Yen Cheng-kuo (Mandarin: 顏正國; 10 Oktober 1974 - 7 Oktober 2025) ialah seorang pelakon, pengarah dan penjenayah Taiwan.
Biografi
Yen lahir pada 10 Oktober 1974 di Xizhi, Taipei County. Ayahnya ialah seorang tentera. Dia pertama kali berlakon dalam tajuk My Native Land (1980) oleh Li Hsing. Yen berjaya memenangi Golden Horse Award untuk kategori Pelakon Kanak-kanak Terbaik pada 1983 untuk lakonannya dalam The Sandwich Man.
Pada 1980an akhir, Yen remaja ketahuan menggunakan semacam dadah. Hal ini sempat menyebabkan kegegaran dalam industri media, pada 1991 dia ditangkap oleh polis kerana menyebarkan dadah berjenis amphetamines. Selepas dibebaskan kerana masih dibawah umur, Yen kembali ditangkap kerana memamerkan senjata api miliknya.
Pada 1 Julai 2001, Yen dan beberapa kawannya menculik Shi Jindu, seorang penyebar dadah di Dacun, Kaunti Changhua. Setiap bulan, Yen mentegik Shi dengan bayaran NT$200 dan 2 amphetamine seberat 2 kilogram. Yen dipenjara dengan dakwaan ikut aktif dalam aktiviti samseng triad. Hakim menghukumnya dengan 11 tahun penjara.
Beberapa tahun selepas keluar dari penjara, Yen jarang muncul di keramaian dan menulis sebuah buku yang bertajuk "Giving Up Fists and Painting a New Life through Calligraphy — Kung Fu Kid Yen Cheng-kuo's Youth and Awakening". Yen maut di umur 51 tahun akibat kanser paru-paru.[1]
Rujukan
- ^ "'The Kung-Fu Kids' star Yen Cheng-kuo dies at 50 - Focus Taiwan". Focus Taiwan - CNA English News (dalam bahasa Inggeris). 2025-10-07. Dicapai pada 2025-10-14.








