Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Turki. (April 2019)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Rencana ini mungkin boleh dikembangkan melalui teks yang diterjemah daripada rencana yang sepadan dalam Wikipedia Bahasa Arab. (April 2019)
Klik [tunjuk] pada sebelah kanan untuk melihat maklumat penting sebelum menterjemahkan.
|
Millî Şef (Yang Terutama) İsmet İnönü | |
---|---|
Presiden Turki ke-2 | |
Dalam jawatan 11 November 1938 – 27 May 1950 | |
Perdana Menteri | Celal Bayar Refik Saydam Ahmet Fikri Tüzer Şükrü Saracoğlu Recep Peker Hasan Saka Şemsettin Günaltay |
Didahului oleh | Mustafa Kemal Atatürk |
Digantikan oleh | Celal Bayar |
Perdana Menteri Turki Pertama | |
Dalam jawatan 20 November 1961 – 20 Februari 1965 | |
Presiden | Cemal Gürsel |
Didahului oleh | Emin Fahrettin Özdilek |
Digantikan oleh | Suat Hayri Ürgüplü |
Dalam jawatan 4 Mac 1925 – 25 Oktober 1937 | |
Presiden | Mustafa Kemal Atatürk |
Didahului oleh | Ali Fethi Okyar |
Digantikan oleh | Celal Bayar |
Dalam jawatan 30 Oktober 1923 – 22 November 1924 | |
Presiden | Mustafa Kemal Atatürk |
Didahului oleh | Ali Fethi Okyar (sebagai Perdana Menteri Perhimpunan Kebangsaan Agun g) |
Digantikan oleh | Ali Fethi Okyar |
Ketua Parti Rakyat Republik ke-2 | |
Dalam jawatan 10 November 1938 – 8 Mei 1972 | |
Didahului oleh | Mustafa Kemal Atatürk |
Digantikan oleh | Bülent Ecevit |
Ketua Turus Am Turki | |
Dalam jawatan 20 Mei 1920 – 3 Ogos 1921 | |
Didahului oleh | Jawatan kedua ditubuhkan |
Digantikan oleh | Fevzi Çakmak |
Menteri Luar Negeri Turki | |
Dalam jawatan 26 Oktober 1922 – 21 November 1924 | |
Perdana Menteri | Rauf Orbay Ali Fethi Okyar |
Didahului oleh | Yusuf Kemal Tengirşenk |
Digantikan oleh | Şükrü Kaya |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mustafa İsmet 24 September 1884 İzmir, Vilayet Aidin, Empayar Uthmaniyah |
Mati | 25 Disember 1973 Ankara, Turki | (umur 89)
Cause of death | Serangan jantung |
Tempat semadi | Anıtkabir, Ankara |
Kewarganegaraan | Turki |
Parti politik | Parti Rakyat Republik |
Pasangan | Mevhibe İnönü |
Anak | 4, termasuk Erdal İnönü |
Tandatangan | |
Perkhidmatan tentera | |
Kesetiaan | Empayar Uthmaniyah (1903–1920) Turki (1920–1926) |
Cabang/khidmat | Tentera Darat Turki |
Pangkat | Jeneral |
Perang/Pertempuran | Perang Dunia Pertama Perang Kemerdekaan Turki |
Mustafa İsmet İnönü (sebutan Turki: [isˈmet ˈinœny]; 24 September 1884 – 25 December 1973) merupakan seorang jeneral tentera[1] dari Turki yang berkhidmat sebagai Presiden negara tersebut kedua dari 10 November 1938 sehingga 27 Mei 1950.
Awal hidup dan pendidikan
İsmet İnönü lahir di İzmir, Vilayet Aidin; ayahnya Hacı Reşit merupakan seorang pegawai dalam Kementerian Perang Kerajaan Uthmaniyah[2] berbangsa Kurdi manakala ibunya Cevriye berbangsa Turki.[3][4][5][6][7]
Kerjaya dalam tentera Uthmaniyah
Beliau lulus Sekolah Kejuruteraan Tentera Imperial (Mühendishane-i Berrî-i Hümâyûn) dengan pangkat pegawai senjata pada tahun 1903 serta ditugaskan dalam Tentera Uthmaniyah. Beliau turut menyertai Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan, suatu badan rahsia yang memperjuangkan pembaharuan cermatan atau dasar pemerintahan kerajaan Uthmaniyah.
