme) |
94 | Ratu Elizabeth I | Pemerintah England, mengembalikan kuasa Gereja England selepas Ratu Mary |
95 | Mikhail Gorbachev | Perdana Menteri Rusia yang membantu menamatkan komunisme di Kesatuan Soviet |
96 | Menes | Menyatukan Mesir Hulu dan Mesir Hilir |
97 | Charlemagne | Pembaptisannya mendorong kepada terciptanya Empayar Rom Suci pada 800 Masihi |
98 | Homer | Pemuisi epik |
99 | Justinian I | Maharaja Rom, menakluk kembali empayar Mediterranean |
100 | Mahavira | Pengasas fahaman Jainisme |
Bacaan lanjut
- The 100, Michael H. Hart, Carol Publishing Group, July 1992, paperback, 576 pages, ISBN 0-8065-1350-0
- The 100 Most Influential Scientists, John Simmons (1996, 1997), Robinson, paperback, 504 pages, ISBN 1-85487-989-8.
- Quantum Leaps - 100 Scientists Who Changed the World, Jon Balchin (2004), Capella - Arcutus Publishing Ltd, large format paperback, 208 pages, ISBN 1-84193-156-X
- Philosophy - 100 Essential Thinkers, Philip Stokes (2002), Capella - Arcutus Publishing Ltd, large format paperback, 208 pages, ISBN 1-84193-139-X