Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain. (Oktober 2017) |
Uqbah bin Amir al-Juhani ialah seorang sahabat Muhammad dan lebih dikenali sebagai masyarakat awal Islam.
Jasa dan sumbangan
♦ Dalam bidang jihad beliau mengambil bahagian dalam pertempuran Uhud dan dalam semua penglibatan tentera selepas itu. Beliau juga berjuang dalam Pertempuran Damsyik dalam 634. Sebagai pengiktirafan bagi perkhidmatan, Panglima Islam Abu Ubaidah ibn al-Jarrah, mengutuskan Uqbah ke Madinah untuk menyampaikan pembebasan Damsyik kepada Umar ibn al-Khattab. Uqbah adalah juga salah satu daripada panglima angkatan Islam yang menakluk Mesir. Selama tiga tahun, beliau dilantik oleh Amirul Mukminin, ketika itu Muawiyah bin Abu Sufyan sebagai gabenor Mesir dan selepas itu dia telah menerima perintah dari Muawiyah khalifah untuk melancarkan ekspedisi tentera laut ke pulau Rhodes.
♦ Dalam bidang ilmu dia terus mendapatkannya dari sumber yang murni dan suci, iaitu dari Rasulullah saw. sehingga berhasil menjadi ahli tafsir Alquran (pandai membaca dengan benar dan fasih, hafal, faham makna dan tujuannya), menjadi ahli hadis, ahli fekah, ahli faraid, di samping menjadi seorang pujangga (sasterawan ) dan penyair. Dia memiliki suara terindah di antara para qari Alquran. Bila hari sudah jauh malam, suasana sudah tenang, sunyi dan sepi, diambilnya kitabullah, lalu dibacanya ayat-ayat suci yang maknanya jelas dan terang. Hati para sahabat tergugah dan tunduk bila mendengarkan bacaannya yang merdu menggetarkan. Sehingga, air mata mereka bercucuran kerana takut kepada Allah SWT.
Umar bin Khattab pernah memanggil Uqbah, lalu katanya, "Hai Uqbah! tolong bacakan kepadaku ayat-ayat Alquran!" "Baik, ya Amirul Mukminin!" jawab Uqbah patuh. Maka, dibacanyalah Alquran. Umar menangis bercucuran air mata hingga membasahi janggutnya. Uqbah meninggalkan sebuah mushaf hasil karya tangannya sendiri. Mushaf tersebut sebelum ini masih ada di Mesir, di universiti (jami'ah) yang terkenal dengan nama "Jamiah Uqbah Ibnu Amir" (Universiti Uqbah Ibnu Amir). Di akhir mushaf tersebut tercantum kalimah, "Katabahu Uqbah bin Amir al-Juhani" (Ditulis oleh Uqbah bin Amir al-Juhani).
Kewafatan dan Wasiat Beliau
Tatkala sakit mendekati ajal, ia berada di Mesir. Dikumpulkannya anak-anaknya, lalu dia berwasiat, "Hai anak-anakku! Aku larang kamu melakukan tiga perkara. Maka, jauhilah ketiga-tiganya. Pertama, jangan menerima hadis Rasulullah, kecuali dari orang yang tsiqqah (dipercaya). Kedua, jangan berhutang sekalipun pakaian kalian compang-camping. Ketiga, jangan menulis syair (sajak) sehingga menyebabkan hati kamu lalai terhadap Alquran.
Dia dimakamkan di kaki Bukit Al-Muqaththam. Uqbah meninggalkan tujuh puluh tujuh busur panah. Setiap busur mempunyai sebuah tanduk (sebagai tempat anak panah) lengkap dengan anak panahnya. Uqbah berwasiat supaya busur-busur panah tersebut dimanfaatkan oleh kaum muslimin dalam jihad fi sabilillah. Semoga Allah melimpahkan cahaya ke wajah Uqbah, seorang qari, alim, dan panglima perang
Sumber: Suwar min Hayatis Sahabat, DR. Abdurrahman Ra'fat Basya
https://web.archive.org/web/20091211020515/http://my.opera.com/soreh71/blog/tokoh-islam http://en.wikipedia.org/wiki/Uqbah_ibn_Amir