Setelah tamatnya Perang Dunia Pertama, İsmet ke Constantinople (kini Istanbul) di mana beliau diberikan tugasan sebagai Naib Setiausaha Kementerian Perang dan Setiausaha Pencatitian Majlis Tentera Uthmaniyah.
Constantinople dikepung oleh pihak British pada 16 Mac 1920 serta disusuli beberapa tindakan yang melemahkan kerajaan Uthmaniyah sehingga Sultan Uthmaniyah dijadikan seakan pemerintah boneka British. Atas rasa tidak senang inilah İsmet memutuskan berpaling tadah menyertai gerakan nasional Turki di Anatolia.
Keterlibatan dalam gerakan nasionalis dan Republik Turki
Setelah Perang Kemerdekaan dimenangi pihak Republik, İsmet dilantik sebagai ketua perunding delegasi Turki dalam urusan antara mereka dan pihak-pihak Barat; salah satunya Perjanjian Lausanne 1922 di mana syarat baru digubal bertujuan untuk menggantikan kandungan termaktub dalam Perjanjian Sèvres - Inönü mengukuhkan pendirian Republik Turki dengan sangat tegasnya bagi pihak Repuyblik sehingga sengaja tidak mahu mendengar bicara berkaitan kerajaan Uthmaniyah oleh pihak-pihak asing.[8]
Kerjaya pemerintahan
Sebagai Perdana Menteri
Ismet dilantik sebagai Perdana Menteri Republik Turki oleh Mustafa Kemal Atatürk untuk mengetuai pemerintahan ekapartinya di bawah Parti Rakyat Republik. Beliau banyak me
Sebagai Presiden
Beliau mengambil alih jawatan Presiden Republik berikutan kematian Atatürk pada 10 November 1938.[9] Pada tempoh ini, beliau membuka keterlibatan politik yang lebih meluas melalui pengenalan sistem berbilang parti.
Senja hidup
Beliau meninggal dunia akibat serangan jantung pada 25 Disember 1973 ketika berusia 89 tahun. Jenazahnya dikebumikan di sebuah tapak berdekatan makam Atatürk di Anıtkabir, Ankara.
Rujukan
- ^ TSK Genel Kurmay Baskanlari
- ^ T.C. Genelkurmay Harp Tarihi Başkanlığı Yayınları, Türk İstiklâl Harbine Katılan Tümen ve Daha Üst Kademlerdeki Komutanların Biyografileri, Genkurmay Başkanlığı Basımevi, Ankara, 1972. (dalam bahasa Turki)
- ^ N. Pope, H. Pope, Turkey Unveiled: A History of Modern Turkey, Overlook Press, 1998, ISBN 1-58567-096-0, ISBN 978-1-58567-096-3, p.254 (... president of republic, including Ismet Inönü and Turgut Özal, had Kurdish blood. Several cabinet ministers in 1980s and 1990s had been Kurdish...) – reference found in Turkish Wikipedia article
- ^ Romano, David, The Kurdish nationalist movement: opportunity, mobilization, and identity, (Cambridge University Press, 2006), 118; Despite his own Kurdish ancestry, Inonu had apparently embraced Ziya Gokalp's notions of Turkism, which allowed him to advance to the highest post of the new republic.
- ^ Erik Jan Zürcher, ""The Young Turks – Children of the Borderlands?"". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-12. Dicapai pada 2019-04-09.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link) (October 2002)
- ^ Riza Nur (1992). Hayat ve Hatıratım: Rıza Nur-İnönü kavgası, Lozan ve ötesi (dalam bahasa Turki). İşaret Yayınları. m/s. 235.
Demek İsmet Kürttür. Hem de koyu Kürt! Biz bu heyetin başından Abaza diye Rauf’u attırdık. Türk diye bir halis Kürt getirmişiz, vah yazık!
- ^ "Even Ismet Inonu, Ataturk's long time ally and successor, was discouraged from revealing his Kurdish heritage.", Nader Entessar, "The Kurdish Mosaic of Discord", Third World Foundation, Third World Quarterly, Vol. 11, No. 4, Ethnicity in World Politics (Oct. 1989), Carfax Publishing Co., 1989, p. 93.
- ^ Cleveland, William L.; Bunton, Martin P. (2013). A History of the Modern Middle East. Boulder: Westview.
- ^ Nicole Pope and Hugh Pope, Turkey Unveiled: A History of Modern Turkey (New York: The Overlook Press, 2004) p. 68.