![]() | Projek ini merupakan sebuah WikiProjek, yakni ruang untuk kerjasama dalam kalangan ahli Wikipedia. Kehadiran peserta baharu adalah dialu-alukan, dan sertailah sebarang WikiProjek yang anda minat! |
WikiProjek Penukar Tulisan merupakan sebuah WikiProjek yang mewarisi fungsi Wikipedia:WikiProjek Jawi berkenaan perkembangan terkini dari segi penukaran tulisan, terutamanya bahasa Melayu disebabkan bahasa Melayu masih belum ada penukar tulisan yang stabil dari segi kegunaannya serta mampan dari segi pembangunan teknikalnya. WikiProjek ini tidak sekadar membincangkan penukaran tulisan daripada tulisan Rumi kepada tulisan Jawi untuk bahasa Melayu, namun juga boleh merangkumi penukaran tulisan merentasi dialek-dialek tempatan mahupun bahasa-bahasa tempatan yang ada di Malaysia, Brunei, Singapura serta Indonesia.
Perancangan jangka masa pendek
- Menyempurnakan segala fungsi penukar tulisan bahasa Melayu supaya sama ada menjadikan alat penukar tulisan ini gajet bawah ruang nama MediaWiki, atau sehingga boleh diintergrasikan dengan LanguageConverter (penukar tulisan legasi), atau digantikan dengan penukar tulisan MediaWiki generasi baharu (pautan).
Perancangan jangka masa panjang
- Menambah lebih banyak pilihan penukaran tulisan bahasa Melayu, bukan setakat ms dan ms-arab semata-mata.
- Membina penukar tulisan untuk bahasa-bahasa lain yang menggunakan dua atau lebih banyak jenis sistem tulisan, contohnya seperti bahasa Melayu Kelantan-Pattani.
- Membina penukar antara dialek, contohnya seperti penukar dialek Melaka-Selangor-Johor.