Willie Whopper merupakan watak animasi Amerika Syarikat ciptaan kartunis Ub Iwerks. Siri Whopper merupakan siri kedua dari studio Iwerks yang diterbitkan oleh Pat Powers dan diedarkan menerusi Metro-Goldwyn-Mayer, tetapi hanya bertahan selama dua tahun, dari tahun 1933 hingga 1934.
Kartun ini berkisarkan Willie, seorang pemuda yang menceritakan bermacam-macam pengembaraannya yang luar biasa yang dilukiskan dalam layar. Pengalaman menarik sebegini sebenarnya adalah bohong semata-mata, jadi namanya "whopper". Willie mendahului ceritanya dengan ungkapan "Say, did I ever tell ya this one?" (Ha, pernahkah saya ceritakan yang ini?)
Filmografi
1933
| Filem | Tarikh tayangan asal |
|---|---|
| Play Ball | 16 September 1933 |
| Spite Flight (The Air Race) | 14 Oktober 1933 |
| Stratos-Fear | 11 November 1933 |
| Davy Jones' Locker 1 | 9 Disember 1933 |
1 Dirakam dalam Cinecolor
1934
| Filem | Tarikh tayangan asal |
|---|---|
| Hell's Fire (a.k.a Masquerade Holiday and Vulcan Entertains) 1 | 6 Januari 1934 |
| Robin Hood, Jr.1 | 3 Februari 1934 |
| Insultin' the Sultan | 14 April 1934 |
| Reducing Creme | 19 Mei 1934 |
| Rasslin' Round | 1 Jun 1934 |
| Cave Man | 6 Julai 1934 |
| Jungle Jitters | 24 Julai 1934 |
| The Good Scout | 1 September 1934 |
| Viva Willie | 20 September 1934 |
1 Dirakam dalam Cinecolor
Rujukan
- Leslie Iwerks and John Kenworthy, The Hand Behind the Mouse (Disney Editions, 2001) and documentary of the same name (DVD, 1999)
- Leonard Maltin, Of Mice and Magic: A History of American Animated Cartoons (Penguin Books, 1987)
- Jeff Lenburg, The Great Cartoon Directors (Da Capo Press, 1993)








