Vijay விஜய் | |
---|---|
![]() Vijay pada tahun 2018 | |
Presiden Tamilaga Vettri Kazhagam | |
Menyandang jawatan 02 Februari 2024 | |
Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Joseph Vijay Chandrasekhar 22 Jun 1974 ![]() |
Parti politik | Tamilaga Vettri Kazhagam (2024–sekarang) |
Pasangan | Sangeeta (k. 1999) |
Anak | 2 |
Ibu bapa |
|
Kediaman | Chennai, Tamil Nadu, India |
Pekerjaan |
|
Joseph Vijay Chandrasekhar (Bahasa Tamil: விஜய், lahir 22 Jun 1974), dikenali secara profesional sebagai Vijay, ialah seorang pelakon, penyanyi latar dan ahli politik India yang bergiat aktif dalam sinema Tamil. Dalam kerjaya yang menjangkau lebih tiga dekad, Vijay telah berlakon dalam 68 filem dan merupakan salah seorang pelakon paling berjaya secara komersial dalam sinema Tamil dengan pelbagai filem yang tersenarai antara filem Tamil dengan kutipan tertinggi sepanjang zaman serta termasuk dalam kalangan pelakon dengan bayaran tertinggi di India. Beliau telah memenangi beberapa anugerah sebagai pelakon. Dikenali sebagai "Thalapathy" (terj. Panglima), Vijay mempunyai pengikut peminat yang sangat besar.
Dilahirkan di Madras kepada pengarah S. A. Chandrasekhar, Vijay memulakan kerjayanya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem Tamil Vetri (1984). Selepas beberapa peranan sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem arahan bapanya, beliau memainkan watak utama pertamanya dalam filem Naalaiya Theerpu (1992) pada usia 18 tahun. Vijay terus membintangi peranan utama selama beberapa tahun berikutnya dengan filem-filem terkenal termasuk Poove Unakkaga (1996), Love Today (1997), Kadhalukku Mariyadhai (1997), Thullatha Manamum Thullum (1999) dan Kushi (2000). Pada tahun 1998, beliau dianugerahkan Kalaimamani oleh Kerajaan Tamil Nadu atas lakonannya dalam Kadhalukku Mariyadhai.
Pada tahun 2004, beliau membintangi filem aksi-masala pecah panggung Ghilli, dan dengan kejayaan seterusnya dalam Thirupaachi (2005) dan Pokkiri (2007), beliau berjaya mengukuhkan dirinya sebagai salah seorang pelakon utama dan paling berjaya secara komersial dalam sinema Tamil. Selepas melalui tempoh kejayaan sederhana, Vijay membintangi beberapa filem yang berjaya dari segi kritikal dan komersial sejak awal 2010-an termasuk Thuppakki (2012), Kaththi (2014), Mersal (2017), Sarkar (2018), Master (2021), Beast (2022), Leo (2023) dan filem kedua terakhir beliau, The Greatest of All Time (2024).
Pada Februari 2024, Vijay mengumumkan persaraannya daripada dunia perfileman dan penglibatan rasminya dalam arena politik dengan pelancaran parti politiknya yang dikenali sebagai Tamilaga Vettri Kazhagam.
