| Jika anda memerlukan bantuan dari penyelia, sila pergi ke papan kenyataan penyelia. | |
Lihat juga: | |
Sila letakkan tandatangan beserta tarikh bagi kiriman anda (dengan menaip ~~~~ atau klik butang | |
| Dasar-dasar terpilih | |
|---|---|
| Penggunaan Aksara Bukan Melayu (2008) | |
| Pembentukan dasar-dasar baru (2008) | |
| Pautan luar atau Pantauan luar (2008) | |
| Lagi berkenaan dasar dan garis panduan (2009) | |
| Referendum fungsi muat naik fail di Wikipedia Bahasa Melayu (2024) | |
| lihat semua · sunting |
Arkib |
|---|
|
|
Penetapan nama templat mengikut en.wikipedia
[sunting sumber]Saya ingin kedepankan usul penetapan nama templat supaya dikekalkan dengan nama mengikut en.wikipedia dan terjemahan nama dilencongkan. Usul ini dimohon disebabkan beberapa perkara:
- Kebanyakan rencana dalam ms.wikipedia kini dicipta dengan kemudahan Alat Penterjemahan Kandungan (Content Translation). Alat ini menggunakan Wikidata untuk menyediakan padanan templat dari rencana Wikipedia bahasa sumber apabila rencana diterjemahkan ke dalam ms.wikipedia. Dengan adanya templat yang lapuk di ms.wikipedia, penyediaan padanan templat merosakkan hasil terjemahan alat tersebut. Oleh sebab itu, templat di ms.wikipedia perlu dikemaskini mengikut templat en.wikipedia yang terkini. Untuk mengurangkan isu nama templat berlainan bahasa dalam kod-kod, pengekalan mengikut en.wikipedia lebih logik. Penyunting baharu juga akan kurang berhadapan dengan isu templat rosak disebabkan percanggahan templat sewaktu penterjemahan rencana dilakukan.
- ms.wikipedia kini menjadi sumber Wikipedia utama untuk penterjemahan ke 3 bahasa Wikipedia (iba.wiki, dtp.wiki, bdr.wiki). Untuk memudahkan penyunting-penyunting Wikipedia bahasa tersebut menterjemah ke bahasa masing-masing dan mengelak kerosakan rencana, nama templat perlu diselaraskan.
- Pengekalan nama templat mengikut nama di en.wikipedia tidak menjejaskan penggunaan Wikipedia di ms.wikipedia kerana kod templat-templat hanya dilihat oleh pengguna yang mahir menyuntingnya dan bukan pembaca awam.
- Berdasarkan pengalaman saya yang sudah hampir 2 tahun mengajar bengkel fizikal Wikipedia bahasa Melayu ke pelbagai jenis pengguna baharu, penetapan ini akan dapat mengurangkan isu templat rosak apabila mencipta rencana baharu melalui alat penterjemahan.
Namun begitu, saya tahu masalah yang timbul kemudian hanyalah label-label dan pendokumenan yang perlu diterjemah semula ke bahasa Melayu. Hal tersebut boleh dilakukan dengan mengadakan gotong-royong raya. Saya harap usul saya dapat diterima untuk menjadikan ms.wikipedia lebih inklusif membantu Wikipedia bahasa lain yang masih kecil. Saya mohon pendapat-pendapat pengguna lain @Rulwarih @PeaceSeekers @Wiki Farazi @Hakimi97 @Song GK @SNN95 @CyberTroopers @26 Ramadan dan lain-lain. Ultron90 (bincang) 08:50, 3 Mac 2025 (UTC)
- Pada pendapat saya, perkara seperti mengubah nama templat (atau modul kerana berkaitan juga) yang sedia ada di Wikipedia Bahasa Melayu (WBM) daripada bahasa Melayu kembali kepada bahasa Inggeris merupakan suatu kerja yang sangat berat dan drastik untuk dilaksanakan. Sebab apa yang saya nampak usaha yang setakat ini dilakukan adalah bukan sahaja ubah nama, malah menyalin tampal terus kod-kod templat atau modul yang ada di Wikipedia Bahasa Inggeris tanpa menyetempatkan terjemahan kandungan ke WBM. Contoh seperti Modul:pendokumenan/config yang sepatutnya perlu mengekalkan sahaja terjemahan label bahasa Melayu tetapi dibalikkan pula ke bahasa Inggeris.
