Di sini, kita menentukan yang mana satu rencana bakal dipaparkan sebagai rencana pilihan. Rencana pilihan perlu mempunyai karya Wikipedia yang terbaik. Sila lihat: Wikipedia:Apakah itu rencana pilihan? untuk kriterianya. Jika anda mencalonkan rencana, anda dijangka akan menjawab segala bantahan yang dikemukakan. Jika anda mencalonkan rencana yang anda telah mengerjakannya, sila catatkannya sebagai pencalonan diri. Anda boleh mencalonkan rencana melebihi dari dua. Jika anda hendak menerima maklum balas sebelum mencalonnya, sila senaraikan cadangan anda dalam Wikipedia:Ulasan sebaya. Jangan mencalonkan rencana melainkan sekiranya anda benar-benar mahu komuniti Wikipedia mempertimbangkannya. Persetujuan mestilah diperoleh sebelum sesebuah rencana boleh diiktiraf sebagai rencana pilihan. Jika masa yang agak panjang berlalu tanpa penyelesaian iaitu bantahan, pencalonan itu akan dialihkan daripada senarai calon dan diarkibkan. Lihat juga Wikipedia:Calon gambar pilihan. |
Navigasi Kandungan pilihan: Alatan rencana pilihan:
Sebelum membuat pencalonan rencana pilihan: Arkib:
|
Tatacara pencalonan
Penyokongan dan pembantahan
Salin kod dibawah dan tampal pada laman pencalonan yang anda cipta (cth:Wikipedia:Calon rencana pilihan/Fairy Tail/arkib1) <!-- Untuk pemohon --> ===[[Nama Rencana]]=== <noinclude>{{pagelinks|Nama rencana}}</noinclude> :<small>''Pencalon: {{user3|Nama pengguna anda}} ~~~~~''</small> <!-- Jangan bubuh pautan --> Ringkasan berkenaan rencana pilihan anda faham. Komen anda (pilihan). ~~~~ <!-- Untuk pengulas --> *'''Bantah''' Komen bantahan anda disini. ~~~~ *'''Sokong''' Komen sokongan anda disini. ~~~~ *'''Komen''' Berikan komen yang membina. ~~~~ |
Pencalonan rencana pilihan terkini
Letakkan permohonan {{Wikipedia:Calon rencana pilihan/nama rencana yang dicalonkan/arkibNombor}}
yang anda cipta disini.
- Pencalon: 26 Ramadan (bincang · sumbangan · log) 10:41, 17 Disember 2024 (UTC)
Roekiah ialah seorang pelakon filem dan penyanyi keroncong Indonesia. Anak perempuan kepada pasangan penghibur pentas, beliau memulakan kerjaya hiburannya pada usia tujuh tahun; menjelang tahun 1932, beliau menjadi terkenal di Batavia, Hindia Belanda (kini Jakarta, Indonesia) sebagai seorang penyanyi dan pelakon pentas. Ketika itu, Roekiah bertemu dengan Kartolo, yang dikahwininya pada tahun 1934. Pasangan ini berlakon dalam filem Terang Boelan (1937); dalam filem tersebut, Roekiah dan Rd Mochtar memegang peranan sebagai sepasang kekasih. Setelah filem tersebut memperoleh kejayaan komersial, Roekiah, Kartolo, dan sebahagian besar pelakon dan kru Terang Boelan telah menandatangani kontrak dengan studio penerbitan Tan's Film. Filem pertama Roekiah bersama-sama dengan studio itu ialah Fatima (1938).
Roekiah dan Mochtar berlakon bersama-sama dalam dua filem lagi sebelum Mochtar meninggalkan Tan's Film pada tahun 1940; melalui filem-filem itu, Roekiah dan Mochtar menjadi pasangan layar perak pertama di Hindia Belanda. Pengganti Mochtar, Rd Djoemala berlakon bersama Roekiah dalam empat filem, meskipun filem-filem tersebut kurang berjaya. Setelah Jepun menduduki Hindia Belanda pada tahun 1942, Roekiah hanya berlakon satu lagi filem sebelum kematiannya; sebahagian besar waktunya digunakan bagi menghiburkan anggota tentera Jepun.
