Sebahagian daripada siri berkaitan |
Islam |
---|
'Arasy atau 'Arsy (Arab: عَرْش ) adalah makhluk tertinggi dan sangat besar, merupakan singgahsana yang memiliki tiang-tiang yang dipikul dan dikelilingi oleh para malaikat.
Pengertian ‘Arasy ini diyakini oleh para Salafussoleh, berdasarkan al-Quran dan hadith Nabi Muhammad s.a.w, sesuai dengan ayat:
“(Iaitu) Tuhan Yang Maha Pemurah, Yang bersemayam di atas ‘Arasy.
(Surah Toha, 20:5) ”
- "Allah-lah Yang meninggikan langit tanpa tiang (sebagaimana) yang kamu lihat, kemudian Dia bersemayam di atas 'Arasy, dan menundukkan matahari dan bulan. Masing-masing beredar hingga waktu yang ditentukan. Allah mengatur urusan (makhluk-Nya), menjelaskan tanda-tanda (kebesaran-Nya), supaya kamu meyakini pertemuan (mu) dengan Tuhanmu.."
- - Surah Ar-Ra'd: 2
Bagaimanapun menurut Islam, Allah itu tidaklah sama dengan makhluk. Maka cara Dia bersemayam juga tidak sama dengan makhluk. Keadaan Allah bersemayam hanyalah di dalam pengetahuan Allah Subhanahu wa Ta'ala dan dengan cara yang layak bagiNya.
Dalam Al Quran terdapat sebanyak tujuh tempat Allah Maha Agung menyebutkan bahawa Allah Subhanahu wa Ta'ala bersemayam di atas arasy.
- Surah Al A'raf ayat 54
- Surah Yunus ayat 3
- Surah Ar Ra'd ayat 2
- Surah Taha ayat 5
- Surah Al Furqan ayat 59
- Surah As Sajdah ayat 4
- Surah Al Hadid ayat 4
Etimologi
'Arasy merupakan bentuk mashdar dari kata kerja ‘arasya – ya‘risyu – ‘arsyan (عَرَشَ يَعْرِشُ عَرْشًا) yang bermaksud bangunan, singgahsana, istana atau takhta. Di dalam al-Quran, perkataan ‘Arasy itu disebut sebanyak 33 kali. Kata ‘Arasy mempunyai banyak maksud, tetapi pada umumnya yang dimaksudkan adalah singgahsana atau takhta Tuhan.
Tentang pengertian ‘Arasy, ulama memberikan penjelasan yang berbeza-beza. Rasyid Ridha dalam Tafsir al-Manar menjelaskan bahwa ‘Arasy merupakan ”pusat pengendalian segala persoalan makhluk-Nya di alam semesta”. Penjelasan Rasyid Rida itu antara lain didasarkan pada Al Qur'an:
...kemudian Dia bersemayam di atas Arasy untuk mengatur segala urusan. (Yunus 10:3)
Letak 'Arasy
'Arasy terletak di atas syurga Firdaus, Nabi Muhammad bersabda kepada sahabat Abu Hurairah yang di riwayatkan oleh Imam Bukhari, Imam Ahmad, Ibnu Abi ‘Ashim:
- “Apabila engkau memohon kepada Allah, maka mohonlah kepadanya Syurga Firdaus. Sesungguhnya ia (adalah) Syurga yang paling utama dan paling tinggi. Di atasnya terdapat ‘Arasy Allah yang Maha Pengasih...”
Masih diriwayatkan dari Ibnu Abi 'Ashim, Nabi Muhammad bersabda:
- “Sesungguhnya ‘Arasy sebelumnya berada di atas air. Setelah Allah menciptakan langit (yang 7), ‘Arasy itu ditempatkan di langit yg ke-7. Dia jadikan awan sebagai saringan untuk hujan. Apabila tidak dijadikan seperti itu, tentu bumi akan tenggelam terendam air.”
- Tangga Kesembilan* : * Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki @ ibnu arasy dzikrullah al-salawat @ selawat di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya*.
Keagungan Arasy
Malaikat yang pernah melihat Arasy dengan segala keagungan yang dimilikinya. Lalu, Allah berfirman kepada malaikat tersebut, "Sesungguhnya Aku telah menjadikan engkau memiliki kekuatan yang setanding dengan kekuatan 7,000 malaikat." Malaikat itu diberikan 70,000 sayap. Kemudian, Allah menyuruh malaikat itu terbang. Malaikat itu pun terbang dengan kekuatan penuh dan sayap yang diberikan Allah ke arah mana saja yang dikehendaki Allah. Sesudah itu, malaikat tersebut berhenti dan memandang ke arah Arasy. Tetapi, ia merasakan seolah-olah ia tidak beranjak sedikitpun dari tempatnya terbang semula. Hal ini memperlihatkan betapa besar dan luasnya Arasy Allah itu.