- Tetapi, saya faham juga kita cakap senanglah nak "memastikan semua kandugan di WBM adalah dalam bahasa Melayu seratus peratus", tetapi dengan kekurangan sukarelawan untuk memastikan keutuhan kod templat dan modul yang ada di WBM, tambah pula dengan semakin berkurangan pakar yang tahu kod Scribunto Lua atau wikiteks ada di WBM, menyebabkan sekarang ini untuk tujuan penyelenggaraan saya berberat hati macam mana pun perlu setuju juga dengan pengembalian nama tajuk modul dan templat kepada bahasa Inggeris.
- Cumanya disebabkan tugasan ini sangat besar, saya ada beberapa soalan nak tanya:
- Sebanyak mana nama templat atau nama modul perlu diubah?
- Ada tak pelan atau jadual fasa berapa lama proses ini akan berjalan? Kalau boleh sespesifik yang mungkin tarikh dia, bukannya ala kadar kerana kalau sebahagian ubah yang lain tak ubah pada pendapat saya sama seperti melepaskan batuk di tepi tangga baik tak perlu buat.
- Sekiranya kandungan kod pun perlu diubah, dalam masa berapa lama (contoh tiga hari ke, lima hari ke, satu minggu ke dll.) dapat memastikan label yang ada templat dan modul turut diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu, bukannya salin kod terus biarkan tidak diubah?
- Bagaimana nak memantau perkembangan kemajuan nama templat/modul apa yang belum diubah dan yang mana satu yang sudah diubah?
- محمد حكيمي (bincang) 16:58, 4 Mac 2025 (UTC)
- Minta tolong untuk para penyelia lain seperti @Polar, @Rachun Dunia, @Tofeiku, @Aurora, @Zamwan, dan @Ustad abu gosok ambil tahu dan terlibat juga dalam perbincangan berkenaan hal ini. محمد حكيمي (bincang) 17:05, 4 Mac 2025 (UTC)
- Kalau dulu, apa yg saya biasa buat ialah terjemahkan apa yg patut (paparan, bukan pembolehubah) termasuk nama templat, tapi nama Inggeris dijadikan lencongan. Jadi tidak ada masalah templat rosak atau templat bertindan. Masalah cuma timbul bila templat di en.wiki dikemaskini tetapi di sini tidak (lapuk). Jadi ada ralat. Tetapi saya sedar, bukan semua orang berbuat begitu.
- ...Aurora... (b) 15:19, 7 Mac 2025 (UTC)
- Setahu saya, nama templat itu sendiri tak ada kaitan sangat dengan ralat yang berlaku. Ikut yang saya tahu, ia lebih kepada masalah kod yang lapuk serta/atau ketiadaan data templat. Jadi ikut saya, boleh saja nama templat dalam BM (dengan lencongan nama BI ke BM untuk memudahkan penyalin tampal kandungan), asalkan kod templat dikemas kini beserta dengan templat data (yang boleh "diimport" secara automatik dan disunting melalui suntingan pendokumenan templat). PEACE SΞΞKΞRS [Bincang] 01:23, 5 Mac 2025 (UTC)
- Saya biasanya tidak menterjemahkan nama2 templat atau modul daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Apa yg penting, data/info/kod yang menghasilkan hasil interface itu yg lebih utama. SekianZamwan (bincang) 01:46, 7 Mac 2025 (UTC)
- Saya dahulu biasanya tidak mengubahpun nama templat dan segala konfigurasi berkaitan, melainkan jika templat infobox yang mempunyai nama rencana dalam bahasa asing, akan saya ubahnya, dan itu sahaja maka mesin interwiki mudah untuk padankan (melainkan jika saya yang cipta templat itu khusus untuk ms.wiki) tetapi itu 10-20 tahun dahulu. Lama kelamaan kebanyakan pengguna aktif mula mengubah dan menerjemah banyak tetapan templat dan modul kepada BM dan saya juga mengikut rentak orang baru dan saya tiada masalah dengan itu. Tetapi saya rasa masalah besar ialah kita tiada garis panduan khusus tentang ini yang menyebabkan aneka bentuk templat/modul bercampur aduk wujud di sini (dan ia berlarutan selama 2 dekad). Kita perlu duduk berbincang dengan serius ke arah penetapan piawaian untuk kegunaan semua bagi mengelakkan cacamarba sebegitu. Dan saya setuju pendapat @Hakimi97: bahawa ini suatu kerja yang sangat besar dan memerlukan sebuah pasukan petugas khusus untuk menyelesaikan dan memantau. Hanya pendapat kecil saya. - Polar (bincang) 13:45, 7 Mac 2025 (UTC)
