| ||||
---|---|---|---|---|
Kardinal | Satu juta, sejuta | |||
Ordinal | kesejuta | |||
Pemfaktoran | 26 × 56 | |||
Angka Rumi | M | |||
Perduaan | 111101000010010000002 | |||
Pertigaan | 12122102020013 | |||
Kuarterner | 33100210004 | |||
Perlimaan | 2240000005 | |||
Perenaman | 332333446 | |||
Perlapanan | 36411008 | |||
Perduabelasan | 40285412 | |||
Perenambelasan | F424016 | |||
Perduapuluhan | 6500020 | |||
Asas 36 | LFLS36 |
Satu juta (Jawi: جوتا atau جوت, 1,000,000) atau satu ribu ribu, ialah nombor asli selepas 999,999 dan sebelum 1,000,001.
Dalam tatatanda saintifik, ia ditulis sebagai ×106 atau hanya 106. 1Kuantiti fizikal juga dapat dinyatakan menggunakan awalan SI mega, apabila menggunakan unit SI. Contohnya, 1 megawatt bersamaan 1,000,000 watt.
Prefiks yang digunakan untuk menyebutnya dalam Sistem Unit Antarabangsa adalah Mega (M).
Peristilahan
Perkataan "juta" meminjam dari bahasa Sanskrit iaitu यूथ yūtha yang diertikan sebagai suatu "jumlah yang besar" (multitude);[1] malah angka ini dahulu pernah dieja sebagai "yuta" (Jawi: يوت ) yang turut ditemukan dalam Hikayat Hang Tuah.[2] Kamus Itali-Melayu dikarang Antonio Pigafetta mencatatkan bilangan ini bersamaan dengan "10 keti".[2]
Aarex Tiaokhiao menamakan bilangan ini "Sooxol", "6-noogol" dan "Goonaoltetrault". ini setara dengan (101000)x[4] dalam Notasi panah Aarex.[3]
Penggunaan
Berikut adalah penggunaan juta.[3]
Waktu
- 1 juta saat bersamaan dengan sekitar 11.5 hari.
- 1 juta minit bersamaan dengan 2 tahun.
- 1 juta jam bersamaan dengan 114 tahun.
- 1 juta hari bersamaan dengan 27 abad.
- 1 juta minggu bersamaan dengan 19 alaf.
Luas wilayah
- 1,049,200 km2: Luas negara Kazakhstan.
- 1.7 juta km2: Luas banegara bagian Alaska.
Dalam googolisme
Dalam sistem penamaan angka bebasis-Yunani, bilangan juta biasanya dikaitkan oleh prefiks SI mega-. Sementara pefiks mikro- dalam sistem penamaan Latin.[3]
Dalam notasi lain
Jenis notasi | Batas bawah | Batas atas |
---|---|---|
Notasi saintifik | 10 × 106 | |
Notasi panah | ||
Notasi Steinhaus-Moser | 7[3] | 8[3] |
Notasi salinan | 9[6] | 1[7] |
Fungsi Ackermann multivariabel Taro | A(3,16) | A(3,17) |
Notasi Pound-Star | #*(69)*3 | #*(70)*3 |
BEAF* | {10, 6} | |
Notasi Hiper-E | E6 | |
Sistem matriks Bashicu | (0)[1000] | |
Notasi panah hiperfaktorial | 9! | 10! |
Hirarki cepat-bertumbuh | ||
Hirarki Hardy | ||
Hirarki lambat-bertumbuh |
*Bower's Exploding Array Function
Lihat pula
Rujukan
- ^ Monier-Williams, Monier (1981). A Sanskrit-English Dictionary. Delhi, Varanasi, Patna: Motilal Banarsidass. m/s. 856. - melalui Edi Sedyawati dkk. (1994). Kosakata Bahasa Sanskerta dalam Bahasa Melayu Masa Kini. Jakarta, Indonesia: Pusat Pembinaan dan Pengembangan Bahasa Departemen Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. m/s. 86–87.
- ^ a b Shaharir Mohamad Zain; Zahrin Affandi Mohd. (Januari 2018). "Reka Cipta Sistem Bilangan Perpuluhan Malayonesia Dalam Bahasa Melayu Mendahului Sistem Bilangan Perpuluhan Dalam Bahasa Inggeris". Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. 11 (1): 4.CS1 maint: date and year (link)
- ^ a b c d "Million". Googology Wiki (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 31 Julai 2019.