Dalam hadis sahih riwayat Imam Baihaqi di dalam kitab mu'tabarnya Al-Asma Was As-Sifat, juga menurut Ibnu Abi Syaibah di dalam Kitab Al-Arasy dan Ibnu Kathir di dalam Tafsir Al-Quran Al-Azim, meriwayatkan Nabi Muhammad ﷺ bersabda: "Tidaklah langit yang tujuh dibandingkan dengan Kursi (Allah) melainkan seperti sebentuk cincin yang tercampak di atas tanah kosong yang luas. Begitulah juga kelebihan Arasy ke atas Kursi samalah seperti kelebihan tanah kosong yang luas itu ke atas cincin tersebut".[1] Hadis tersebut juga boleh dilihat di dalam kitab Arasy Allah karangan Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dan Silsilah Al-Ahadith As-Sahihah oleh Syeikh Nasaruddin Al-Albani.
Sebagai gambaran bagaimana rupa-nya pekara sebagai mana daripada petikan kata-kata yang di-sebutkan di dalam hadis sebentuk cincin yang tercampak di atas tanah kosong yang luas di Dalam hadis sahih riwayat Imam Baihaqi di dalam kitab mu'tabarnya Al-Asma Was As-Sifat, juga menurut Ibnu Abi Syaibah di dalam Kitab Al-Arasy dan Ibnu Kathir di dalam Tafsir Al-Quran Al-Azim, meriwayatkan Nabi Muhammad ﷺ bersabda: "Tidaklah langit yang tujuh dibandingkan dengan Kursi (Allah) melainkan seperti sebentuk cincin yang tercampak di atas tanah kosong yang luas. Begitulah juga kelebihan Arasy ke atas Kursi samalah seperti kelebihan tanah kosong yang luas itu ke atas cincin tersebut".[2] Hadis tersebut juga boleh dilihat di dalam kitab Arasy Allah karangan Imam Ibnu Qayyim Al-Jauziyah dan Silsilah Al-Ahadith As-Sahihah oleh Syeikh Nasaruddin Al-Albani.
Hamalat al-Arsy
Para Malaikat pemikul atau Malaikat pejunjung / pembawa 'Arsy terkenal dengan nama Hamalat al-‘Arsy (Arab: حملات العرش) dipercayai berjumlah empat sang Malaikat, setelah Hari Kiamat akan bertambah menjadi lapan sang Malaikat termasuk; 4 Malaikat Utama iaitu Malaikat Israfil, Malaikat Mikail, Malaikat Jibril, Malaikat Izrail dan Hamalat al-Arsy.[3] Didalam Al-Quran juga disebutkan para Malaikat ini, dalam Surah Al Haqqah 69 ayat 17:
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
وَّا لْمَلَكُ عَلٰۤى اَرْجَآئِهَا ۗ وَيَحْمِلُ عَرْشَ رَبِّكَ فَوْقَهُمْ يَوْمَئِذٍ ثَمٰنِيَةٌ wal-malaku 'alaaa arjaaa-ihaa, wa yahmilu 'arsya robbika fauqohum yauma-izing samaaniyah
"Sedang malaikat-malaikat (ditempatkan) mengawal segala penjurunya, dan Arasy Tuhanmu pada saat itu dipikul oleh lapan malaikat di atas malaikat-malaikat yang mengawal itu."
(QS. Al-Haqqah 69: Ayat 17)
Kewujudan Hamalat al-Arsy
Berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Dawud dari seorang sahabat Jabir bin Abdillah, wujud para Malaikat pemikul singgahsana Allah sangatlah besar dan jarak antara pundak Malaikat tersebut dengan telinganya sejauh perjalanan burung terbang selama 700 tahun.[4][5]
Dikatakan pula dalam hadis, bahawa Hamalat al-'Arsy memiliki sayap lebih besar dan banyak dibandingkan dengan Malaikat Jibril dan Malaikat Israfil. Dikatakan bahawa Hamalat al-'Arsy memiliki sayap berjumlah 2,400 sayap dimana satu sayapnya menyamai 1,200 sayap Malaikat Israfil, sedangkan Malaikat Israfil mempunyai 1,200 sayap, dimana satu sayapnya menyamai 600 sayap Malaikat Jibril. Rasulullah ﷺ pernah melihat akan rupa sebenar Malaikat Jibril sebanyak 2 kali, iaitu ketika peristiwa Israk dan Mikraj. Ketika Rasulullah melihat Malaikat Jibril dalam keadaan rupanya yang sebenar, Baginda lantas memuji Malaikat Jibril akan kehebatannya. Malaikat Jibril mempunyai 600 sayap, apabila dibuka satu sayap maka gelaplah seluruh bumi ini. Namun begitu, Malaikat Jibril mengatakan kepada Rasulullah bahawa jangan memujinya kerana Rasulullah masih belum melihat Malaikat lain yang lebih hebat kejadiannya. Lalu Rasulullah bertanya kepada Malaikat Jibril, "Ya Jibril, adakah masih ada Malaikat yang lebih hebat daripada kamu?" Malaikat Jibril menjawab, "Ya, ada." Malaikat Israfil mempunyai 1,200 sayap, yang satu sayapnya menyamai 600 sayap Malaikat Jibril. Sesudah itu, Rasulullah bertanya lagi," Adakah Malaikat Israfil paling hebat?" Jawab Malaikat Jibril, "Tidak, Malaikat yang memikul Arasy Allah. Malaikat ini mempunyai 2,400 sayap yang satu sayapnya menyamai 1,200 sayap Malaikat Israfil".