- Salam sejahtera. Saya tidak bersetuju dengan usulan nama-nama templat/modul adalah di dalam bahasa Inggeris. Bagi pendapat-pendapat saudara Aurora dan PeaceSeekers, saya bersetuju dengan mereka. Nama-nama templat/modul dalam bahasa asing bolehlah dilencongkan kepada bahasa Melayu, dan kod-kodnya haruslah diterjemahkan kepada bahasa Melayu, sambil kod-kod berbahasa asing turut dikekalkan di sini bagi memudahkan pengguna lain. Fungsi sublaman /doc (contoh Templat:Kotak info surah/doc dan Templat:Kotak info anugerah/doc) juga memainkan peranan, di mana saya sendiri kadang kala akan mengemas kininya supaya para penyunting lain dapat memahami setiap fungsi di dalam templat/modul berbanding terlalu bergantung kepada Wikipedia bahasa Inggeris terutamanya. Saya tahu usaha-usaha mengemas kini templat/modul agak sukar lagi-lagi isu penyetempatan. Buatlah secara perlahan-lahan dan tidaklah perlu terikat dengan jangka masa tertentu, yang penting usaha dan hasilnya. Sebagai tambahan, saya kini mengikut langkah-langkah pengemaskinian templat seperti di Wikipedia bahasa Catalonia, di mana suatu templat itu dapat memanggil data secara automatik daripada Wikidata, dan pada masa yang sama, kod-kod untuk masukan tempatan (contohnya Wikipedia) turut dikekalkan (contoh boleh dilihat di Kategori:Templat kotak info yang menggunakan Wikidata). 26 Ramadan (bincang) 00:48, 9 Mac 2025 (UTC)
Penamaan semula beberapa ruang nama di Wikipedia Bahasa Melayu
[sunting sumber]| USUL DITERIMA | |
| Hasil pengundian: 10/10 orang yang menyokong usulan ini. محمد حكيمي (bincang) 07:02, 18 Jun 2025 (UTC) | |
Perbincangan berikut telah ditutup. Sila jangan mengubahnya. Komen seterusnya perlu dibuat pada laman perbincangan yang sesuai. Tiada suntingan lanjutan yang dibenarkan pada perbincangan ini.
Salam semua,
Saya ingin mencadangkan usul seperti berikut:
Penamaan semula ruang nama
- "Gerbang" (Portal; ns:100)
- "Perbincangan gerbang" (Portal talk; ns:101)
- "Acara" (Event; ns:1728)
- "Perbincangan acara" (Event talk; ns:1729)
Antara sebab-sebab yang saya ingin kemukakan untuk penamaan semula adalah seperti berikut:
- "Gerbang" dan "Perbincangan gerbang": (1) Istilah "gerbang" lebih harfiah dan lebih disetempatkan berbanding "portal" untuk kegunaan di Wikipedia Bahasa Melayu. (2) Penyeragaman perkataan "gerbang" dengan istilah "gerbang komuniti" yang telah mencapai persepakatan melalui undian sebelum ini. Lihat pautan ini untuk hujah lanjutan berkaitan perkara pertama dan perkara kedua. (3) Penamaan semula ruang nama "Portal" ke "Gerbang" telah mencapai persetujuan setempat di Wikisumber Bahasa Melayu bulan lepas. Lihat pautan ini sebagai rujukan untuk perkara ketiga.
- "Acara" dan "Perbincangan acara": Menurut Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP, istilah bahasa Inggeris "event" boleh dipadankan dengan "acara" dan "peristiwa". Saya mencadangkan "acara" disebabkan perkataan tersebut lebih pendek dan masih lagi kena pada maknanya, rujuk Pusat Rujukan Persuratan Melayu DBP untuk makna "acara".
Saya sebenarnya ingin juga mencadangkan penamaan semula ruang nama "TimedText" dan "TimedText talk" kepada padanan bahasa Melayunya, namun hal ini tidak dapat dijalankan berikutan tugasan Phabricator T315728 yang mengehadkan proses penyetempatan dua ruang nama ini.