Komen: Saya lihat rencana ini telah dikarang dengan baik, majoritinya atas hasil pengguna @Fandi89:. Jadi tidak salah kalau ia dicalonkan sebagai rencana pilihan. 26 Ramadan (bincang) 10:41, 17 Disember 2024 (UTC)
- Sokong sebagai pencalon – 26 Ramadan (bincang) 10:41, 17 Disember 2024 (UTC)
- Sokong untuk dijadikan rencana pilihan. Bawa untuk Januari 2025. Zahirul Nukman 21:13, 25 Disember 2024 (UTC)
- Sokong sebagai pencalon. – Fandi89 (bincang) 04:35, 26 Disember 2024 (UTC)
Pencalonan rencana pilihan terdahulu
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)
- Pencalon: Wiki Farazi (bincang · sumbangan · log) 7:59 (MST), 27 Mac 2023
Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan ialah sebuah filem biografi epik sejarah Malaysia 2022 arahan Syamsul Yusof (gambar) dengan skrip oleh Syamsul dan Shahruddin Mt Dali terbitan Studio Kembara. Dibintangi oleh Adi Putra sebagai watak tajuk, filem ini diilhamkan dari tokoh epik sejarah Malaysia, Mat Kilau. Ia mengisahkan tentang Mat Kilau bersama dengan ayahandanya, Tok Gajah dan sahabatnya berjuang bermati-matian menentang penjajahan British satu ketika dahulu. Beto Kusyairy, Fattah Amin, Yayan Ruhian dan Johan As'ari menjayakan watak sebagai pelakon pembantu.
Idea untuk mengarahkan filem ini mula diutarakan oleh Syamsul pada 2017 setelah menerima tawaran daripada Studio Kembara untuk menghasilkan filem ini selepas pengarah terdahulu menarik diri. Penggambaran dijalankan di Perak, Pahang, Melaka dan Selangor selama 100 hari pada 2018 dengan kos pembikinan sebanyak RM8 juta. Filem ini telah ditayangkan di pawagam seluruh negara, Singapura dan Brunei pada 23 Jun 2022.
Filem Mat Kilau menerima ulasan yang sangat positif dari penonton, dan telah meraih kutipan tertinggi sebanyak RM97 juta hanya dalam tempoh 40 hari ditayangkan, menjadikannya filem dengan kutipan tertinggi di Malaysia (termasuk filem-filem tempatan dan antarabangsa) bagi tahun 2022 sekaligus mengatasi Avengers: Endgame (2019, dengan kutipan RM87.5 juta) sebagai filem dengan kutipan tertinggi keseluruhan dalam sejarah tayangan pawagam Malaysia, di samping mengatasi rekod Munafik 2 (2018, dengan kutipan RM48 juta), juga arahan Syamsul sendiri, sebagai filem tempatan paling laris.