Sedangkan Syeikh Muhammad Nawawi bin Umar bin 'Arabi Al-Jawi Al-Bantani, seorang Wali besar dari tanah Jawa mengatakan bahawa, "Mereka adalah tingkatan tertinggi para Malaikat dan Malaikat yang pertama kali diciptakan, dan mereka berada di dunia sebanyak 4 Malaikat, pada saat kiamat akan berjumlah 8 Malaikat dengan bentuk kambing hutan. Jarak antara telapak kakinya sampai lututnya sejauh perjalanan 70 tahun burung yang terbang paling cepat. Adapun sifat dari Arsy, dikatakan bahawa Arsy adalah permata berwarna hijau dan Arsy adalah makhluk yang paling besar dalam penciptaan. Dan setiap harinya Arsy dihiasi dengan 1000 warna daripada cahaya, tidak ada satu makhluk pun dari makhluk Allah Taala yang sanggup memandangnya. Dan segala sesuatu seluruhnya di dalam Arsy seperti lingkaran ditanah lapang...Dikatakan sesungguhnya Arsy merupakan kiblat para penduduk langit.. sebagaimana Kaabah sebagai kiblat penduduk bumi..."[6]
Perbezaan pendapat tentang Arasy
Di dalam perbincangan para ulama, konteks yang memerihalkan tentang konsep Arasy ini selalu banyak pendapat. Para ulama memperdebatkan apakah Arasy itu suatu nonmateri (bukan fizik) atau materi (fizik). Dalam hal ini ada tiga pendapat utama yang berbeza:
- Mu'tazilah berpendapat bahawa perkataan Arasy di dalam Al-Quran harus dimaksudkan dan difahami sebagai maksud metaforis (majazi). Jika dikatakan Tuhan bersemayam di Arasy, maka maksudnya Arasy di sini adalah kekuasaan Tuhan. Tuhan merupakan zat yang nonmateri, kerana itu mustahil Dia berada pada tempat yang bersifat materi.
- Mujassimah pula berlainan pandangan dari pendapat pertama. Menurut mereka, kata Arasy harus difahami sebagaimana adanya. Kerana itu, mereka mengertikan Arasy sebagai sesuatu yang bersifat fizik atau materi. Mereka memiliki fahaman antropomorfisme.
- Ahli Sunnah Wal Jamaah berpendapat yang menyatakan bahawa Arasy dalam maksud takhta atau singgahsana harus diyakini kewujudannya, kerana kitab Al-Quran sendiri memaksudkannya secara demikian.
Rujukan
- ^ Unsur syirik dalam Nasyid[pautan mati kekal]
- ^ Unsur syirik dalam Nasyid[pautan mati kekal]
- ^ Hadits ketujuh: Delapan malaikat yang menjunjung 'Arsy
- ^ Hadis diriwayatkan oleh Abu Dawud dari seorang sahabat Jabir bin Abdillah hadis sahih, Nabi Muhammad ﷺ bersabda: "Telah diizinkan bagiku untuk bercerita tentang sosok Malaikat dari Malaikat-Malaikat Allah yang bertugas sebagai pemikul Arsy, bahawa jarak antara daun telinganya sampai ke bahunya adalah sejauh perjalanan 700 tahun."
- ^ Hadits ketujuh: Malaikat yang memikul 'Arsy
- ^ Kitab berjudul "Qathrul Ghaits" hal. 4, Karya Syeikh Muhammad Nawawi Al-Bantani, diterjemahkan oleh Yudha Mandala Eka Putra, tahun 2010. Malaikat Hamalatul 'Arsy diKaskus.us[pautan mati kekal]
- http://dakwahsalaf.info/aqidah/arsy-singgasana-allah-azza-wa-jalla Diarkibkan 2011-07-24 di Wayback Machine
- http://www.psq.or.id/ensiklopedia_detail.asp?mnid=34&id=23 Diarkibkan 2006-05-26 di Wayback Machine
- http://www.almanhaj.or.id/content/2171/slash/0 Diarkibkan 2009-04-08 di Wayback Machine
- http://al-azkar.blogspot.com