Saya ingin menjemput semua penyelia ( @Rulwarih, @PeaceSeekers, @Wiki Farazi, @SNN95, @CyberTroopers, @26 Ramadan, @Polar, @Rachun Dunia, @Tofeiku, @Aurora, @Zamwan, dan @Ustad abu gosok ), serta semua pengguna aktif di Wikipedia Bahasa Melayu untuk berkongsi pandangan berkenaan hal ini. Sila selitkan sekali {{undi|Y}} (setuju) atau {{undi|N}} (tidak setuju) di samping berkongsi pandangan peribadi berkenaan usul ini. محمد حكيمي (bincang) 11:33, 5 Mei 2025 (UTC)
- Saya bersetuju dengan kedua-dua istilah yang digunakan. Istilah gerbang telah mula digunakan pada gerbang komuniti dan telah dicetuskan untuk merubah ruang nama ini sebelum ini (pautan perbincangan turut dilampirkan di atas). Manakala, ruang nama Acara juga sesuai digunakan untuk penganjuran acara dalam Wikipedia Bahasa Melayu, berbanding menggunakan istilah Peristiwa. Rulwarih 00:08, 7 Mei 2025 (UTC)
- Jemput sekali lagi semua penyelia @PeaceSeekers @Wiki Farazi @SNN95 @CyberTroopers @26 Ramadan @Polar @Rachun Dunia @Tofeiku @Aurora @Zamwan dan @Ustad abu gosok untuk kongsi pandangan disebabkan menurut @Rulwarih ping yang saya hantar tidak diterima. محمد حكيمي (bincang) 06:31, 10 Mei 2025 (UTC)
Setuju. Apa apa sahaja usaha yang mengangkat penggunaan bahasa Melayu, saya sokong. 26 Ramadan (bincang) 01:36, 11 Mei 2025 (UTC)
Setuju TofeikuBincang 02:06, 11 Mei 2025 (UTC)
Setuju EmpAhmadK - (bincang) 01:47, 11 Mei 2025 (UTC)
Setuju Mirlim (bincang) 02:27, 11 Mei 2025 (UTC)
Setuju Ultron90 (bincang) 06:18, 11 Mei 2025 (UTC)
Setuju Rachun Dunia (bincang) 22:53, 11 Mei 2025 (UTC)
Setuju ...Aurora... (b) 13:14, 12 Mei 2025 (UTC)
Setuju Polar (bincang) 13:18, 15 Mei 2025 (UTC)
Status terkini
[sunting sumber]
Usul diterima (undian tamat pada 18 Mei 2025), dan hasil pengundian ialah: 10/10 orang yang menyokong usulan ini. Terima kasih semua yang terlibat dalam proses pengundian di sini. Kemas kini mengenai perkembangan teknikal pindaan ruang nama akan dimaklumkan dalam masa terdekat.محمد حكيمي (bincang) 10:29, 18 Mei 2025 (UTC)
- Sila rujuk tugasan phabricator T394603 untuk sebarang kemas kini berkenaan perubahan ruang nama tersebut. محمد حكيمي (bincang) 10:35, 18 Mei 2025 (UTC)
Allow Global sysops
[sunting sumber]| USUL DITERIMA | |
| Hasil pengundian: 5/5 orang yang menyokong usulan ini, dengan 3/5 pengundi ialah pengguna aktif Wikipedia Bahasa Melayu. محمد حكيمي (bincang) 00:26, 8 Oktober 2025 (UTC) | |
Perbincangan berikut telah ditutup. Sila jangan mengubahnya. Komen seterusnya perlu dibuat pada laman perbincangan yang sesuai. Tiada suntingan lanjutan yang dibenarkan pada perbincangan ini.
This discussion is due to close on 2025-09-22 11:03 (UTC), seven days after it was started.
Hello everyone! Sorry for English. Malay Wikipedia is a large and active project, but because of its size, vandalism and spam are frequent. While there are active administrators, but often vandalism lingers when none are immediately available. So, why not lend a helping hand from Global sysop. I don’t know if there is any previous discussion, I’d like to propose that the mswiki community discuss whether to opt in to the Global Sysop wikiset. This would allow trusted Global Sysops to help with:
- Non-controversial vandalism delete/block
- Page deletions of obvious spam
- Handling long-term abuse/spam-only accounts
This would not replace or reduce local administrator authority. Global Sysops only act when local sysops are not around, and they are expected to respect local policies and community norms. Also, they've no extra editorial control over the local community and they cannot override the discission of local administrators.