- Sokong sebagai pencalon — Wiki Farazi bincang 12:03, 27 Mac 2023 (UTC)
- Pencalon: 26 Ramadan (bincang · sumbangan · log) 04:25, 12 Februari 2023 (UTC)
Takungan Abberton ialah takungan simpanan air tawar yang dipam di timur England berhampiran pantai Essex, dengan keluasan 700 hektar (1,700 ekar). Kebanyakan airnya dipam masuk dari sungai Stour. Dibina antara tahun 1935 dan 1939, takungan ini dimiliki dan diuruskan oleh Essex and Suffolk Water dan terletak 6 km (3.7 bt) dari barat daya Colchester. Semasa Perang Dunia II, Takungan Abberton dipasang dengan periuk api laut untuk menghalang pencerobohan kapal terbang laut, dan ia digunakan oleh Skuadron No. 617 Tentera Udara Diraja British ("The Dam Busters") untuk latihan bagi pengeboman empangan-empangan Jerman di Ruhr. Satu projek bagi meningkatkan kapasiti Takungan Abberton kepada 41,000 megaliter (9.0×109 imp gal) telah disiapkan pada tahun 2013, bersama-sama dengan sambungan baharu untuk memindahkan air dari sungai Ouse di Norfolk ke Stour. Takungan air ini penting untuk pembiakan burung dendang air, langkau sejuk serta penyalinan bulu bagi unggas air dan burung hijrah. Takungan ini juga merupakan tanah bencah yang penting di peringkat antarabangsa yang ditetapkan sebagai tapak Ramsar, Tapak Kepentingan Saintifik Khas dan Kawasan Perlindungan Khas serta disenaraikan dalam karya A Nature Conservation Review. Sebahagian kecil tapak ini diuruskan oleh Amanah Hidupan Liar Essex.
- Komen: Pencalonan kali pertama. Adalah amat dialu-alukan kepada sesiapa ingin membirukan pautan yang masih merah di dalam rencana tersebut. 26 Ramadan (bincang) 04:25, 12 Februari 2023 (UTC)
- Saya sudah maklumkan pada SNN95 untuk menaikkan rencana ini bagi bulan Mac. Ricky250 (bincang) 16:24, 27 Februari 2023 (UTC)
- Sokong: Meow Besar sokong. - Ricky250 (bincang) 06:59, 23 Februari 2023 (UTC)
- Sokong: Menarik. -Izington (bincang) 11:04, 23 Februari 2023 (UTC)
- Sokong: Saya sokong. -Muhammad Aliff1999 (bincang) 15:06, 23 Februari 2023 (UTC)
- Sokong: Ya. - Malsazej (bincang) 09:25, 24 Februari 2023 (UTC)
- Sokong: Bagus Wiki Farazi bincang 01:23, 28 Februari 2023 (UTC)
- ' ' ' sokong ' ' ' Fakhrul ort (bincang) 12:54, 2 Julai 2023 (UTC)
- Pencalon: Ricky250 (bincang · sumbangan) 09:34, 23 Februari 2023 (UTC)
Mohd Safee bin Mohd Sali (lahir 29 Januari 1984) ialah seorang bekas pemain bola sepak profesional Malaysia. Safee dianggap antara penyerang terbaik di Asia Tenggara ketika beliau di kemuncak prestasinya suatu ketika dahulu.
Pada 27 April 2011, beliau memenangi Anugerah Atlit Lelaki Paling Disukai di dalam satu undian oleh Astro Arena, saluran sukan Malaysia yang pertama.
Safee dikenali sebagai penyerang terbaik Malaysia semasa generasinya dan juga dibandingkan dengan legenda Allahyarham Mokhtar Dahari. Raja Bola Malaysia, Datuk Abdul Gahni Minhat juga menganggap Safee penyerang terbaik di Malaysia di samping bermain secara profesional di luar Malaysia.
- Komen: Pencalonan untuk Februari sempena persaraan Safee Sali. Ricky250 (bincang) 09:34, 23 Februari 2023 (UTC)
- Sokong: Saya sokong dengan rencana ni. - Malsazej (bincang) 09:27, 24 Februari 2023 (UTC)
- Sokong 26 Ramadan (bincang) 08:53, 25 Februari 2023 (UTC)
- Sokong Muhammad Aliff1999 (bincang) 15:52, 26 Februari 2023 (UTC)
- Sokong Izington (bincang) 16:08, 26 Februari 2023 (UTC)
Banjir Malaysia 2021–2022 (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)
- Pencalon: Wiki Farazi (bincang · sumbangan · log) 1:51 (WPM); 8 Julai 2023
Banjir Malaysia 2021–2022 merupakan kejadian banjir yang melanda kawasan Semenanjung Malaysia pada Disember 2021. Banjir ini berlaku susulan hujan lebat berterusan di kebanyakan kawasan Semenanjung Malaysia berikutan lalunya sebuah lekukan tropika (nama rasmi Lekukan Tropika 29W) yang merentasi semenanjung dari Laut Cina Selatan. Di samping musim monsun serta kejadian air pasang, banjir mula terbit di beberapa negeri, secara ketaranya di kawasan Lembah Klang dan Pantai Timur.
