Zamri Hashim D.P.M.P. | |
|---|---|
| Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perak | |
| Menyandang jawatan 2008 | |
| Mufti |
|
| Didahului oleh | Penyandang sulung |
| Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia | |
| Menyandang jawatan 2019 | |
| Didahului oleh | Aznan Hasan |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 14 September 1971 Sungai Sumun, Bagan Datoh, Perak |
| Tempat belajar | Universiti al-Azhar |
Dato’ Haji Zamri Hashim (lahir 14 September 1971) ialah seorang ulama dan pegawai Islam di Malaysia. Beliau ialah Timbalan Mufti Kerajaan Negeri Perak yang pertama dilantik sejak 2008 dan menjawat sehingga kini.[1] Beliau juga ialah Pengerusi Majlis Ulama Ikatan Muslimin Malaysia (MUIS) sejak 2019.[2][3]
Latar belakang
Zamri dilahirkan pada 14 September 1971 di Sungai Sumun, Bagan Datuk, Perak. Beliau mendapat pendidikan awal di SRK Khir Johari (1978-1983), SMK Agama Perak (1984-1986) dan SMA Persekutuan Labu, Negeri Sembilan (1987-1988). Beliau menduduki Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) di SM Raja Perempuan Taayah pada 1989, sebelum melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di Universiti al-Azhar, Mesir sehingga 1994. Beliau kemudiannya melanjutkan pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya sehingga 2011. Beliau turut mengambil Sijil Kursus Khas Pegawai Hal Ehwal Islam di London pada 2013.[4]
Anugerah dan pengiktirafan
Rujukan
- ^ Mona Ahmad (24 Februari 2016). "Cedera dilanggar Ehab Taufik". BH. Dicapai pada 6 Disember 2023.
- ^ AMARUDIN, SHAMSUL KAMAL (2023-11-15). "Majlis Ulama ISMA minta konsert Coldplay dibatalkan". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2023-12-06.
- ^ Admin (2019-10-01). "KENYATAAN MEDIA - BARISAN JAWATANKUASA MAJLIS ULAMA ISMA (MUIS) BAGI SESI 2019-2023". ISMA (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-06.
- ^ Siti Mursyidah Hanis (2022). "Ketokohan S.S Dato' Haji Zamri Hashim". Dicapai pada 6 Disember 2023.
- ^ Ismail, Shaarani (2019-11-10). "KPN ketuai 19 penerima darjah kebesaran Perak". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-12-06.








