| Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail توانكو سيد سراج الدين جمال الليل | |||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis | |||||||||
| Raja Perlis ke-7 | |||||||||
| Pemerintahan | 17 April 2000 – kini | ||||||||
| Pertabalan | 7 Mei 2001 | ||||||||
| Didahului oleh | Tuanku Syed Putra Jamalullail | ||||||||
| Pewaris takhta | Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail | ||||||||
| Yang di-Pertuan Agong ke-12 | |||||||||
| Pemerintahan | 13 Disember 2001 – 12 Disember 2006 | ||||||||
| Malaysia | 25 April 2002 | ||||||||
| Didahului oleh | Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah | ||||||||
| Diikuti oleh | Sultan Mizan Zainal Abidin | ||||||||
| Keputeraan | 17 Mei 1943 (umur 82 tahun, 5 bulan dan 21 hari) Arau, Perlis, Tanah Melayu | ||||||||
| Pasangan | Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid (k. 1967) | ||||||||
| Anakanda | |||||||||
| |||||||||
| Kerabat | Jamalullail | ||||||||
| Ayahanda | Tuanku Syed Putra Jamalullail | ||||||||
| Bonda | Tengku Budriah | ||||||||
| Agama | Islam Sunni | ||||||||
Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail (Jawi: توانكو سيد سراج الدين ابن المرحوم توانكو سيد ڤوترا جمال الليل) merupakan Yang di-Pertuan Agong Malaysia yang kedua belas. Baginda merupakan Raja yang memerintah Negeri Perlis Indera Kayangan sejak 17 April 2000 hingga sekarang. Baginda diputerakan di Arau, Perlis pada 17 Mei 1943. Baginda merupakan anakanda kedua daripada 10 putera dan puteri Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Tengku Budriah.
Pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong bermula dari 13 Disember, 2001, lebih awal dari yang dijangkakan jurus selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya, Sultan Salahuddin yang juga merupakan Sultan Selangor. Penggal pemerintahan baginda berakhir pada 12 Disember 2006.
Baginda dimasyhurkan Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960 ketika 17 tahun.
Baginda menjadi Raja Perlis pada 17 April, 2000, selepas ayahandanya mangkat, Tuanku Syed Putra Jamalullail, menjadi Raja sejak 1945. Baginda berumahtangga dengan Tengku Fauziah, Raja Permaisuri Agong, anakanda kepada Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Terengganu, dan isterinya, Tengku Kembang Puteri binti Almarhum Sultan Ibrahim dari Kelantan.
Kehidupan dan Pendidikan كهيدوڤن دان ڤنديديقن
Tuanku Syed Sirajuddin merupakan anakanda kedua daripada 10 putera dan puteri Tuanku Syed Putra Jamalullail dan Almarhumah Tengku Budriah Tengku Ismail.
Baginda mempunyai salasilah keluarga yang berhubung dengan Nabi Muhammad SAW dari sebelah ayahanda baginda serta mempunyai darah keturunan Sultan Pattani dari sebelah bonda baginda.
Tuanku Syed Sirajuddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Arau (sehingga darjah dua) sebelum berpindah ke Sekolah Rendah Wellesley Pulau Pinang kemudian ke Sekolah Rendah Westland Pulau Pinang dan Penang Free School sebelum melanjutkan pelajaran ke WellingboroughPublic School, England sehingga 1963.
Baginda telah menuntut di Akademi Tentera Diraja Sandhurst, England mulai Januari 1964 sehingga tahun 1965 dan merupakan peminat kelab bolasepak Inggeris, Tottenham Hotspur.