Why this could help:
- Faster response to obvious spam/vandalism
- Less strain on local sysops for routine clean-up
- Aligns with other large projects that benefit from occasional Global sysop support
Note: If the community prefers, scope can be limited (e.g., vandalism/spam only), and the community can revoke this opt-in later if it’s not working well. Tanbiruzzaman (bincang) 11:03, 15 September 2025 (UTC)
- Sorry for pinging, @PeaceSeekers, @Zamwan, @Tofeiku, @Rulwarih, @Wiki Farazi, @26 Ramadan, @CyberTroopers, pinging recently active sysops, by considering experienced community members. As you can see there're lot of vandalism (LTA) occurring here, but because of the the less sysop activity, it can't handled properly. As little example, see my recent contributions (reverts). Tanbiruzzaman (bincang) 21:44, 18 September 2025 (UTC)
- I quite agree with this. Rulwarih 00:56, 19 September 2025 (UTC)
- The efforts to prevent and to stop the vandalism has always been challenging from time to time. That's why I also do agree with more sysop's help to fight against vandalism, as long as there is no interference against the local policies (such as the standardization of the language used on this wiki etc). محمد حكيمي (bincang) 16:11, 19 September 2025 (UTC)
- Although this is not my home wiki but I agree with Tanbiruzzaman suggestions. This LTA is very annoying, not a day without them creating accounts to harass others. It seems they have psychological problems. Nvdtn19 (bincang) 14:31, 20 September 2025 (UTC)
- Due to prevent the abuse, I strongly support this proposal. Ayane (meta | phab) 12:35, 22 September 2025 (UTC)
ːːːːAdministrative matters are quite similar regardless where the sysop is operating. Seems no issue at all to me if we allow global sysop to operate here in ms.wiki Zamwan (bincang) 05:58, 21 September 2025 (UTC)
- A request has been made at m:SN as there's no objection to allow global sysops. Any local contributor can now close this discussion. Thank you for your time.-Tanbiruzzaman (bincang) 12:31, 22 September 2025 (UTC)
- Was removed from here and request was approved Plutus (bincang) 12:37, 22 September 2025 (UTC)
Penetapan judul rencana daerah, mukim, bandar dan pekan di Malaysia
[sunting sumber]Cadangan ini diusulkan untuk mengemas kini judul rencana daerah, mukim, bandar dan pekan di Malaysia. Cadangan penyelarasan tajuk ini diinspirasikan daripada penamaan tajuk kelurahan dan kecamatan di Indonesia, di Wikipedia Bahasa Indonesia.
Gaya penamaan ini, pada pandangan saya, dapat
- menghalang penciptaan laman berganda dengan tajuk lain tetapi kandungannya sama.
- membezakan jenis tempat yang mempunyai nama sama, seperti contoh mukim Seremban, daerah Seremban dan bandar Seremban.
- menghalang kelewahan judul apabila tidak memasukkan perkataan mukim, daerah dan bandar.
Format penjudulan mukim dan daerah yang diusulkan adalah dengan menetapkan penamaan sesebuah tempat kepada dua peringkat sahaja, kecuali Sarawak, seperti berikut:
- Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia kecuali Kelantan dan Perlis
nama mukim/pekan, nama daerah/daerah kecil nama daerah, nama negeri
- Kelantan
nama mukim/pekan, nama jajahan/jajahan kecil nama jajahan, nama negeri
- Perlis
nama mukim/pekan, nama negeri
- Sabah
nama mukim/pekan, nama daerah nama daerah, nama negeri
- Sarawak
nama mukim/pekan, nama daerah/daerah kecil, nama bahagian nama daerah/daerah kecil, nama bahagian, nama negeri nama bahagian, nama negeri
Manakala format penjudulan bandar dan bandar raya adalah dengan menetapkan penamaannya kepada satu peringkat sahaja seperti Kuala Lumpur, Ipoh, dan Kota Kinabalu.
