Victor Sjöström | |
---|---|
Kelahiran | Victor David Sjöström 20 September 1879 |
Meninggal dunia | 3 Januari 1960 | (umur 80)
Pasangan | Alexandra Stjagoff (1900–1912) Lili Bech (1914–1916) Edith Erastoff (1922–1945) |
Ibu bapa | Olof Adolf Sjöström (1841–1896) |
Anugerah | NBR Award for Best Actor 1958 Wild Strawberries |
Victor David Sjöström (Swedish: [ˈvɪktɔɾ ˈɧœˈstɾœm] ( dengar); atau dikenali juga sebagai Victor Seastrom di Amerika Syarikat; 20 September 1879 – 3 Januari 1960) merupakan pengarah filem Sweden terawal yang juga bergelar penulis skrip dan pelakon. Beliau memulakan kerjayanya di Sweden sebelum berhijrah ke Hollywood pada tahun 1924. Beliau banyak menerbitkan filem-filem di era filem senyap termasuklah Körkarlen (1921), He Who Gets Slapped (1924) dan The Wind (1928). Sjöström merupakan pengarah filem senyap yang terkenal di Eropah. Beliau turut pernah memegang watak utama dalam filem arahan Ingmar Bergman, Wild Strawberries (1957).[2]
Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1960 di usia 80 tahun.
Rujukan
- ^ http://www.arjang.se/sv/Invanare/Uppleva--gora1/Kultur1/Kulturhistoria-och-Kulturarv/Victor-Sjostrom/
- ^ Bo Florin, Transition and Transformation: Victor Sjostrom in Hollywood, 1923-1930 (Amsterdam University Press, 2013)
Pautan luar
- Victor Sjöström di Pangkalan Data Filem Internet (IMDb)
- Templat:Sfdb name
- Victor Sjöström at Virtual History
- "Victor Sjostrom and Mauritz Stiller" UC Santa Barbara Research Paper (2005) by Maximilian Schmige[pautan mati kekal]