Wom UG14 | |
---|---|
Nama lahir | Abdul Wahab bin Zainudin |
Juga dikenali sebagai | Wom |
Kelahiran | Kampung Pandan, ![]() | 19 April 1962
Berasal dari | ![]() |
Genre | Rock |
Pekerjaan | Penyanyi, Komposer, Penulis Lirik |
Tahun aktif | 1989 hingga kini |
Syarikat rakaman | EMAREC (1989-1990) CBS Records (1990) Saga Records (1991) Polygram (1991-1993) |
Pengkarya berkait | UG14 |
Abdul Wahab bin Zainudin atau lebih dikenali sebagai Wom UG14 merupakan vokalis kumpulan rock 90-an iaitu UG14 yang terkenal dengan lagu hit Bunga Larangan yang juga lagu ciptaan Wom sendiri. Wom juga merupakan salah seorang pengasas kumpulan tersebut bersama pemain keyboard berpengalaman dari Johor Bahru iaitu Teddy. Sebelum menubuhkan UG14, beliau terlebih dahulu merakamkan album solo beliau pada tahun 1990 berjudul WOM di bawah label Emarec (syarikat rakaman milik Raja Ema) dan edaran CBS Records (kini Sony Music). Selain menyanyi, anak kelahiran Kampung Pandan, Kuala Lumpur ini juga berbakat dalam mencipta lagu dan menulis lirik bukan sahaja untuk kumpulan UG14, tetapi juga untuk artis lain.