Nasab hingga ke Nabi
Wangsa Jamalullail merupakan keluarga diraja Melayu yang memiliki rekod bertulis tentang jurai keturunannya sehingga kepada Nabi Adam 'Alaihissalam. Nasab baginda ini disusun dan diubahsuai dengan berpandukan Tarikh Al-Rusul Wal Muluk karya Muhammad ibn Jarir al-Tabari, Al-Rahiq Al-Maktum karya Al-Mubarakfuri dan Salasilah DYMM Raja-raja Perlis susunan Ahmad Ismail.[1]
Syed Sirajuddin Jamalullail (Raja Perlis ke-6) Ibni Syed Putra Jamalullail (Raja Perlis ke-5) Ibni Syed Hassan Jamalullail Ibni Syed Mahmud Al-Haj Jamalullail Ibni Syed Safi Jamalullail (Raja Perlis ke-3) Ibni Syed Alwi Jamalullail Ibni Syed Ahmad Jamalullail (Raja Perlis ke-2) Ibni Syed Hussin Jamalullail (Raja Perlis Pertama) Ibni Syed Harun Jamalullail (Penghulu Arau Pertama) Ibni Syed Ahmad Jamalullail (Tiba di Limbong, Kedah pada tahun 1735) Ibni Syed Hussin Jamalullail Ibni Syed Abdullah Jamalullail Ibni Syed Aqil Jamalullail Ibni Syed Abdullah Jamalullail Ibni Syed Salim Jamalullail Ibni Syed Ahmad Jamalullail Ibni Syed Abdul Rahman Jamalullail Ibni Syed Ali Jamalullail Ibni Syed Muhammad Jamalullail (Pengasas Wangsa Jamalullail) Ibni Hassan Al-Muallim Ibni Muhammad Ibni Hassan Ibni Ali Al-Faqih Ibni Muhammad al-Faqih Al-Muqaddam Ibni Ali Ba Alawi Ibni Muhammad Sahib Mirbat Ibni Alwi Khal Qasim Ibni Al-Sheikh Alwi Ibni Al-Sheikh Abdullah Ibni Ahmad Al-Muhajirallah Ibni Isa Ibni Muhammad Al-Naqib Ibni Ali Al-Ridha Ibni Jaafar Al-Sadiq Ibni Muhammad Al-Baqir Ibni Ali Zainal Abidin Ibni Al-Hussin Radhiallahu 'anhu Ibni Ali Radihiallahu 'anhu (berkahwin) Fatimah Radhiallahu 'anha Ibti Muhammad Sallahu 'Alaihi Wasallam Ibni Abdullah Ibni Abdul Muttalib Ibni Hashim Ibni Abdul Manaf Ibni Qusai Ibni Kilab Ibni Murrah Ibni Ka'ab Ibni Luwayy Ibni Ghalib Ibni Fahr Ibni Malik Ibni An-Nadr Ibni Kinanah Ibni Khuzaiman Ibni Mudrikah Ibni Elias Ibni Mudar Ibni Nizar Ibni Ma'ad Ibni Adnan Ibni Add Humaisi' Ibni Salaman Ibni Aus Ibni Buz Ibni Qamwal Obai Ibni 'Awwam Ibni Nashid Ibni Haza Ibni Bildas Ibni Yadlaf Ibni Tabikh Ibni Jahim Ibni Nahish Ibni Makhi Ibni Aid Ibni Abqar Ibni 'Ubaid Ibni Ad-Da' Ibni Hamdan Ibni Sanbir Ibni Yathrabi Ibni Yahzin Ibni Yalhan Ibni Ar'awi Ibni Aid Ibni Deshan Ibni Aisar Ibni Afnad Ibni Aiham Ibni Muksar Ibni Nahith Ibni Zarih Ibni Sami Ibni Mazzi Ibni 'Awda Ibni Aram Ibni Qaidar Ibni Ismail 'Alaihissalam Ibni Ibrahim 'Alaihissalam Ibni Tarih Ibni Nahur Ibni Saru' Ibni Ra'u Ibni Falikh Ibni Abir Ibni Shalikh Ibni Arfakhshad Ibni Sam Ibni Nuh 'Alaihissalam Ibni Lamik Ibni Mutwashlak Ibni Idris 'Alaihissalam Ibni Yarid Ibni Mahla'il Ibni Qabin Anusha Ibni Shith Ibni Adam 'Alaihissalam
.
Pemerintahan Perlis ڤمرينتاهن ڤرليس
Baginda ditabal menjadi Raja Muda Perlis pada 30 Oktober 1960 ketika 17 tahun.
Baginda menjadi Raja Perlis pada 17 April, 2000, selepas ayahandanya mangkat, Tuanku Syed Putra Jamalullail, menjadi Raja sejak 1945. Baginda berumahtangga dengan Tengku Fauziah binti Almarhum Tengku Abdul Rashid, Raja Permaisuri Agong, anakanda kepada Tengku Abdul Rashid ibni Almarhum Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah dari Terengganu, dan isterinya, Tengku Kembang Puteri binti Almarhum Sultan Ibrahim dari Kelantan.
Yang di-Pertuan Agong يڠ دڤرتوان اڬوڠ
Pemerintahan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong bermula dari 13 Disember, 2001, lebih awal dari yang dijangkakan jurus selepas kemangkatan Yang di-Pertuan Agong yang sebelumnya, Sultan Salahuddin yang juga merupakan Sultan Selangor. Penggal pemerintahan baginda berakhir pada 12 Disember 2006.
Perkhidmatan ڤرخدمتن
Baginda pernah memegang beberapa jawatan penting dalam bidang ketenteraan, antaranya Leftenan Muda Rejimen Kedua Pasukan Peninjau , Kapten Kehormat Rejimen Askar Wataniah, Kolonel Kehormat Rejimen 504 Pasukan Simpanan dan Kolonel kehormat Rejimen Renjer Malaysia.
Terasul, gelaran, kurniaan dan lambang تراسول، ڬلرن، كورنياءن دان لامبڠ
Terasul dan gelaran تراسول دان ڬلرن
| Gaya bagi Tuanku Syed Sirajuddin | |
|---|---|
| Rujukan gaya | Duli Yang Maha Mulia |
| Gaya percakapan | Duli Tuanku |
| Gaya alternatif | Tuanku |
- 17 Mei 1943 – 30 Oktober 1960 : Yang Amat Mulia Syed Sirajuddin ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail
- 30 Oktober 1960 – 17 April 2000 : Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Muda Perlis
- 17 April 2000 – 12 Disember 2001 : Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis
- 12 Disember 2001 - 13 Disember 2006 : Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Yang di-Pertuan Agong XII
- 13 Disember 2006 - kini : Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Raja Perlis
Gelaran penuh baginda ialah: Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, D.K.P., D.K., S.S.P.J., D.K.M., D.M.N., D.K. (Perak), D.K (Negeri.Sembilan), D.K (Kedah), D.K. (Kelantan), D.K.M.B. (Brunei), D.K. (Selangor), D.K. (Pahang), D.K. II(Terengganu), S.P.M.J., S.P.C.M., S.S.M.T., Grand Order of King Tomislav (Croatia), Grand Collier De L`Independence (Grand Medal of the Independence) - Cambodia, Grand Croix De L`Ordre (Royal Sash) - Cambodia, Cavaliere Di Gran Croce Decorato Di Gran Cordone (Italy), Qiladah Badr Al-Kubra(Arab Saudi) , Decoration of Omayad - The Finest Decoration (Syria), Knight of the Royal Order of the Seraphim (Sweden), Grand Cordon of the Order of the Sacred Treasure (Japan), Tuanku Raja Perlis.