Kehidupan awal dan keluarga
Joseph Vijay Chandrasekhar dilahirkan pada 22 Jun 1974 di Madras, Tamil Nadu (kini Chennai).[1][2] Bapanya, S. A. Chandrasekhar, merupakan seorang pengarah filem dan ibunya, Shoba Chandrasekhar ialah seorang penyanyi dan vokalis main balik.[3] Bapanya berketurunan Kristian dan ibunya seorang Hindu.[4][5] Vijay mempunyai seorang kakak, Vidhya, yang meninggal dunia ketika beliau berusia dua tahun.[6] Vijay bersekolah pada mulanya di sekolah Fathima, Kodambakkam dan kemudian di sekolah Balalok, Virugambakkam.[7][8] Beliau melanjutkan pelajaran ijazah sarjana muda dalam komunikasi visual dari Kolej Loyola.[9]
Kerjaya filem
1984–2003: Debut dan peralihan kepada watak utama

Pada usia 10 tahun, Vijay membuat penampilan sulungnya sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem berbahasa Tamil Vetri, yang diterbitkan oleh P. S. Veerappa pada tahun 1984.[10] Beliau kemudiannya muncul sebagai pelakon kanak-kanak dalam filem-filem seperti Kudumbam (1984), Vasantha Raagam (1986), Sattam Oru Vilayaattu (1987) dan Ithu Engal Neethi (1988). Beliau juga memegang watak sokongan bersama Rajinikanth dalam filem Naan Sigappu Manithan (1985), yang diarahkan oleh bapanya.[11]

Vijay memegang watak utama buat kali pertama dalam filem Naalaiya Theerpu pada usia 18 tahun, pada tahun 1992.[12] Beliau kemudian muncul dalam filem-filem seperti Senthoorapandi, Rasigan, Deva dan Coimbatore Mappillai, yang kesemuanya berjaya di pasaran.[13][14] Pada tahun 1996, Vijay membintangi Poove Unakkaga arahan Vikraman, yang menurutnya memberikan beliau kejayaan dan populariti awal.[15] Pada tahun 1997, beliau membintangi filem Kaalamellam Kaathiruppen dan Love Today.[16][17]
Selepas itu, beliau membintangi beberapa filem yang berjaya secara komersial seperti Nerrukku Ner, Kadhalukku Mariyadhai, Ninaithen Vandhai, Priyamudan dan Thullatha Manamum Thullum.[18][19] Pada tahun 1999, beliau membintangi filem Endrendrum Kadhal, Nenjinile, dan Minsara Kanna.[20] Pada tahun 2000, beliau membintangi filem yang mendapat pujian kritis, Kannukkul Nilavu, iaitu filem ke-25 beliau, serta filem romantik yang berjaya di pasaran, Kushi dan Priyamaanavale.[18] Pada tahun 2001, beliau mencatatkan tiga kejayaan box office berturut-turut menerusi filem Friends, Badri dan Shahjahan sebelum membintangi filem aksi Thamizhan bersama Priyanka Chopra pada tahun 2002.[21] Pada tahun yang sama, beliau muncul dalam filem romantik Youth dan filem aksi Bagavathi.[22] Vijay memulakan tahun 2003 dengan filem Vaseegara dan Pudhiya Geethai.[23]
2003–11: Pelakon yang Dikenali
Pada tahun 2003, selepas filem aksi romantik Thirumalai, Vijay membintangi filem Ghilli arahan S. Dharani, bersama Trisha dan Prakash Raj.[24] Filem ini menjadi kejayaan komersial dan menjadi filem Tamil pertama yang meraih lebih ₹500 juta di box office domestik serta memecahkan rekod penonton terbanyak dalam minggu pertama tayangan, mengatasi rekod sebelumnya oleh filem M. G. Ramachandran Adimai Penn (1969).[25][26][27]
Selepas itu, beliau membintangi Madhurey dan Thirupaachi pada tahun 2005.[28] Beliau seterusnya berlakon dalam filem yang berjaya secara komersial seperti Sachein, Sivakasi, dan Pokkiri.[28] Pokkiri menjadi salah satu filem dengan kutipan tertinggi dalam kerjaya beliau ketika itu.[29]

Pada akhir tahun 2007, Vijay membintangi filem romantik thriller Azhagiya Tamil Magan, di mana beliau memegang watak berganda buat kali pertama dalam kerjayanya, sebagai protagonis dan antagonis.[30] Filem ini berjaya secara komersial di luar negara.[31][32]
Kecuali filem yang berjaya secara komersial Kuruvi (2008)[33][34] dan Vettaikaaran (2009), filem-filem seterusnya seperti Azhagiya Tamil Magan dan Villu hanya mencapai kejayaan sederhana di box office tempatan namun lebih berjaya di luar negara.[35][36][37] Vijay terus menjadi salah seorang pelakon dengan bayaran tertinggi walaupun kejayaan filem beliau ketika itu sederhana.[38]
