Wan Kharizal Wan Khazim | |
---|---|
Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Perdana Menteri | Anwar Ibrahim |
Menteri | Mohamad Sabu |
Dalam jawatan 2019–2020 | |
Perdana Menteri | Mahathir Mohamad |
Menteri | Salahuddin Ayub |
Pengerusi AMANAH Perlis | |
Menyandang jawatan 2015 | |
Didahului oleh | Penyandang sulung |
Maklumat peribadi | |
Parti politik | (2015-kini) (-2015) |
Wan Kharizal Wan Khazim ialah seorang ahli politik Malaysia dari Parti Amanah Negara. Di peringkat parti, beliau merupakan pengasas dan pengerusi AMANAH negeri Perlis. Sebelum terlibat dalam AMANAH, beliau aktif dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan kemudiannya menggerakkan Gerakan Harapan Baru (GHB) di Perlis. Beliau pernah bertanding dalam beberapa pilihan raya umum namun tewas. Semasa Malaysia di bawah pemerintahan Pakatan Harapan, beliau telah dilantik sebagai Ahli Jemaah Pengarah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS)[1].
Penglibatan dalam pilihan raya
Tahun | Kawasan | Nama | Parti | Undian | Nama | Parti | Undian | Majoriti |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | N.3 - Chuping | Wan Kharizal Wan Khazim | PAS | 2,496 | Yazid Mat | UMNO | 3,756 | 1,260 |
2004 | P.1 - Padang Besar | Wan Kharizal Wan Khazim | PAS | 9,058 | Azmi Khalid | UMNO | 18,323 | 9,265 |
2008 | N.4 - Mata Ayer | Wan Kharizal Wan Khazim | PAS | 1,437 | Khairi Hasan | UMNO | 3,059 | 1,622 |
2013 | N.2 - Beseri | Wan Kharizal Wan Khazim | PAS | 3,096 | Mat Rawi Kassim | UMNO | 3,636 | 540 |
2018 | N.2 - Beseri | Wan Kharizal Wan Khazim | Amanah | 2463 | Ruzaini Rais | UMNO | 2879 | 416 |
Azamhari Mohamood | PAS | 1523 |
Rujukan
- ^ Harits Asyraf Hasnan (23 Januari 2019). "Lantikan politik terajui NAFAS, ini jawab menteri". Astro Awani. Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-01-26. Dicapai pada 6 Julai 2021.
- ^ "Keputusan pilihan raya umum Malaysia". Suruhanjaya Pilihan Raya. Dicapai pada 6 Julai 2021.