Apabila dipersetujui, saya bercadang untuk memusatkan penyelarasan kerja-kerja di laman Wikipedia:WikiProjek Malaysia/Rencana/Daerah, Mukim, Bandar, Pekan di Malaysia
Sekian mencadang. Rulwarih 01:37, 24 Oktober 2025 (UTC)
Setuju; cuma untuk Kelantan, di antara peringkat mukim dan jajahan ada peringkat daerah, misalnya daerah Beklam. Mungkin untuk penjudulan mukim/pekan perlu pilih sama ada tambah "nama mukim/pekan, nama daerah, nama jajahan..." ataupun mungkin tak ditambah dek terlalu panjang. Tetapi penjudulan nama daerah dalam Kelantan perlu: "nama daerah, nama jajahan...". Sekian cadangan, terima kasih. Mirlim (bincang) 03:13, 24 Oktober 2025 (UTC)
- Terlupa nak tambah, bagaimana pula dengan penjudulan kampung? Mirlim (bincang) 03:18, 24 Oktober 2025 (UTC)
- Untuk kampung, saya mencadangkan disebut sehingga peringkat daerah.
- nama kampung/desa (atau yang setara), nama mukim/pekan, nama daerah/daerah kecil
- Cuma ada dua pilihan sama ada mengekalkan istilah kampung/desa di depan nama rencana, atau istilah kampung/desa nya ditiadakan. Contoh, Kampung Alor, Mambau, Seremban atau Alor, Mambau, Seremban sahaja.
- Dalam pada itu, kalau untuk nama FELDA (yang dikira setara dengan kampung), saya mencadangkan dikekalkan sahaja FELDA (nama) sahaja (Seperti FELDA Lui Muda), tanpa mengikut konsep cadangan penamaan ini. Cuma, pengecualian-pengecualian ini perlu dinyatakan nanti di laman WikiProjek yang akan dicipta. Rulwarih 10:39, 24 Oktober 2025 (UTC)
- Untuk kampung, saya mencadangkan disebut sehingga peringkat daerah.
- Terima kasih kerana membangkitkan tentang Kelantan. Saya mencadangkan agar sama seperti Sarawak, bagi tujuan penyelarasan konsepnya.
- nama mukim/pekan, nama daerah/daerah kecil, nama jajahan/jajahan kecil
- nama daerah/daerah kecil, nama jajahan/jajahan kecil, nama negeri
- nama jajahan/jajahan kecil, nama negeri
- Rulwarih 10:31, 24 Oktober 2025 (UTC)
- Terlupa nak tambah, bagaimana pula dengan penjudulan kampung? Mirlim (bincang) 03:18, 24 Oktober 2025 (UTC)
Setuju, untuk mengurangkan kesamaran apabila nama tempat seakan, lagi-lagi kalau macam nama kampung yang selalu digunakan, contoh:Kampung Sungai, Kampung Panjang dan lain-lain. محمد حكيمي (bincang) 12:49, 25 Oktober 2025 (UTC)
Setuju Saya pun ada tengah edit rencana tempat di Jepun, dan lebih elok ikut format nama seperti yang dicadangkan. Jika ada format lain yang diinspirasikan dari edit rencana tempat Jepun tu, saya akan kemukakan kemudian di sini. SNN95
13:01, 25 Oktober 2025 (UTC)- Harap penyelia aktif (yang aktif sejak 30 hari lalu: @26 Ramadan, @Rachun Dunia, @Tofeiku dan @Wiki Farazi, @Zamwan), dapat berikan maklum balas atau sokongan terhadap dasar ini untuk didayakan segera. Terima kasih. Rulwarih 03:16, 30 Oktober 2025 (UTC)
Setuju Untuk nama daerah, saya lebih syorkan Daerah (nama daerah) tanpa letak nama negeri, kerana dalam kandungan akan menyatakan daerah ini berada di negeri mana, melainkan jika ada nama daerah yang sama di dua negeri berbeza (setakat ini belum jumpa ada dua daerah guna nama yang sama). Tambahan pula, terdapat templat yang guna pautan ke "Daerah (nama daerah)", contohnya di Templat:MYSint untuk kolumn daerah, jika masukkan nama daerah sahaja, ia akan paut ke "Daerah (nama daerah)". Untuk jadual jalan raya itu lain cerita.- Penyelarasan nama daerah adalah amat memerlukan. Terdapat juga rencana daerah di Malaysia yang letak nama daerah tanpa Daerah di depan, Contoh: Gombak, yang betul adalah Daerah Gombak. DiaoBaoHuaJian (bincang) 11:35, 30 Oktober 2025 (UTC)
- Pada saya, meletakkan "Daerah" adalah kelewahan pada judul. Contoh sama untuk "Buah tembikai" yang mana artikelnya hanya "Tembikai" sahaja, atau "Ikan keli" yang mana artikelnya hanya "Keli" sahaja.
