Tugu Keris merupakan sebuah tugu besar berbentuk sebilah keris di Klang, Selangor, Malaysia. Ia terletak di pinggir Lebuhraya Persekutuan laluan LP 2 berhampiran Taman Kris dan Plaza Tol Sungai Rasau. Pembinaannya adalah atas perintah Sultan Selangor yang terdahulu, Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sempena sambutan Jubli Perak bagi pemerintahan baginda pada 22 September 1985.
Rujukan
- Dipetik daripada Tugu keris paling besar, Buku Rekod Malaysia Edisi Kedua, Ghulam Jie M Khan
Lihat juga
Penempatan semula
Asalnya ia terletak di sepanjang Lebuhraya Persekutuan ( Laluan Persekutuan 2 ) berhampiran dengan Taman Kris dan plaza tol Sungai Rasau. Pada September 2014, monumen itu telah dipindahkan ke tapaknya yang sekarang di Taman Diraja Klang yang terletak di luar Jalan Tengku Kelana. Perpindahan itu dilakukan memandangkan monumen asal itu dihalanh oleh sesebuah jejambat yang dibina sejurus selepas plaza tol Sungai Rasau. [1] Monimen ini boleh dilihat dengan mudah dari bulatan Simpang Lima.
- ^ Rajendra, Edward. "Monument shifted to gardens". The Star Online.