Pengiran Muda 'Abdul Mateen | ||||||||||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda dari Brunei Darussalam | ||||||||||||||
Keputeraan | 10 Ogos 1991 | |||||||||||||
Pasangan | Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Binti Adam (k. 2024) | |||||||||||||
Ayahanda | Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien | |||||||||||||
Bonda | Datin Paduka Seri Hajah Maryam binti Haji Abdul Aziz | |||||||||||||
Agama | Islam | |||||||||||||
Pekerjaan | Tentera, Pemain Polo | |||||||||||||
Sports career | ||||||||||||||
Negara | Brunei | |||||||||||||
Sukan | Polo | |||||||||||||
Acara | Sukan Asia Tenggara 2017 | |||||||||||||
Rekod pingat
| ||||||||||||||
Ketinggian | 1.73 cm (1 in) | |||||||||||||
Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah[1], juga dikenali sebagai Putera Mateen, ialah paduka anakanda kesepuluh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dan bekas Pengiran Isteri kedua baginda, Datin Paduka Seri Dayang Hajah Maryam binti Haji Abdul Aziz.
Pendidikan
Kerjaya ketenteraan | |
---|---|
Kesetiaan | Brunei |
Perkhidmatan | Tentera Udara Diraja Brunei |
Tahun perkhidmatan | 2010 - kini |
Pangkat | Mejar |
Anugerah | RAF Wing Badge (2018) |
DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah menerima pendidikan rendah di Sekolah Putera Puteri, Istana Darul Hana dan melanjutkan pendidikan menengah di Maktab Sains Paduka Seri Begawan Sultan dan Sekolah Antarabangsa Jerudong. Kedua-dua sekolah ini merupakan sekolah cemerlang di Negara Brunei Darussalam.[2]
Pada bulan Mei 2010, DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah berkenan dimasukkan ke dalam Commissioning Course for Regular Army Officers bersama-sama dengan 200 rekrut di Akademi Tentera Diraja Sandhurst.
Pada bulan April 2011, DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen lulus daripada kursus pentauliahan sebagai pegawai kadet Akademi Tentera Diraja Sandhurst, United Kingdom dan dinaikkan pangkat sebagai Leftenan Muda.
Pada bulan Julai 2014, DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen berkenan berangkat dan menerima kurniaan Sarjana Muda Sastera dalam Politik Antarabangsa dari King's College London di Pusat Barbican, London.
Pada bulan Julai 2016, DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah dianugerahkan Sarjana Sastera dalam Pengajian Antarabangsa dan Diplomasi dari School of Oriental and African Studies, Universiti London.
Pada bulan April 2017, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah dianugerahkan Sijil Tamat Latihan dalam satu Majlis Penganugerahan yang telah diadakan Daedalus Officers’ Mess, Royal Air Force (RAF) Cranwell setelah berjaya menjalani Kursus Pelatih Juruterbang Asas – Elementary Flying Training (EFT) Course No. 200.[3] Pada 20 Mei 2021, DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah dinaikkan ke pangkat Mejar. Pada 21 September 2021, DYTM Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen telah menyertai Kursus All Arms Commando (AACC) yang telah berlangsung di Pusat Latihan Komando Marin Diraja (CTCRM), Lympstone, Devon, United Kingdom.
Sukan
Sukan SEA 2017
DYTM Pengiran Muda 'Abdul Mateen, bersama dengan paduka kakanda baginda YTM Paduka Seri Pengiran Anak Puteri 'Azemah Ni'matul Bolkiah dan sepupu-sepupu baginda YAM Pengiran Muda Bahar dan YAM Pengiran Muda Abdul Qawi, mewakili Negara Brunei Darussalam dalam sukan polo dan telah dikurniakan pingat gangsa di Sukan Asia Tenggara ke-29 di Kuala Lumpur, Malaysia.[4]
Terasul dan gelaran
Gelaran hormat bagi Pengiran Muda Negara Brunei Darussalam | |
Gaya panggilan | Duli Yang Teramat Mulia |
---|---|
Gaya pertuturan | Yang Teramat Mulia |
Gaya pilihan | Duli Tuanku |
Gelaran rasminya ialah Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda 'Abdul Mateen ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah
Kurniaan
Baginda telah dikurniakan :[5]
Darjah kebesaran negara
- Darjah Kerabat Mahkota Brunei (DKMB).[6]
- Pingat Hassanal Bolkiah Sultan (PHBS).[7]
- Darjah Paduka Keberanian Laila Terbilang Yang Amat Gemilang Darjah Pertama (Dato Paduka Seri) (DPKT)
Keturunan
Keturunan Pengiran Muda 'Abdul Mateen
| ||||
---|---|---|---|---|
Rujukan
Pautan luar |