Jadi, saya cadangkan jika Gombak sebagai sebuah daerah, dinamakan "Gombak, Selangor". Manakala, untuk mukim dalam daerah Gombak ialah "Rawang, Gombak", "Kuang, Gombak", "Hulu Kelang, Gombak", "Setapak, Gombak", dan "Batu, Gombak".
Berkaitan isu seperti pada templat MYSint pula, semua laman berjudul "Daerah (nama daerah)" boleh diwujudkan sebagai laman lencongan kepada (nama daerah), (nama negeri). Amalan laman lencongan memang menjadi kebiasaan di Wikipedia dalam banyak perkara.
Dalam pada itu, cadangan penjudulan begini dapat juga sedikit sebanyak mendidik dan mendedahkan kepada pembaca Wikipedia, yang bukan sahaja hanya pembaca di Malaysia, mengenai kewujudan, kedudukan dan perihal tempat-tempat di Malaysia ini. Rulwarih 19:04, 30 Oktober 2025 (UTC)
Setuju Saya setuju dengan pendapat @DiaoBaoHuaJian: untuk penamaan daerah. Sesetengah pekan/bandar/bandar raya juga mempunyai nama yang sama dengan nama daerah (contoh Batu Pahat, Johor Bahru, Pekan). Untuk makluman tambahan, sesetengah nama mukim/pekan juga terdapat awalan kampung dan bandar (contoh rujukan). Jadi saya lebih cenderung untuk penamaan berikut:
- pekan/bandar/bandar raya:
Batu PahatdanJohor Bahru; untuk Pekan, mungkinPekan (bandar)berbandingPekan, Pekan. - daerah:
Batu Pahat (daerah),Johor Bahrudan PekanPekan (daerah).
- pekan/bandar/bandar raya:
- Contoh lain yang mungkin berlaku di daerah Batu Pahat ialah terdapat kampung dan mukim yang bernama Kampung Bahru. Jadi cadangan tambahan saya ialah
- mukim:
Kampung Bahru (mukim Batu Pahat) - kampung:
Kampung Bahru, Batu PahatatauKampung Bahru (kampung Batu Pahat)26 Ramadan (bincang) 01:25, 1 November 2025 (UTC)
- Jika dibaca, cadangan ini tak terpakai untuk bandar atau bandar raya. Jadi, untuk bandar atau bandar raya, kekal judulnya tanpa ada (bandar) atau nama daerah.
Cadangan ini untuk mukim dan pekan, serta daerah sahaja, kerana saya melihat rencana mukim tidak dikembangkan di Wikipedia bahasa melayu disebabkan budaya Malaysia yang tidak menamakan mukim dalam perbualan, hanya untuk pembahagian tanah sahaja. Jadi, misalnya, berdasarkan PDF yang diberikan, Bandar Ayer Hitam di daerah Batu Pahat, kekal judulnya Ayer Hitam. Sementara Mukim Ayer Hitam di daerah Muar, dinamakan Ayer Hitam, Muar dan Pekan Ayer Hitam di daerah Kubang Pasu, dinamakan Ayer Hitam, Kubang Pasu.
Untuk contoh Mukim Kampung Bahru di daerah Batu Pahat, dinamakan Kampung Bahru, Batu Pahat, secara tak langsung kita akan tahu bahawa itu ialah nama mukim. manakala kalau ada Kampung Bahru dalam mukim Kampung Bahru, akan dinamakan sebagai Kampung, Bahru, Kampung Bahru, Batu Pahat. Pada awalnya mungkin dilihat kurang cantik penyusunannya, tetapi bila melihat gambaran lebih luas dan dibudayakan untuk tempat-tempat lain dalam Wikipedia Bahasa Melayu, ia akan menjadi kebiasaan dan mengurangkan pertindihan-pertindihan akan datang.
Penamaan rencana dengan menambah kurungan seperti cadangan @26 Ramadan sebenarnya yang saya ingin elakkan. Rulwarih 05:39, 1 November 2025 (UTC)
- mukim:








