Tulang parietal | |
---|---|
![]() Kedudukan tulang parietal | |
Butiran | |
Artikulasi | Tulang parietal bertentangan, tulang oksipital, tulang frontal, tulang temporal dan tulang sfenoid |
Pengenalpastian | |
nama bahasa Latin | os parietale |
MeSH | D010294 |
TA | A02.1.02.001 |
FMA | FMA:9613 |
Istilah anatomi tulang |
Tulang parietal ialah dua tulang dalam tengkorak yang, apabila bercantum pada sendi berserat yang dikenali sebagai sutur kranium, membentuk sisi dan bumbung neurokranium. Pada manusia, setiap tulang berbentuk empat segi, dan mempunyai dua permukaan, empat sempadan dan empat sudut. Ia dinamakan daripada paries dalam bahasa Latin, bererti "dinding".
Permukaan
Luaran
Permukaan luaran [Rajah 1] adalah cembung, licin, dan ditanda berhampiran pusat oleh eminens parietal (tuber parietale) yang menunjukkan titik di mana pentulangan bermula.
Melintasi bahagian tengah tulang dalam arah melengkung ialah dua garisan melengkung: garis temporal superior dan inferior; garis superior memberikan lampiran kepada fasia temporal, dan garis superior menunjukkan had atas asal otot temporal.
Di atas garisan ini, tulang diliputi oleh lapisan tisu berserat yang keras iaitu aponeurosis epikranium; di bawahnya ia membentuk sebahagian daripada fosa temporal, dan memberikan perlekatan pada otot temporal.
Di bahagian belakang dan berdekatan sempadan atas atau sagital ialah foramen parietal yang menghantar vena ke sinus sagital superior, dan kadangkala cabang kecil arteri oksipital; ia tidak sentiasa ada, dan saiznya berbeza-beza.
Dalaman
Permukaan dalaman [Rajah 2] adalah cekung; ia membentangkan lekukan yang sepadan dengan konvolusi serebrum, dan banyak alur bagi kesan arteri meninks tengah; alur berjalan ke atas dan ke belakang dari sudut sfenoid, dan dari bahagian tengah dan posterior sempadan skuamus.
Di sepanjangsutur margin atas ialah suatu alur cetek, yang bersama dengan yang pada parietal bertentangan, membentuk saluran sulkus sagital untuk sinus sagital superior; tepi sulkus boleh melekat di falks serebri.
Berhampiran alur terdapat beberapa lekukan yang paling tampad di tengkorak orang tua, dan bertujuan buat granulasi araknoid (badan Pacchionia).
Dalam alur, terdapat pembukaan dalaman foramen parietal apabila apertur itu wujud.
Sempadan
- Sempadan sagital, sempadan paling panjang dan paling tebal, bersifat kemek (mempunyai unjuran seperti gigi) dan bersendi dengan sesamanya di sebelah bertentangan lalu membentuk sutur sagital.
- Sempadan hadapan bergerigi dalam dan serong dengan mengatasi permukaan luar di atas dan bahagian dalam di bawah; ia bersendi dengan tulang frontal, membentuk separuh daripada sutur koronal. Titik di mana sutur koronal bersilang dengan sutur sagital membentuk suatu bentuk T dan dipanggil bregma.
- Sempadan skuamosa dibahagikan kepada tiga bahagian:
- bahagian hadapannya nipis dan runcing, serong dengan mengorbankan permukaan luar, dan bertindih dengan hujung sayap besar sfenoid;
- bahagian tengah melengkung, serong dengan mengatasi permukaan luar, dan bertindih oleh skuamus temporal;
- bahagian posterior tebal dan bergerigi untuk artikulasi dengan bahagian mastoid temporal.
- Sempadan oksipital, bergigi dalam (bergigi halus), bersendi dengan tulang oksipital, membentuk separuh daripada sutur lambdoid. Titik di mana sagital bersilang dengan sutur lambdoid dipanggil "lambda" daripada persamaannya dengan huruf Yunani itu.
-
Tengkorak dari atas, memaparkan sutur sagital yang memisahkan tulang parietal kiri dan kanan.
-
Sutur koronal yang memisahkan tulang parietal dengan tulang frontal.
-
Sutur skuamus yang memisahkan tulang parietal dengan tulang temporal.
-
Sutur lambdoid yang memisahkan tulang parietal dengan tulang oksipital.
Sudut
- Sudut hadapan boleh dikatakan bersudut tepat, dan sepadan dengan titik pertemuan jahitan sagittal dan koronal; titik ini dinamakan bregma; dalam tengkorak janin dan selama kira-kira satu setengah tahun selepas kelahiran, rantau ini bermembran, dan dipanggil fontanel anterior.