Kurniaan كورنياءن
Tuanku Syed Sirajuddin telah dikurniakan:[2]
Kurniaan Perlis كورنياءن ڤرليس
Perlis :
Darjah Kerabat Diraja Perlis (DKP)
Darjah Kerabat Perlis Baginda Tuanku Syed Putra Jamalullail Yang Amat Dihormati (DK)- Darjah Setia Tuanku Syed Putra Jamalullail (SSPJ)
Darjah Seri Setia Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (SSSJ)
Darjah Setia Paduka Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail (SPSJ)
Darjah Dato' Paduka Mahkota Perlis (DPMP)
Kurniaan Malaysia كورنياءن مليسيا
Malaysia :
Penerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia (DKM) (2002)
Penerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara (DMN) (2001) and Grand Master (13 December 2001 – 12 December 2006)
Seri Maharaja Mangku Negara (13 December 2001 – 12 December 2006)
Seri Setia Mahkota (13 December 2001 – 12 December 2006)
Darjah Bakti (13 December 2001 – 12 December 2006)
Panglima Jasa Negara (13 December 2001 – 12 December 2006)
Panglima Setia Diraja (13 December 2001 – 12 December 2006)
Pingat Jasa Malaysia (PJM, 17 April 2009)
Johor :
Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) – Dato'
Kedah :
Member of the Royal Family Order of Kedah (DK) (21 January 2002)
Kelantan :
Recipient of the Royal Family Order or Star of Yunus (DK) (2002)
Negeri Sembilan :
Member of the Royal Family Order of Negeri Sembilan (DKNS) (19 July 2001)
Pahang :
Member 1st class of the Family Order of the Crown of Indra of Pahang (DK I) (26 October 2005)
Perak :
Recipient of the Royal Family Order of Perak (DK)
Grand Knight of the Order of Cura Si Manja Kini (the Perak Sword of State, SPCM)
Selangor :
First Class of the Royal Family Order of Selangor (DK I) (14 December 2002)
Terengganu :
Member second class of the Family Order of Terengganu (DK II)[2]
Member Grand Companion of the Order of Sultan Mahmud I of Terengganu (SSMT) (8 October 1998)
Kurniaan asing كورنياءن اسيڠ
Brunei : Recipient of the Royal Family Order of the Crown of Brunei (DKMB) (10 August 2002)
Kemboja :
- Grand Collar of the National Order of Independence (16 December 2002)
- Grand Cross of the Royal Order of Cambodia (16 December 2002)
Croatia : Recipient of the Grand Order of King Tomislav
Perancis : Grand Croix of the National Order of the Legion of Honour (8 May 2004)
Finland : Commander Grand Cross with Collar of Order of the White Rose of Finland (19 September 2005)
Itali : Knight Grand Cross with Collar of the Order of Merit of the Italian Republic (9 June 2003)[3]
Jepun :
- Collar of the Order of the Chrysanthemum (7 March 2005)
- Grand Cordon (or First class) of the Order of the Sacred Treasure (22 February 1970)
Arab Saudi : Collar of Badr Chain[4]
Singapura : Order of Temasek (DUT, 11 April 2005)
Sweden : Knight of the Royal Order of the Seraphim (14 September 2005)[4]
Syria : Order of Umayyad (7 May 2004)
Lihat juga ليهت جوݢ
Rujukan رجوكن
- ^ Hazman Hassan dan Mohd Kasturi Nor Abd Aziz (2020). Salasilah Perlis : Asal Usul Pemerintahan Jamalullail. Dewan Bahasa Pustaka. ISBN 978-983-49-2637-3. m/s 109 - 110
- ^ a b The Royal Ark, Perlis genealogical details, p.5
- ^ Quirinale website
- ^ a b List of Malay rulers (as of January 2013) with details of orders
Pautan luar ڤاوتن لوار
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail |
- BBC News - maklumat negara Malaysia
- UiTM Chancellor Diarkibkan 2005-12-18 di Wayback Machine - Canselor Universiti Teknologi MARA
| Didahului oleh Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah |
Yang di-Pertuan Agong 2001-2006 |
Diikuti oleh: Sultan Mizan Zainal Abidin |
| Didahului oleh Tuanku Syed Putra Jamalullail |
Raja Perlis 2000-kini |
Diikuti oleh: tiada |
- Raja Perlis
- Yang di-Pertuan Agong ke-12
- Orang hidup
- Kelahiran 1943
- Raja Muda Perlis
- Penerima Darjah Kerabat Negeri Sembilan
- Penerima Darjah Utama Seri Mahkota Negara
- Penerima Darjah Dato’ Sri Paduka Mahkota Johor
- Penerima Darjah Yang Maha Utama Kerabat Diraja Malaysia
- Penerima Darjah Kerabat Kelantan Yang Amat Dihormati
- Canselor Universiti Sains Malaysia
- Yang di-Pertuan Agong