Pada tahun 2010, beliau berlakon dalam filem aksi komedi Sura, yang merupakan filem ke-50 beliau sebagai pelakon.[39][40]
Pada awal 2011, Vijay membintangi filem komedi romantik Kaavalan arahan Siddique yang mendapat sambutan positif dan kutipan sebanyak ₹102 crore di seluruh dunia.[41][42] Filem ini ditayangkan di Festival Filem Antarabangsa Shanghai di China.[43] Kaavalan turut berjaya secara komersial di China.[44]
Filem seterusnya ialah filem aksi Velayudham, arahan M. Raja yang ditayangkan semasa Diwali dan menjadi antara filem dengan kutipan tertinggi tahun 2011.[25] Filem ini juga menerima kejayaan kritikal di luar negara.[45]
2012–2022: Kejayaan Komersial dan Kemunculan Sebagai Bintang

Pada tahun 2012, Vijay membintangi filem yang berjaya secara komersial, Nanban, sebuah olahan semula kepada filem Hindi popular 3 Idiots.[46][47] Kemudian pada tahun yang sama, beliau membintangi filem aksi thriller Thuppakki arahan A. R. Murugadoss.[48] Filem ini menjadi filem Tamil ketiga yang meraih lebih daripada ₹100 crore secara domestik dan menjadi filem Vijay yang paling berjaya ketika itu dengan kutipan melebihi ₹121 crore.[49]
Filem seterusnya ialah Thalaivaa arahan A. L. Vijay, yang ditayangkan pada Ogos 2013 dengan ulasan bercampur.[50] Pada tahun 2014, beliau membintangi Jilla yang menjadi filem pecah panggung.[51]
Vijay kemudiannya membintangi filem aksi thriller Kaththi, di mana beliau melakonkan dua watak. Filem ini menerima ulasan positif dan mengutip ₹130 crore, menjadi antara filem Tamil dengan kutipan tertinggi pada tahun 2014.[52]
Pada tahun 2015, beliau membintangi filem fantasi Puli arahan Chimbu Deven yang menerima ulasan bercampur dan kurang memberangsangkan daripada pengkritik,[53] namun tetap menjadi salah satu filem dengan kutipan tertinggi pada tahun itu.[54]
Pada April 2016, filem aksi thriller Theri arahan Atlee ditayangkan dan menerima ulasan bercampur.[55] Ia menjadi filem Tamil kedua dengan kutipan tertinggi tahun itu, melebihi ₹170 crore.
Pada tahun 2017, filem masala Bairavaa ditayangkan dan sekali lagi menerima ulasan bercampur.[56] Filem aksi thriller Mersal yang ditayangkan pada tahun yang sama menjadi kejayaan besar, dan merupakan filem pertama Vijay yang mengutip lebih daripada ₹250 crore.[52]
Filem tersebut memenangi anugerah Filem Bahasa Asing Terbaik di National Film Awards UK pada tahun 2018, dan Vijay dicalonkan bagi kategori pelakon pembantu terbaik.[57] Ia juga ditayangkan di Jepun, China, dan di Bucheon International Fantastic Film Festival di Korea Selatan.[58]
Pada tahun 2018, Vijay membintangi filem politik Sarkar yang berjaya memasuki Kelab 100 Crore dalam masa dua hari.[59] Filem ini ditayangkan di 80 negara dan menjadi filem kedua Vijay yang melepasi kutipan ₹250 crore.[60]
Beliau kemudian membintangi filem aksi sukan bola sepak Bigil pada tahun 2019, yang menerima ulasan bercampur tetapi mencatat kejayaan komersial, mengutip lebih daripada ₹300 crore.[61] Ia menjadi filem Tamil pertama ditayangkan di Mesir dan Jordan.[62]
Pada tahun 2021, beliau muncul dalam filem Master arahan Lokesh Kanagaraj, yang menerima ulasan bercampur hingga positif dan mengutip lebih ₹300 crore secara global.[63]
Filem seterusnya ialah filem aksi komedi gelap Beast yang mendapat ulasan bercampur tetapi tetap berjaya secara komersial dengan kutipan lebih ₹300 crore di seluruh dunia.[64] Ia turut menjadi antara filem paling banyak ditonton di Netflix secara global pada tahun 2022.[65]
2023–kini: Kejayaan yang berterusan
Pada tahun 2023, Vijay membintangi filem drama aksi Varisu yang diarahkan oleh Vamshi Paidipally.[66][67] Filem ini meraih kejayaan komersial dengan kutipan lebih daripada ₹300 crore di box office.[68][69]
Filem kedua beliau pada tahun yang sama ialah filem aksi thriller Leo.[70][71] Filem ini menerima ulasan bercampur daripada pengkritik, namun tetap meraih kejayaan komersial dan muncul sebagai salah satu filem India dengan kutipan tertinggi tahun itu, dengan kutipan lebih daripada ₹600 crore.[72][73]