Banjir di Lembah Klang merupakan banjir yang paling ketara memandangkan Lembah Klang lazimnya tidak menerima masalah banjir akibat monsun seperti kawasan Pantai Timur. Hal ini menyebabkan puluhan ribu orang awam terpaksa dipindahkan. Setakat 21 Disember, sekurang-kurangnya 19 orang terkorban dengan beberapa orang hilang. Sifat banjir ini yang tidak terjangka, terutamanya di Lembah Klang disifatkan sebagai antara banjir-banjir terburuk dalam sejarah Malaysia moden, dan digelarkan sebagai "banjir seratus tahun" oleh pihak kerajaan.
Banjir ini mencetuskan darurat kemanusiaan yang besar yang dipikul melalui kerjasama daripada pihak kerajaan dan orang awam. Walau bagaimanapun, tindakan kerajaan yang dilihat sambilewa, berat sebelah dan narsisistik mendatangkan kritikan pelbagai pihak. Respons yang lambat dan huru-hara ini telah membuka ruang kepada berlakunya kegiatan jenayah seperti penjarahan kedai barangan. Sementara itu, golongan pakar mengutarakan kejadian ini sebagai suatu cuaca ekstrem akibat perubahan iklim dunia yang semakin menjadi-jadi.
- Sokong sebagai pencalon — Wiki Farazi bincang 05:55, 8 Julai 2023 (UTC)
Komtar (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)
- Pencalon: Fandi89 (bincang · sumbangan) 06:18, 30 Jun 2024 (UTC)
Kompleks Tun Abdul Razak (singkatan Komtar), juga dikenali sebagai Kompleks Angkasa Perdana, ialah sebuah kompleks sivik di George Town, Pulau Pinang. Selepas kesiapan pembangunan Menara Komtar pada tahun 1985, menara tersebut yang berketinggian 231.7 meter (760 ka) merupakan bangunan tertinggi di Asia dan di Asia Tenggara sehingga tahun 1986. Selain Menara Komtar, kompleks ini juga termasuk sebuah hotel, empat pusat membeli-belah, sebuah taman luar bandar dan pusat pengangkutan bas dan keretapi. Kompleks ini mengandungi pejabat yang berkeluasan 1,420,000 kaki persegi (132,000 m2) dan ruang komersial di atas blok bandar seluas 27-ekar (11 he). Komtar kini merupakan ibu pejabat pentadbiran kerajaan negeri Pulau Pinang dan ketua menteri Pulau Pinang.
Kompleks utama dibina selama 12 tahun, dari tahun 1974 hingga tahun 1986 dengan kos pembangunan sebanyak RM279.5 juta (bersamaan RM642.5 juta pada 2023). Sebelum itu, rancangan untuk membina sebuah kompleks sivik dan komersial di pusat bandar George Town sudah mula dicadangkan oleh kerajaan Pulau Pinang pada tahun 1962. Projek ini telah diluluskan pada tahun 1969 oleh ketua menteri Lim Chong Eu. Projek ini diluaskan pada tahun 1971 dan dilaksanakan oleh Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang pada tahun 1972. Kompleks bersifat brutalis ini direka oleh arkitek Lim Chong Keat, dan dipisah kepada lima fasa pembangunan, walaupun hanya dua fasa disiap dalam bentuk asalnya. Tiga fasa lain kemudiannya dibina dalam tempoh berasingan antara tahun 1996 hingga tahun 2019. Pengubahsuaian kompleks utama pada tahun 2015 bertambah ketinggian Menara Komtar kepada 249 meter (817 ka).
