Tunang Pak Dukun | |
---|---|
Pengarah | S. Roomai Noor |
Penulis | S. Roomai Noor |
Berdasarkan | Mubin Sheppard (penulis asal) |
Dibintangi | Abdullah Chik Roseyatimah Mahmud Jun Shariff Medan Dollah Sarawak |
Sinematografi | Tsin Ming Chin |
Disunting oleh | Hussein Haniff |
Muzik oleh | Zubir Said |
Syarikat penerbitan | |
Tarikh tayangan | 1960 |
Negara | Singapura |
Bahasa | Melayu (Loghat Negeri Sembilan) |
Tunang Pak Dukun merupakan sebuah filem komedi Minangkabau-Melayu arahan S. Roomai Noor yang diterbitkan Cathay Keris pada tahun 1960. Filem ini ditayangkan dalam bentuk hitam dan putih tanpa warna.
Ringkasan
Filem ini berkisarkan percintaan sepasang kekasih yang terhalang dek kerana fahaman karut dan kepercayaan yang telah ketinggalan zaman. Pelbagai cara dilakukan oleh Karim (Abdullah Chik) untuk mendapatkan restu keluarga gadis pujaan hatinya iaitu Tijah (Rose Yatimah). Akhirnya kepercayaan itu juga yang memberikan jalan penyelesaian.
Pelakon
Pelakon utama
- Abdullah Chik sebagai Karim
- Roseyatimah sebagai Tijah
- Mahmud Jun sebagai Majid
- Shariff Medan sebagai Ketua Kampung
- Dollah Sarawak sebagai Pak Salleh
Pelakon pembantu
- Salleh Ghani sebagai Abang Hashim
- Siti Tanjung Perak sebagai Mak Long Minah
- Rahimah Alias sebagai Mak Tijah
- Rahmah Ali
Pelakon kanak-kanak
- Noorkumalasari sebagai Anak Lebai Din
- Habibah Harun
Penampilan khas
Lagu
- Kaparinyo
- Pulang Merantau
- Tunang Pak Dukun
Produksi
Filem ini agak unik kerana ia menonjolkan budaya Minangkabau Adat Perpatih di Negeri Sembilan yang agak jarang difilemkan pada masa itu. Lagu ‘Pulang Merantau’ juga telah menjadi popular dan dijadikan lagu adat budaya Negeri Sembilan dan ditukar tajuknya menjadi ‘Mai Jo Pulang’.