Twenty One Pilots
| |
---|---|
![]() Dun dan Joseph membuat persembahan di Southside Festival di Jerman, 2022 | |
Maklumat latar belakang | |
Asal | Columbus, Ohio, A.S. |
Genre | |
Alat muzik | Ukulele, piano, drum kit (en) ![]() ![]() |
Tahun aktif | 2009–kini |
Diskografi | |
Syarikat rakaman | |
Anggota semasa | |
Bekas anggota |
|
Pautan berkaitan | |
Tapak sesawang | twentyonepilots |
Pautan lain | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
![]() | |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Twenty One Pilots[a] ialah sebuah duo muzik Amerika dari Columbus, Ohio. Kumpulan ini dibentuk pada tahun 2009 oleh vokalis utamanya Tyler Joseph bersama Nick Thomas dan Chris Salih, yang kedua-duanya meninggalkan kumpulan ini pada tahun 2011. Sejak pemergian mereka, Twenty One Pilots terdiri daripada Tyler Joseph dan pemain dram Josh Dun. Duo ini paling dikenali dengan single mereka "Stressed Out", "Ride", dan "Heathens", yang mencapai kejayaan komersial sekitar tahun 2015 dan 2016. Duo ini menerima Anugerah Grammy untuk Persembahan Pop Duo/Kumpulan Terbaik di Anugerah Grammy Tahunan ke-59 untuk "Stressed Out".
Kumpulan ini melancarkan sendiri dua buah album, Twenty One Pilots (2009) dan Regional at Best (2011), sebelum ditandatangani oleh syarikat rakaman Fueled by Ramen pada tahun 2012. Album pertama mereka di bawah label tersebut, Vessel (2013), menjadi album kedua dalam sejarah yang setiap runut menerima sekurang-kurangnya satu pensijilan emas.
Duo ini mencapai kejayaan bulusan dengan album keempat mereka, Blurryface (2015), yang menghasilkan hit-hit single "Stressed Out" dan "Ride" dan menjadi album pertama yang mana setiap runut menerima sekurang-kurangnya satu pensijilan emas daripada Persatuan Industri Rakaman Amerika. Pelancaran "Heathens" juga menjadikan kumpulan ini artis alternatif pertama dalam sejarah yang mempunyai dua single lima teratas pada masa yang serentak dalam Billboard Hot 100 dan artis rock ketiga dalam sejarah yang mempunyai dua single secara serentak berada dalam carta lima teratas Billboard Hot 100, menyertai taraf the Beatles dan Elvis Presley.
Duo ini telah melancarkan empat lagi album studio, Trench (2018), Scaled and Icy (2021), Clancy (2024), dan Breach (2025). Mereka juga telah mengumpul 12 lagu nombor satu di carta Alternative Airplay, menyamai Foo Fighters untuk tempat kelima terbanyak.[2][3]
Catatan
- ^ Digayakan dalam semua huruf kecil sebagai twenty one pilots, twenty øne piløts atau twenty | one | pilots, dan disingkatkan secara serupa (tøp atau TØP)[1]
Rujukan
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaAMbio
- ^ Greenwood, Koltan (May 6, 2020). "Twenty One Pilots are the first to achieve this chart feat in two years". Alternative Press. Diarkibkan daripada yang asal pada April 1, 2022. Dicapai pada March 7, 2024.
- ^ Rutherford, Kevin (July 25, 2025). "Twenty One Pilots Score 12th Alternative Airplay No. 1 With 'The Contract'". Billboard. Diarkibkan daripada yang asal pada July 25, 2025. Dicapai pada August 19, 2025.
Pautan luar
Ketahui lebih lanjut tentang Twenty One Pilots di Wikipedia: | |
![]() |
Imej dan media dari Commons |
![]() |
Berita dari Wikiberita |
- Twenty One Pilots
- Pengasasan 2009 di Ohio
- Kumpulan rock alternatif dari Ohio
- Kumpulan hip-hop Amerika
- Kumpulan pop indie dari Ohio
- Duo muzik dari Ohio
- Kumpulan elektropop Amerika
- Artis Fueled by Ramen
- Pemenang Anugerah Grammy
- Pemenang Anugerah Muzik Video MTV
- Kumpulan muzik diasaskan pada 2009
- Kumpulan muzik dari Columbus, Ohio
- Duo muzik rock
- Kumpulan muzik rock dari Ohio
- Duo muzik lelaki Amerika