Sambutan pembinaan Komtar bercampur-campur. Kompleks itu dilihat mendahululi zamannya dan disifatkan sebagan sebuah "bandar dalam bandar", dan merupakan projek pembaharuan semula bandar yang terbesar dalam sejarah pembangunan Malaysia. Walau bagaimanapun, Komtar akhirnya gagal mencapai matlamatnya. Ia juga menjadi sebuah projek kontroversial kerana proses pembangunan Komtar telah melibatkan pemindahan besar-besaran penduduk bandar dan telah menyebabkan pecerobohan sebahagian besar pekan lama bandar George Town. Oleh itu, Komtar membawa kepada kebangkitan pembangkang yang secara tidak langsung mencipta gerakan pemeliharaan warisan di Pulau Pinang. Pada tahun-tahun kemudiannya, Komtar dicabar oleh masalah pemeliharaan dan infrastruktur yang usang akibat penyelenggaraan yang tidak mencukupi. Tetapi, Komtar masih melambangkan kemakmuran Pulau Pinang sebagai pusat perkilangan dan merupakan salah satu mercu tanda George Town yang paling diiktiraf. Ia juga dipuji sebagai "antara simbol negara hebat yang terakhir pada tahun 1970-an".
- Sokong sebagai pencalon – Fandi89 (bincang) 06:18, 30 Jun 2024 (UTC)
- Setuju - memandangkan tiada lagi rencana pilihan bulanan ini --Wiki Farazi bincang 01:52, 6 Julai 2024 (UTC)
Istana Darussalam (sunting|bincang|sejarah|laman dipaut|pantau|log)
- Pencalon: Zahirulnukman (bincang · sumbangan · log) 00:46, 15 Julai 2024 (UTC)
Istana Darussalam ialah bekas kediaman rasmi Sultan Omar Ali Saifuddien III dan tempat kelahiran Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah. Istana ini terletak di Jalan Darussalam, Sumbiling Lama, Daerah Brunei-Muara, Brunei. Bangunan ini menjadi tarikan pelancong dan kini di bawah perlindungan Akta Barang-Barang Purbakala dan Harta Terpendam, 1967.
- Komen: Pencalonan untuk Ogos. Zahirul Nukman 00:46, 15 Julai 2024 (UTC)
- Sokong: Bagus. Muhammad Aliff1999 09:39, 21 Julai 2024 (UTC)
- Sokong Boleh dikembangkan lagi kelak Wiki Farazi bincang 15:18, 25 Julai 2024 (UTC)
- Pencalon: Zahirulnukman (bincang · sumbangan · log) 05:41, 15 Ogos 2024 (UTC)
Pulau Ubin ialah sebuah pulau yang terletak di timur laut Singapura, di barat Pulau Tekong yang kaya dengan sejarah, batuan granit, dan hidupan yang masih dipelihara. Kegiatan kuari batu-batu granit pernah diusahakan oleh beberapa ribu penduduk di pulau ini pada 1960-an. Pulau ini juga ialah satu daripada kawasan terakhir di Singapura yang masih terpelihara daripada pembangunan bandar, bangunan konkrit dan jalan bertar.
Ia dipulihara sebagai tempat pembiakan dan pemeliharaan enggang belulang (Anthracoceros albirostris) yang sebelum ini pupus di Singapura tetapi telah kembali semula secara alami. Selain itu, projek memantau populasi kuda laut biasa (Hippocampus kuda) dan unduk-unduk buaya (Syngnathoides biaculeatus) turut dijalankan di sini.
Saya mencadangkan tempat di Singapura sebagai rencana pilihan untuk September tahun ini. Zahirul Nukman 05:41, 15 Ogos 2024 (UTC)
- Sokong - ada beberapa lagi rencana perlu dibirukan lagi, kita boleh usahakan Wiki Farazi bincang 23:07, 30 Ogos 2024 (UTC)