"Waiting Outside the Lines" ialah single sulung oleh penyanyi Amerika Syarikat, Greyson Chance. Lagu ini ditulis oleh Aaron Michael Cox dan diterbitkan oleh Da Internz dan Ron Fair.[1] Ia dikeluarkan secara eksklusif di iTunes pada 26 Oktober 2010. Single CD kemudiannya dikeluarkan pada 14 Disember 2010 di bawah eleveneleven, Maverick Records, dan Geffen Records. Ia juga mengandungi versi studio lagu dari Lady Gaga and Augustana. Adunan semula rasmi lagu ini menampilkan vokal daripada penyanyi Filipina, Charice.