Filem aksi fiksyen sains beliau seterusnya, The Greatest of All Time, juga menerima ulasan bercampur, namun berjaya memperoleh kutipan lebih ₹450 crore di pawagam.[74][75][76]
Pada Februari 2024, Vijay mengumumkan bahawa beliau hanya akan berlakon dalam satu lagi filem, iaitu filem ke-69 dan terakhir beliau sebagai pelakon utama, yang diberi judul Jana Nayagan.[77][78][79]
Kerjaya muzik
Vijay dianggap sebagai salah seorang penyanyi paling prolifik dalam kalangan pelakon Tamil.[80][81] Beliau telah menyanyi untuk ramai penggubah muzik terkenal seperti Ilaiyaraaja, Deva, Vidyasagar, Sirpy, Bharani, S. A. Rajkumar, Ramana Gogula, A. R. Rahman, Yuvan Shankar Raja, D. Imman, Devi Sri Prasad, Harris Jayaraj, G. V. Prakash Kumar, Anirudh Ravichander, Santhosh Narayanan dan Thaman S.[82][83]
Vijay memulakan kerjaya nyanyiannya dengan lagu "Bombay City Sukkha Rotti" (1994) dalam filem Rasigan. Selepas menyanyikan lagu ke-25 beliau "Vaadi Vaadi" (2005) dalam filem Sachein, Vijay mengambil rehat sementara daripada bidang nyanyian untuk menumpukan perhatian kepada lakonan. Namun, beliau kembali menyanyi dengan lagu "Google Google" dalam filem Thuppakki (2012). Beliau memenangi anugerah Lagu Kegemaran Tahun Ini di Anugerah Vijay menerusi persembahan lagu tersebut,[84] serta dicalonkan untuk Anugerah SIIMA bagi Penyanyi Latar Terbaik.[85]
Kerjaya politik
Pada tahun 2009, Vijay melancarkan kelab peminatnya, Vijay Makkal Iyakkam.[86][87] Organisasi itu menyokong pakatan AIADMK dalam pilihan raya DUN 2011.[88] Organisasi kelab peminat itu bertanding dalam pemilihan badan tempatan di Tamil Nadu pada Oktober 2021, memperoleh kemenangan di 115 daripada 169 kerusi yang dipertandingkan.[89] Pada 2 Februari 2024, Vijay mengumumkan pelancaran parti politiknya, Tamilaga Vettri Kazhagam.[90][91] Penganalisis politik mencadangkan bahawa parti TVK mungkin menjalani perluasan ke negeri lain di India.[92] Vijay menganggap Akta Pindaan Kewarganegaraan 2019 yang diluluskan oleh kerajaan BJP sebagai tidak boleh diterima kerana ia akan mengganggu keharmonian sosial agama negara.[93]
Rujukan
- ^ "Happy birthday Thalapathy! Check out some rare images of the Vijay". The New Indian Express. 22 Jun 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Oktober 2023. Dicapai pada 15 September 2023.
- ^ Manoj Kumar R (24 Jun 2022) [22 Jun 2022]. "'Thalapathy' Vijay, the last superstar of Tamil box office". The Indian Express. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Oktober 2022. Dicapai pada 27 Oktober 2022.
- ^ "Did you know Kizhakku Vasal fame S.A. Chandrasekhar was a director?". The Times of India. 28 November 2023. Dicapai pada 12 November 2022.
- ^ "About Vijay". Vikatan. 27 Disember 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2021. Dicapai pada 27 December 2021.
- ^ ""I was born as a Christian, my wife is a Hindu": Vijay's father SA Chandrasekhar responds to allegations". Keralakaumudi Daily. 21 Februari 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 Januari 2022. Dicapai pada 4 Januari 2022.
- ^ "Rare picture of Vijay with his sister". IndiaGlitz.com. 25 Februari 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Mei 2021. Dicapai pada 23 Disember 2020.
- ^ Vijay speaks about his childhood schooling in fathima matriculation school chennai. YouTube. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Disember 2021.
- ^ "Vijay | Which Celebrity belongs to your school/college?". Behindwoods. 23 April 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Disember 2017. Dicapai pada 28 Disember 2017.
- ^ "Top actors who studied in Loyola college". The Economic Times. 22 Mei 2023. Dicapai pada 1 Disember 2023.
- ^ "Vijay's First Salary as a Child actor in 1984 Revealed! it was 500 rupees". Ghost archive. 27 December 2021. Dicapai pada 27 December 2021.