- Sudut sfenoid bersifat nipis dan akut, dan diterima ke dalam selang antara tulang depan dan sayap besar sfenoid. Permukaan dalamannya ditandai dengan alur yang dalam, kadangkala sebuah saluran, buat bahagian anterior arteri meninks tengah.
- Sudut oksipital dibulatkan dan bersepadan dengan titik pertemuan sutur sagital dan lambdoid—titik yang dipanggil lambda; pada janin bahagian tengkorak ini bermembran, dan dipanggil fontanel posterior.
- Sudut mastoid terpotong; ia bersendi dengan tulang oksipital dan bahagian mastoid temporal, dan memiliki alur yang luas dan cetek di permukaan dalamannya yang menempatkan sebahagian daripada sinus melintang. Titik pertemuan sudut ini dengan bahagian oksipital dan bahagian mastoid temporal dinamakan asterion.
Pentulangan
Tulang parietal mengalami pentulangan dalam membran dari satu pusat yang muncul pada eminens parietal kira-kira pada minggu kelapan perkembangan janin.
Osifikasi secara beransur-ansur memanjang dengan gaya jejari dari pusat ke arah pinggir tulang; bahagian sudut menjadi bahagian yang terakhir terbentuk, dan di sinilah fontanel wujud.
Kadangkala, tulang parietal dibahagikan kepada dua bahagian, atas dan bawah, dengan jahitan anterior-posterior.
Haiwan lain

Dalam vertebrat bukan manusia, tulang parietal biasanya membentuk bahagian belakang atau tengah bumbung tengkorak, dan terletak di belakang tulang frontal. Dalam kebanyakan tetrapod bukan mamalia, ia bersempadan dengan bahagian belakang oleh sepasang tulang posparietal yang mungkin hanya berada di bumbung tengkorak, atau mencerun ke bawah untuk menjadi sebahagian belakang tengkorak, bergantung pada spesies. Dalam tuatara hidup dan beberapa cicak serta banyak fosil tetrapod, bukaan kecil, foramen parietal (juga dipanggil foramen pineal), terdapat di antara dua tulang parietal di garis tengah tengkorak. Bukaan ini menjadi lokasi mata parietal (juga dipanggil pineal atau mata ketiga), yang jauh lebih kecil daripada dua mata utama.[1][2][3]
Dinosaur
Tulang parietal biasanya terdapat di hujung posterior tengkorak dan berhampiran garis tengah. Tulang ini adalah sebahagian daripada bumbung tengkorak, suatu set tulang yang menutupi otak, mata dan lubang hidung. Tulang parietal bersentuhan dengan beberapa tulang lain dalam tengkorak. Bahagian anterior tulang bersendi dengan tulang frontal dan posorbital. Bahagian posterior tulang bersendi dengan tulang skuamosal, dan secara kurang lazim, tulang supraoksipital. Embel-embel leher yang disokong tulang dari seratops dibentuk oleh sambungan tulang parietal. Embel-embel yang menggantung leher dan melepasi seluruh tengkorak ini ialah ciri kenal pasti seratops. Kubah tengkorak yang boleh dikenali yang terdapat dalam pakisefalosaur dibentuk oleh gabungan tulang frontal dan parietal dan penambahan deposit tebal tulang kepada unit itu.[4]
Galeri
-
Animasi kedudukan tulang parietal (hijau)
-
Tulang parietal
-
Trajektori peluru berpandu melalui tengkorak Presiden Amerika, John Kennedy. Peluru itu mengenai bahagian belakang tulang parietal kanannya dari belakang.
Rujukan
Artikel ini menggabungkan teks di dalam domain awam daripada page 133 of edisi ke-20 Gray's Anatomy (1918)
- ^ Romer, Alfred Sherwood; Parsons, Thomas S. (1977). The Vertebrate Body. Philadelphia, PA: Holt-Saunders International. m/s. 217–244. ISBN 0-03-910284-X.
- ^ Benoit, Julien; Abdala, Fernando; Manger, Paul; Rubidge, Bruce (2016). "The sixth sense in mammalians forerunners: variability of the parietal foramen and the evolution of the pineal eye in South African Permo-Triassic eutheriodont therapsids". Acta Palaeontologica Polonica. doi:10.4202/app.00219.2015.
- ^ Smith, Krister T.; Bhullar, Bhart-Anjan S.; Köhler, Gunther; Habersetzer, Jörg (April 2018). "The Only Known Jawed Vertebrate with Four Eyes and the Bauplan of the Pineal Complex". Current Biology (dalam bahasa Inggeris). 28 (7): 1101–1107.e2. doi:10.1016/j.cub.2018.02.021.
- ^ Martin, A.J. (2006). Introduction to the Study of Dinosaurs. Second Edition. Oxford, Blackwell Publishing. pg. 299-300. ISBN 1-4051-3413-5.