Seekor anjing desa China | |||||||||||||||||
| Negara asal | China | ||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||||||||||||
| Anjing (Canis lupus familiaris) | |||||||||||||||||
Tugou[a] ialah kelompok anjing pelbagai yang asli di China dan masih banyak di seluruh negara ini kini. Seperti namanya, ia merujuk mana-mana daripada pelbagai baka anjing primitif jenis spits yang asli di China. Beberapa landrace serta baka beriktiraf dianggap sebagai tugou, termasuk anjing desa China atau anjing pastoral China,[b] anjing Chongqing, cau-cau, anjing pemburu Liangshan, shar pei, anjing Tang, dan anjing Xiasi.[1][2]
Sejarah
Tugou dipercayai telah ber-evolusi daripada serigala kelabu dan telah dibelajinakkan oleh orang Cina Han ikutan penghijrahan mereka, lalu tertabur secara meluas ke seluruh China.[3] Tugou mempunyai kepelbagaian genetik jelas-jelas lebih tinggi berbanding dengan populasi lain, yang menunjukkan bahawa ia mungkin merupakan kelompok basal yang berkaitan dengan pencapahan anjing daripada serigala.[4]
Nabi China Xiulan menyatakan pada tahun 400 SM bahawa tugou ialah anjing Ibu Pertiwi.[5]
Penampilan

Walaupun tugou berbeza-beza dalam banyak cara, ia pada umumnya mengongsi satu set perwatakan seragam: binaan sederhana tegap, telinga mencucuk, mata berbentuk badam, ekor sabit, naluri perburuan tajam, dan dikembangkan sebagai landrace.[1]
Catatan
- ^ Jawi: توݢو; Cina: 土狗; pinyin: tǔgǒu
- ^ Jawi: انجيڠ ديسا چينا, انجيڠ ڤستورل چينا; Cina ringkas: 中华田园犬; Cina tradisional: 中華田園犬; pinyin: Zhōnghuá tiányuán quǎn
Rujukan
- ^ a b Coggins, Christopher Reed (30 September 2002). The Tiger and the Pangolin: Nature, Culture, and Conservation in China [Harimau Belang dan Tenggiling: Alam, Budaya, dan Pemuliharaan di China] (dalam bahasa Inggeris). Honolulu, Hawaii, Amerika Syarikat: University of Hawaiʻi Press. m/s. 226. ISBN 9780824825065. OCLC 49375599.
- ^ "Chinese Dog Breeds – Top List, Origins, Specificities & Prices" [Baka Anjing China – Senarai Teratas, Asal Usul, Kekhususan, dan Harga] (dalam bahasa Inggeris). Breeding Business. 1 Januari 2020. Dicapai pada 7 Ogos 2025.
- ^ Wang, Jing (26 Jun 2014). "中华田园犬土得很有个性(图)" (dalam bahasa Cina). 华商报. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 September 2018. Dicapai pada 7 Ogos 2025.
- ^ Wang, Guodong; Zhai, Weiwei; Yang, Hechuan; Wang, Lu; Zhong, Li; Liu, Yanhu; Fan, Ruoxi; Yin, Tingting; Zhu, Chunling; Poyarkov, Andrey Dmitrievich; Irwin, David Michael; Hytönen, Marjo Kristiina; Lohi, Hannes Tapani; Wu, Chung-I; Savolainen, Carl Peter Olavi; Zhang, Yaping (15 Disember 2015). "Out of southern East Asia: the natural history of domestic dogs across the world" [Keluar dari Asia Timur selatan: sejarah semula jadi anjing bela jinak merentasi dunia]. Cell Research (dalam bahasa Inggeris). Nature Portfolio. 26 (1): 21–33. doi:10.1038/cr.2015.147. ISSN 1748-7838. PMC 4816135. PMID 26667385. S2CID 18577483.
- ^ Liu, Ying (2020). Food, workers, companions : a gendered analysis of human-dog relations in Yulin, China [Makanan, pekerja, teman: analisis bergender bagi hubungan manusia–anjing di Yulin, China] (PhD) (dalam bahasa Inggeris). Warwick, United Kingdom: Universiti Warwick.