- ^ Nair, Unni R. (10 June 2010). "Vijay in Rajnikanth film remake". The Indian Express. m/s. 1. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 February 2023. Dicapai pada 1 March 2021.
- ^ Manmadhan, Prema (23 November 2007). "Style of his own". The Hindu. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 June 2017.
- ^ "Rasigan success". Behindwoods. 16 February 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 June 2021. Dicapai pada 17 March 2021.
- ^ "successful Pongal releases for Vijay". Behindwoods. 3 January 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 February 2020. Dicapai pada 6 May 2021.
- ^ "Vijay blockbusters". Sify. 20 January 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 January 2005. Dicapai pada 24 April 2014.
- ^ "Kaalamellam Kaathiruppen – When Thalapathy Vijay played negative roles – Complete list here". Behindwoods. 22 October 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 June 2021. Dicapai pada 24 June 2021.
- ^ "Shajahan:2001". The Times of India. 17 June 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 February 2021. Dicapai pada 14 December 2020.
- ^ a b "Happy Birthday Vijay: 10 best films of Ilayathalapathy as a performer". India Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 5 August 2019. Dicapai pada 5 August 2019.
- ^ K.N., Vijiyan (27 June 1998). "Love story with a difference". Diarkibkan daripada yang asal pada 23 June 2021. Dicapai pada 23 June 2021.
- ^ "Master is blockbuster but can Vijay now step out of his comfort zone?". India Today. 16 January 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 May 2021. Dicapai pada 17 May 2021.
- ^ "'Thamizhan' was hit because of Vijay: Imman". CNN-IBN. 2 November 2012. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2023. Dicapai pada 10 December 2012.
- ^ "'Priyamanavale' to 'Pokkiri': Five superhit Tamil films of Vijay". The Times of India. 3 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 May 2021. Dicapai pada 25 November 2020.
- ^ R, Manoj Kumar (22 June 2021). "Vijay's impressive comic-timing in Vaseegara". The Indian Express. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2021. Dicapai pada 5 July 2021.
- ^ "Ghilli's record break". Indiaglitz.com. 24 Julai 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2013. Dicapai pada 10 Mei 2013.
- ^ a b Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaNair
- ^ "14 years of Vijay's Ghilli – Things you din't know about the blockbuster". Suryan FM. 17 April 2018. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Jun 2020. Dicapai pada 12 Jun 2020.
- ^ S, Srivatsan (8 Jun 2020). "When Janaki Sabesh and Ashish Vidyarthi had a 'Ghilli' reunion". The Hindu (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 11 April 2021. Dicapai pada 11 April 2021.
- ^ a b "'Love Today' to 'Vettaikaran': Ten times when Vijay delivered a super hit film with a debutant director". The Times of India. 17 Jun 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Feb 2021. Dicapai pada 25 Nov 2020.
- ^ "'Pokkiri' to 'Bairavaa': Five times when Vijay rocked the box office during Pongal". The Times of India. 11 Jan 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Sept 2021. Dicapai pada 29 Sept 2021. Check date values in:
|access-date=
dan|archive-date=
(bantuan) - ^ "When a star was his own villain!". The Times of India. 31 Ogos 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Nov 2022. Dicapai pada 12 Nov 2022.
- ^ "Azhagiya Tamizh Magan (2007)". Boxoffice mojo. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 Feb 2023. Dicapai pada 15 Mei 2019.
- ^ Wong, Silvia (5 Feb 2008). "Malaysian box office hits all-time high of $100m". Screen. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Dis 2021. Dicapai pada 6 Dis 2021.
- ^ "Vijay's 'Kavalkaran' rolling fast on floors". The New Indian Express. 23 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Jan 2022. Dicapai pada 7 Mei 2021.
- ^ "'Kuruvi' and its 150 day grand success". IndiaGlitz.com. 1 Okt 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Jan 2024. Dicapai pada 15 Jan 2024.
- ^ "Chennai Box-office (Nov 30 to Dec 2)". Sify. 4 Dis 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Dis 2017.
- ^ "Chennai Box-Office (June 13–15)". Sify. 17 Jun 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Dis 2017.
- ^ "Chennai Box Office (Jan 30 to February 1, 2009)". Sify. 3 Feb 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 19 Dis 2017.
