Gajet Wikipedia merupakan cebisan JavaScript dan/atau CSS yang boleh dibolehkan dengan hanya menandaraitkan pilihan di dalam keutamaan Wikipedia anda. Kefungsian gajet disediakan oleh sambungan Extension:Gadgets MediaWiki.
Pemasangan
Para penyelia dapat memasang gajet selepas perbincangan di Wikipedia:Gajet/usulan melalui cara-cara berikut:
- Tambah pengepala di bawah dan kod skrip kepada MediaWiki:Gadget-namaskrip.js
- Atau tambah pengepala di bawah dan kod CSS kepada MediaWiki:Gadget-namaskrip.css
- Tambah huraiaan skrip kepada MediaWiki:Gadget-namaskrip. Sila pautkan ke laman skrip serta/atau halaman bantuan dan nyatakan keperluan pelayar jika perlu.
- Tambah kepada MediaWiki:Gadgets-definition dibawah judul yang sesuai
* namaskrip|namaskrip.js[|namaskrip.css|skriplain.js|...]
- Kemas kinikan jadual gajet yang telah dipasang di bawah
Gajet tersebut sepatutnya sudah boleh dilihat di Khas:Gajet.
Ulasan
Ulasan atau amaran boleh ditambah ke templat huraian gajet dalam dua cara:
- tag noinclude (dapat dilihat pada laman huraian beserta pautan-pautan):
<noinclude> ulasan </noinclude>
- Ulasan HTML (hanya dapat dilihat dalam laman sumber):
<!-- ulasan -->
Ulasan-ulasan yang ditambah menerusi cara ini akan sendirinya dibuang semasa proses penciptaan laman.
Pengepala
Pengepala berikut perlu ditambahkan ke fail-fail gajet:
/* ____________________________________________________________________________________ * | | * | === AMARAN: FAIL GAJET SEJAGAT === | * | Perubahan ke laman ini memberi kesan kepada ramai pengguna. | * | Sila bincang perubahan di laman perbincangan atau [[WT:Gajet]] sebelum menyunting. | * |____________________________________________________________________________________| * * Diimport daripada versi XXXX pada TARIKH daripada [[SUMBER_SKRIP]] * HURAIAN_RINGKAS, lihat [[LAMAN_SKRIP]] */
Gajet-gajet yang sekarang ini telah dipasang
Nama | Fungsi | Skrip: Laman, Sumber, Penyenggara |
Gajet: Versi, Huraian, Skrip, CSS |
---|---|---|---|
MenuKedaiKopi | Tambah menu runtuh yang mengadungi sub-sub kedai kopi pada pautan Kedai Kopi pada panel kiri. | Pengguna:Kurniasan | September 2009 MediaWiki:Gadget-MenuKedaiKopi MediaWiki:Gadget-MenuKedaiKopi.js MediaWiki:Gadget-MenuKedaiKopi.css |