Upin & Ipin Iqra' | |
---|---|
Genre | Pendidikan, keagamaan |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Bahasa Melayu |
Bilangan musim | 3 |
Syarikat penerbitan | Les' Copaque Production |
Penyiaran | |
Saluran asal | MNCTV RCTI (Indonesia) TV9 Astro Prima Astro Ceria TV Alhijrah (Malaysia) |
Siaran asal | 2019 – kini |
Kronologi | |
Rancangan berkaitan | Upin & Ipin: The Helping Heroes |
Upin & Ipin Iqra’ ini mengekalkan Upin, Ipin dan kawan-kawan sebagai watak utama dan menampilkan Sheikh Abdul Karim Omar Al-Fatani Al-Makki sebagai Ustaz yang mengajar mereka mengaji. Selain itu juga, pihak Les’ Copaque Production menggunakan cara rendering yang berbeza pada animasi ini dengan memberi sentuhan ala-ala lukisan kartun animasi-2D. Ianya pasti memberikan sedikit kelainan dan keunikan pada animasi Upin & Ipin Iqra'.
- Asalnya, siri ini dinamai Upin & Ipin Mengaji dan diarahkan oleh Hazimin Hamdan.
- Menurut Hj. Burhanuddin, siri ini diwujudkan agar dapat mendidik kanak-kanak mengenai bacaan al-Quran yang betul.
- Antara fokus terbesar dalam siri ini ialah bacaan surah dengan betul, terutamanya surah al-Fatihah. Tidak seperti siri Upin & Ipin, siri ini sangat mencabar bagi pihak produksi kerana perlu mengambil kira aspek bacaan pelakon suara yang terlibat.
- Konsep animasi dan rendering yang digunakan untuk siri sama dengan konsep yang digunakan dalam siri Pada Zaman Dahulu, satu lagi siri animasi keluaran Les' Copaque.
- Untuk dua musim pertama, siri ini memfokuskan sepenuhnya kepada pembelajaran al-Quran. Namun, fokus untuk siri ini mula menumpukan juga kepada sirah nabi dan rasul selain al-Quran untuk siri terbaru.
Nama Guru:
Nama Pelajar:
- Upin
- Ipin
- Ehsan
- Fizi
- Ijat
- Susanti
Skrip
Siri Mengaji
Musim 1
- Surah Al-Ikhlas
- Surah Al-Falaq
- Surah An-Nas
- Surah Al-Fil
- Surah Quraisy
- Surah Al-Ma'un
- Surah Al-Kautsar
- Surah Al-Masad
- Surah Al-Nasr
- Surah Al-Kafirun