- ^ P, Kanmani (2022-06-22). "Vettaikaaran success made Vijay salary peak". Asianet News Network Pvt Ltd (dalam bahasa Tamil). Dicapai pada 2024-05-24.
- ^ "BARC Wk 45: Movies from south spike viewership of Hindi channels". Indian Advertising Media & Marketing News – exchange4media. 23 Nov 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jul 2021. Dicapai pada 17 Ogos 2021.
- ^ "Did you know Vijay's 'Sura' director SP Rajkumar was going to team up with Ajith a few years back?". The Times of India. 30 April 2020. Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Ogos 2021. Dicapai pada 7 Jun 2021.
- ^ "The South Side Story". Business World. 19 Feb 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Dis 2014. Dicapai pada 5 Mac 2021.
- ^ "Kaavalan is a Hit". Sify. 26 Jan 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 28 Jan 2011. Dicapai pada 6 Jun 2011.
- ^ "Vijay's Kaavalan at the Shanghai film festival". Rediff. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Sept 2018. Dicapai pada 10 Sept 2018. Check date values in:
|access-date=
dan|archive-date=
(bantuan) - ^ "Ilaya Thalapathy Vijay Wows China – Vijay – Kavalan – Shanghai Film Festival – Tamil Movie News". Behindwoods. 23 Jun 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Jun 2021. Dicapai pada 23 Jun 2021.
- ^ "Velayudham popularity in Japan". Zee News. 16 April 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Jan 2022. Dicapai pada 21 Mei 2021.
- ^ Srinivasan, Pavithra. "Review: Nanban is worth a watch". Rediff.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 26 February 2017. Dicapai pada 12 January 2012.
- ^ Pereira, Priyanka (6 August 2012). "Foreign Return". Indian Express. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 March 2022. Dicapai pada 19 March 2021.
- ^ Srinivasan, Pavithra (13 November 2012). "Review: Thuppaki is dull". Rediff. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 July 2021. Dicapai pada 3 July 2021.
- ^ "Baahubali to Thuppakki: Tamil Cinema's 100 Cr Films". NDTV. 5 August 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 June 2022. Dicapai pada 13 June 2023.
- ^ "'Thalaivaa' movie Review". The Times of India. 9 August 2013. Dicapai pada 26 January 2024.
- ^ "Vijay's 'Jilla' set to roll from May!". The Times of India. 20 February 2013. Diarkibkan daripada yang asal pada 20 February 2013. Dicapai pada 25 April 2013.
- ^ a b "'Kaththi' to 'Bigil': Vijay starrer films that became blockbusters, despite the mixed reviews". The Times of India. 15 April 2022. Dicapai pada 1 April 2023.
- ^ "'Puli' is a film that everybody can enjoy: Chimbu Deven". News18. 29 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 May 2021. Dicapai pada 19 May 2021.
- ^ "Vijay Puli ends with a below average note". bollywood hungama. 2021-09-04. Dicapai pada 2024-06-05.
- ^ VS, Goutham (5 June 2020). "Theri movie review: Vijay's limitations as an actor exposed in a predictable storyline". The Indian Express. Dicapai pada 29 June 2021.
- ^ "Bairavaa movie review". The Times of India. 12 January 2017. Dicapai pada 1 December 2023.
- ^ "Vijay's 'Mersal' wins international award". The News Minute. 2 April 2018.
- ^ "Vijay's Mersal screened at BIFAN Film Festival". 30 July 2018.
- ^ "Vijay's 'Sarkar' joins Rs 100 crore club in just two days". The News Minute. 8 November 2018.
- ^ "Sarkar box office collection: AR Murugadoss film crosses Rs 250 crore mark worldwide". 28 November 2018.
- ^ "Bigil movie review: A star is forced to remain a star throughout". The Indian Express. 31 October 2019.
- ^ "After Egypt, Vijay's 'Bigil' marks an entry in Jordan".
- ^ "'Thalapathy 65' will be a pan-Indian project: Cinematographer Manoj Paramahamsa". The News Minute. 25 February 2021.
- ^ "Beast box office collection day 5: Vjay-starrer earns Rs 200 crore worldwide, is declared a hit". 19 April 2022.
- ^ "Beast trending worldwide on Netflix in top spots". NDTV. May 14, 2022.
- ^ "'Varisu' first review out; Vijay's acting receives appreciation". The Times of India. 9 Januari 2023.
- ^ "Vijay's 'Varisu' to release over 600 locations in the USA; premiere bookings open now". The Times of India. 28 Disember 2022.
- ^ "Music composer S Thaman breaks the news on 'Varisu' original sound track". The Times of India. 5 Februari 2023.
- ^ "'Varisu' Box office Collection: 'Varisu' becomes Vijay's highest-grossing movie, surpasses Rs. 300 crore globally". The Economic Times. 7 Februari 2023.
- ^ V, Anusha (3 Februari 2023). "Vijay-Lokesh Kanagaraj's Leo to release on this date". Cinema Express.
- ^ "Vijay's film with Lokesh Kanagaraj titled 'Leo'". The Times of India. 3 Februari 2023.
- ^ "'Leo' gets mixed review from viewers and negative response from critics; fans call it Thalapathy Vijay's 'Best Performance'". CNBCTV18. 19 Oktober 2023.
- ^ "Leo worldwide closing box office collections: Vijay starrer is the Highest grossing Tamil film of All Time". 23 November 2023.
- ^ Dixit, Mohit (1 Oktober 2024). "The GOAT Final Box Office Collections Worldwide: Thalapathy Vijay's action-drama to end its theatrical SHOWDOWN at Rs 456 crore; A Super-Hit".
- ^ TOI Entertainment Desk (31 Ogos 2024). "'GOAT' first review out from UK censor; A blockbuster status loading for Vijay and Venkat Prabhu". The Times of India.
- ^ Pandya, Sonal (11 Oktober 2024). "Netflix Global Top 10: Vijay's GOAT Debuts globally at fourth place With 3.8 Million Views". Times Now.
- ^ "Vijay's confirms his final film will be 'Thalapathy 69'". 2 Februari 2024.
- ^ "Thalapathy 69 will be last film, Vijay says after launching his political party". 2 Februari 2024.
- ^ Sista, Pratyusha (26 Januari 2025). "Thalapathy 69 titled 'Jana Nayagan'; First look poster released".
- ^ Actor Vijay is a playback singer too. The Times of India. (30 Mei 2012). Dicapai pada 25 April 2013.
- ^ "25 Years Of Thalapathy Vijay : 20 interesting facts about the Box Office King of Tamil cinema". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Disember 2017. Dicapai pada 27 Disember 2017.
- ^ "32 Songs sung by Rajinikanth & Shilpa Rao | A look back". Behindwoods. 21 Disember 2016. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 Disember 2016. Dicapai pada 16 Disember 2017.
- ^ Mishra, Rashmi (4 Disember 2016). "Vijay completes 24 years! 9 Pictures of Ilayathalapathy will make you love the South actor even more". Dicapai pada 11 Januari 2018.
- ^ "Google Google was awarded favorite song of 2012". The Times of India. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 September 2017.
- ^ "The complete nominees list for this year's SIIMA". behindwoods.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2017. Dicapai pada 22 Disember 2017.
- ^ "Vijay's fan club to take 'new dimension', hints at his political plunge". Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2024. Dicapai pada 1 Februari 2024.
- ^ "Vijay Makkal Iyakkam was launched in 2009". The Times of India. 28 September 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 November 2022. Dicapai pada 1 Februari 2024.
- ^ "'Makkal Iyakkam won't be a political outfit'". 16 Mei 2012. Dicapai pada 1 Disember 2023.
- ^ "Actor Vijay speaks to students at meet in Chennai, takes a potshot at political parties". 17 Jun 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Februari 2024. Dicapai pada 1 Februari 2024.
- ^ "Thalapathy Vijay Launches Political Party, Names it Tamizha Vetri Kazhagam (Read Official Statement)". Lokmat Times. 2 Februari 2024. Dicapai pada 2 Februari 2024.
- ^ Desk, DH Web (2 Februari 2024). "'Thalapathy' Vijay floats political party, names it 'Thamizhaga Vettri Kazhagam'". Deccan Herald. Dicapai pada 2 Februari 2024.
- ^ Daily, Keralakaumudi (6 Februari 2024). "'Waiting for Thalapathy's green signal'; Vijay's TVK in Kerala, Karnataka and Andhra". Keralakaumudi Daily. Dicapai pada 19 Februari 2024.
- ^ "Tamil Superstar Vijay Calls Citizenship Law CAA "Unacceptable"". NDTV.com. February 22, 2019. Dicapai pada 12 Mac 2024.
Pautan luar
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Vijay |